BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sajat pakai baju perempuan tunai umrah

Kenapa x ada orang berani bertindak kat Sajat ni ye?

Sebab kita masih mengiktiraf LGBT

EdQsSfcUwAADyrJ.jpg

Sama je..macam x ada apa2..

Menteri Agama semua masuk air..
 
Sajat Bertelekung, Mujahid Perlu Bertanggungjawab - Defendan

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkannya membabitkan isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.

Perkara itu dinyatakan oleh ketiga-tiga defendan iaitu wartawan Harakah Aziz Muda, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob serta penerbit laman sesawang harakahdaily dan akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd menerusi penyataan pembelaan yang difailkan pada 28 Sept lepas.

Mereka berkata Mujahid sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat khususnya pengamal media berhubung isu itu.

Ketiga-tiga defendan juga mendakwa mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai penulis dan pengamal media untuk membuat laporan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Mujahid, plaintif dalam kes saman fitnah itu.

"Defendan menegaskan bahawa mereka berada di bawah tanggungjawab politik, moral dan sosial untuk menyebarkan pandangan berbeza dalam masyarakat khususnya berkaitan isu pendekatan ‘Rahmatan Lil Alamin (Rahmat ke Sekalian Alam)’ dan juga konsep 'Amar Maaruf Nahi Munkar' (Suruhan berbuat baik dan larangan berbuat mungkar)," menurut penyataan pembelaan itu.

Menurut ketiga-tiga defendan, mereka tidak pernah mempunyai apa-apa niat jahat terhadap bekas menteri itu dalam penerbitan artikel berkenaan kerana ia adalah berdasarkan ulasan saksama.

Penyataan pembelaan itu diperoleh pihak media menerusi peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili ketiga-tiga defendan ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid, memberitahu pemberita bahawa saman tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 23 Okt secara e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Atikah Muhammad bagi mendapatkan pemfailan dokumen.

Beliau berkata pihaknya juga telah memfailkan jawapan bagi penyataan pembelaan defendan pada 16 Okt lepas.

Mujahid memfailkan saman itu pada 12 Ogos lepas dan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Mujahid mendakwa pada 7 Feb lepas, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan’ serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnahnya dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Feb lepas menerusi artikel ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH.’

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti ‘Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)’ dan plaintif juga didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.

Mujahid mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

Plaintif menuntut perintah agar defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya atas kenyataan fitnah itu dan ia perlu diiklan atau diterbitkan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

Penyataan tuntutan Mujahid juga meminta defendan menarik balik artikel yang diterbitkan itu serta memberi aku janji tidak akan menulis dan melaporkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya serta memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus memberi komen berunsur fitnah terhadap dirinya.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547196
 
Nur Sajat kena bayar ganti rugi RM200,000
31 December 2020
MGF16122019_SAJAT_02.jpg
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai ‘Sajat’ .
KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat Nur Sajat diperintah membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada bekas stokis syarikatnya, OWA Resources.

Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membuat keputusan itu semalam meningkatkan bayaran ganti rugi dan kos apabila mendapati Nur Sajat melanggar kontrak perniagaan.

Untuk rekod, syarikat OWA Resources mengemukakan saman terhadap Sajat berikutan syarikat miliknya, Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. kerana gagal membekalkan produk bengkung dan girdle yang sudah ditempah dan dibayar oleh stokis. – MalaysiaGazette
 
Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Sajat
MyMetroUtama
Share

Tweet
Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]


Shah Alam: Usahawan kosmetik, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii terhadap Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36.

"Dia (Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap," katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sajat, Zuri Zabuddin Budiman berkata, anak guamnya tidak menghadiri sebutan semula yang sudah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

"Saya tunggu juga, tapi dia tak datang.

"Mahkamah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan," katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai kes berkenaan di sini, hari ini.

Selain Zuri, Sajat turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000.

Berita berkaitan

• 'Saya tunggu tapi dia tak datang' - Peguam Sajat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 11:22 AM
 
Screenshot_2021-03-09-17-42-04-392_com.facebook.katana.jpg
.........
FB_IMG_1615282935915.jpg
FB_IMG_1615282940342.jpg
...............
 
Bagaimana Sajat lolos ke Bangkok

a woman standing in front of a mirror posing for the camera: NUR Sajat.
[email protected]
Kuala Lumpur: Memakai purdah dan niqab menjadi taktik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa selepas usaha memburunya dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dengan mengenakan pakaian sedemikian selain dibantu seorang lelaki, Nur Sajat melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, ke kawasan sempadan sebelum lolos ke Thailand.

Skuad Khas Harian Metro menjejaki semula laluan digunakan Nur Sajat yang dipandu arah lelaki terbabit yang dilaporkan menerima upah sebanyak RM20,000.

Sumber memaklumkan, selepas gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu dikeluarkan mahkamah.

"Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.


"Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan," katanya.

Mengulas lanjut, dengan bantuan lelaki itu, Nur Sajat dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

"Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

"Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand," katanya.

Ditanya bagaimana Nur Sajat dan lelaki terbabit boleh melepasi sekatan jalan raya hingga ke utara tanah air, sumber itu memaklumkan, usahawan kosmetik itu lolos ke Thailand pada Mac lalu.

"Kita percaya Nur Sajat dan lelaki terbabit lolos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri. "Pihak berkuasa yakin dia lolos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan," katanya.

Dalam perkembangan sama, sumber itu memaklumkan, siasatan mengenai Nur Sajat berjaya lolos walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara sudah diperhalusi pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh lolos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.

"Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit," katanya.

Ditanya adakah lelaki itu sudah dikenal pasti, sumber itu bagaimanapun enggan mengulasnya.

"Kita percaya individu ini mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta mahir selok-belok di kawasan sempadan negara terutamanya di Perlis," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
 

Saya menyedari dan mengakui bahawa:-

i) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan tindakan Nur Sajat yang bertelekung ketika menunaikan umrah di Makkah;

ii) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak pernah melarang pihak berwajib dan orang ramai daripada melakukan serbuan dan tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan aktiviti LGBT dan perzinaan; dan

iii) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak pernah membenarkan dan/atau menyokong amalan LGBT untuk dipraktiskan di Malaysia.

Oleh yang demikian, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof sekiranya Artikel-artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof.

Saya juga telah meminta pihak Harakah dan Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran Artikel-artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi mengguna pakai dan membuat rujukan kepada Artikel-artikel tersebut di masa hadapan.

AZIZ BIN MUDA
 
'Saya akan berpenampilan lelaki' - Sajat

A view of the sea
Nur Sajat
Kuala Lumpur : Usahawan dan personaliti media sosial, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah tahun depan dan bertekad untuk berpenampilan lelaki ketika berada di sana.

Sajat yang kini menetap di Sydney, Australia berkata, dia mahu memperbetulkan kesilapan lalu dan tidak mahu mengulangi tindakan yang pernah mencetuskan kontroversi lima tahun lalu.

"Insya-Allah tahun depan saya akan pergi umrah lagi. Kali ini, saya akan berpakaian lelaki, tak kisah rambut panjang sekalipun.

"Kita belajar daripada apa yang berlaku dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan lepas. Saya takkan buat benda yang buatkan orang lebih marah," katanya dalam satu siaran langsung di TikTok dan dikongsi oleh pengguna media social.

Dalam masa sama, Sajat memberitahu, antara nasihat paling menyentuh hati yang diterima daripada ahli keluarganya adalah jangan sesekali meninggalkan agama Islam.

"Satu je keluarga saya cakap. Apa jadi kat saya sekali pun, saya jangan tukar agama," katanya.

Pada 2020 Sajat mencetuskan kontroversi apabila mengerjakan umrah dengan berpenampilan wanita sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pihak dan mengundang kecaman ramai.

Disiarkan pada: May 30, 2025 @ 1:06pm
 
Back
Top
Log in Register