BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balik umrah, Reen Rahim kini bertudung?

kakigossip

Active+ Member
Messages
2,635
Joined
Apr 21, 2011
Messages
2,635
Reaction score
38
Points
40
WhatsApp-Image-2026-04-02-at-1.01.53-PM.jpeg

Penampilan Reen mendapat pujian netizen yang senang melihat imej baharunya itu.

Balik umrah, Reen Rahim kini bertudung? PETALING JAYA – Pelakon Reen Rahim mencuri tumpuan ramai selepas tampil berhijab ketika menghadiri tayang perdana filem Gayong 2 semalam.

Hadir ditemani suami, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahimal, 38, anggun menggayakan abaya hitam lengkap berhijab.

Penampilan pelakon filem Sue-On itu mendapat pujian netizen yang senang melihat imej baharunya itu.

“Masya-Allah cantiknya bila Reen berhijab. Berseri lain macam. Tolong kekalkan imej sebegini,” komen netizen.

Reen dilihat mula memakai hijab sejak menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Selepas pulang dari Tanah Suci, dia dilihat selesa memakai selendang termasuklah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Bagaimanapun semalam merupakan kali pertama dia dilihat berhijab penuh dan tampil dalam majlis hiburan yang dihadiri oleh ramai tetamu dalam kalangan penggiat industri seni. – KOSMO! ONLINE
==============================
Hihi, Reen ni memang pandai buat kejutan. Dahla lepas balik umrah terus bertudung, ingatkan kejap je, rupanya kekal. Kat IG pun dia rileks je dgn look baru dia. Harap2 istiqamah laa. 😊

 
Back
Top
Log in Register