BTC USD 61,315.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sajat pakai baju perempuan tunai umrah

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906


Zainul Rijal Abu Bakar
6 min ·

Kalau seorang lelaki memakai pakaian wanita sewaktu ihram bermakna beliau memakai pakaian berjahit ketika ihram. Tidakkah ia dikenakan dam? Mohon mutawif memberi pandangan sebab saya tidak mahir hukum hakam umrah ni

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906
Harian Metro
Sebentar tadi ·
#kualalumpur “Apakah maksud laknat? Laknat jauh daripada rahmat Allah SWT, jika buat pahala pun ia tidak diterima amalannya selagi tidak bertaubat." kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. http://bit.ly/37Sf8ai



Jauh rahmat Allah



syarat1_1580640869.jpg

ABDUL Rahman mengulas kontroversi Sajjad menunaikan umrah.



“APAKAH maksud laknat? Laknat jauh daripada rahmat Allah SWT, jika buat pahala pun ia tidak diterima amalannya selagi tidak bertaubat.

“Allah melaknat wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita,” kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman mengulas kontroversi terbaru membabitkan usahawan kosmetik terkenal Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 35, atau lebih gemar dikenali Nur Sajat.

Selebriti yang juga penyanyi itu menunaikan umrah dan gambar serta videonya bertelekung di hadapan Kaabah, Makkah tular di media sosial sehingga dianggap sebagai melampau oleh sebilangan besar netizen.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman yang dihubungi Harian Metro, hari ini, menjelaskan sepatutnya perbuatan usahawan itu pergi menunaikan umrah di Makkah membuatkan dia insaf.

“Tetapi masih tak insaf malah seolah-olah mencabar pihak berkuasa agama. Dinasihatkan supaya dia bertaubat dan kembali kepada asal serta orang lain jangan mengikut jejak seperti ini.

“Perbuatan itu dilaknat oleh Allah. Apabila kata laknat, dia jauh dari rahmat Allah. Dia tidak diterima oleh Allah.

“Kita mengharapkan dia kembali seperti seorang lelaki. Umat Islam lain, jauhkan perbuatan yang menyebabkan laknat Allah sebab dimurkai dan jauh dari rahmat Allah,” katanya.

Sebelum ini menerusi akaun Instagram miliknya, usahawan berkenaan meluahkan rasa syukur perjalanannya ke Makkah bersama keluarga dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Walaupun saya di Malaysia selalu dikutuk, dihina, dicaci malah pelbagai tohmahan diberikan kepada saya, saya hanya berdiam diri...saya musafirkan diri saya, saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama Nursajat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 6:54 PM
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906
Bawang Media
33 min

Sajat pergi Makkah dengan PA dengan ibu bapa dan anak-anak angkatnya untuk buat kerja Umrah.

Baguslah sebab menyahut panggilan. Lagipun dia berkemampuan.

Cuma yang menariknya, masa di KLIA, dia berjubah berkurta lelaki. Begitu juga dengan PA dia. Tapi bila dah lepas imigresen Arab Saudi, dia berkelubung dah macam ninja kunun-kunun berniqab dan bertelekung!

Tak memasal mutawif pula yang kena balun. Sedangkan mutawif dah minta pandangan mufti dan tidak menyangka yang pondan dua ekor tu akan tunjuk belang pendurhakaan mereka kepada Allah Taala di Makkah!

Tak per, kita doakan yang baik-baik. Sebab nanti kalau kita doakan yang buruk-buruk, keburukan itu ditimpakan menyeluruh dan kita juga akan terkena kerana selama ini membenarkan dan membesarkan golongan seperti Sajat.

84047777_2711670442212243_8535937026204106752_n.jpg

83694848_2711672112212076_8311951659924193280_n.jpg

83653198_2711670495545571_8406723489154727936_n.jpg

84090672_2711670422212245_4175809999672442880_n.jpg

83916690_2711670565545564_3045503825751310336_n.jpg

83212467_2711670545545566_8743764940264833024_n.jpg

84147704_2711670588878895_9032530276068098048_n.jpg



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906
Sajat Pakai Baju Lelaki Sebelum Tunai Umrah, Tukar Pakaian Perempuan Ketika Di Tanah Suci?

February 2nd, 2020





Kecoh diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nursajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.


sajat2.PNG




Rata-rata netizen mempersoalkan penampilan Sajat semasa menunaikan umrah iaitu sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram.

Ramai juga yang keliru dan tertanya-tanya bagaimana Sajat dan boleh lepas masuk ke Tanah Suci sebagai perempuan sedangkan di dalam kad pengenalan, jelas nama dan jantinanya seorang lelaki.


sajat4.PNG





Sajat pakai jubah lelaki

sajat5.PNG


Namun, segala persoalan terjawab apabila seorang pengguna Twitter mengongsikan foto Sajat sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. Dia tampil lengkap mengenakan jubah lelaki semasa di KLIA. Mungkin selepas tiba di Makkah, dia berubah gaya dan menukar pakaian untuk tampil sebagai wanita pula.

Mengejutkan juga pendedahan ini, agak hebat juga “wayang” Sajat dan rakan-rakannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib sekali lagi menyiasat identiti sebenar Sajat. Harus diketahui umum agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.

sajat6.PNG


Terdahulu, Sajat menerusi akaun Instagramnya seolah-olah cuba mendedahkan identiti sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi dia mengakui dirinya antara wanita bertuah. Jiwanya adalah seorang wanita.

Sumber Berita : Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi & Shaiful Rizaidie


https://cari.gold/sajat-pakai-baju-...tukar-pakaian-perempuan-ketika-di-tanah-suci/
 

jaih

Legendary Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,057
Reaction score
487
Points
141
dah tau daaa makhluk nih bermasalah....nak jugak diambil sebagai pelanggan... kang mendapat daa..
nama company kompom buruk daaa.... alasan2 yg dijawab semua main lepas tengkuk ja...
silap banyak laaa...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,372
Reaction score
15,064
Points
1,906
News Alert
4 jam

Agensi umrah benarkan pondan berpakaian wanita bersubahat perkara mungkar

4 hours ago


AGENSI yang ingin membawa golongan pondan atau mak nyah mengerjakan ibadah di kota suci Mekah dan Madinah perlu memastikan kumpulan tersebut melaksanakannya berdasarkan hukum jantina asal iaitu sebagai seorang lelaki.

Menurut pendakwah Syed Shahridzan Syed Mohamed, agensi umrah yang tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut bermakna pihak tersebut telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di kedua-dua tanah suci umat Islam.

Menurut beliau, tindakan agensi tersebut merupakan satu penghinaan yang dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia itu dan boleh menyebabkan nama baik agensi berkenaan tercemar.

“Jika mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanah air iaitu seperti perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di tanahsuci.

“Peringatan dari saya kepada pihak agensi jika kelakuan mungkar ini jika tidak dibendung atau dibiarkan ia akan menjadi penyebab reputasi dan nama baik agensi itu tercalar, malah akan menerima kecaman dari orang ramai,” kata Syed Shahridzan.

Beliau mengulas laparon berita mengenai seorang usahawan kosmetik terkenal daripada golongan pondan mengerjakan umrah.

Melalui gambar yang dikongsi di media sosial usahawan bertaraf jutawan tersebut memakai pakaian wanita dan menjalankan ibadah sebagai seorang wanita.

Menurut Syed Shahridzan, hukum seorang pondan yang mahu mengerjakan ibadah umrah adalah harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka seorang muslim.

Pun begitu, menurut Syed Shahridzan, syarat yang wajib ditunaikan peserta dari golongan mak nyah adalah mereka wajib mengerjakan umrah berdasarkan hukum asal jantina iaitu sebagai lelaki dan bukan sebagai wanita.

“Mereka bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram.

“Mereka tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung,” kata Syed Shahridzan yang juga Setiausaha Agung Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI).

Jelas Syed Shahridzan, untuk mengelakkan payudara tiruan golongan tersebut kelihatan ketika memakai kain ihram maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.

Golongan mak nyah tersebut juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki.

Bahkan agensi yang membawa golongan tersebut wajib memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.-SM

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,212
Reaction score
2,253
Points
206
Deme landing ke mekah dulu baru ke madinah? Atau dari madinah ke mekah? Tak kisah lah. Yg penting den doakan bilo dh blk sini dio dapek hidayah dan bertukar menjadi lelaki sejati. Dan trus masuk gim main bosi jadi sado!

Ekekeke

Ishh rindu btul nk buek umrah lagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register