BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sajat pakai baju perempuan tunai umrah

Syahril A. Kadir sedang bersama Adam Salleh dan 2 yang lain.
12 min

KES Sajat ni mengingatkan saya pada wartawan hiburan paling lejen, Allahyarham Hj Abd Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Mama Juwie.

Masa awal-awal jadi wartawan jenayah dulu, saya sering terserempak dengan arwah waktu dia datang ke ofis. Arwah ni suka bekerja time malam.

Juwie ni masa hidupnya apa yang orang tak kata kat dia...bapoklah, pondanlah etc. Dia redha je sebab dia dia mengaku dia memang seorang khunsa (ada dua alat kelamin).

Namun, Juwie yang kuat beribadat ni kalau pergi ke Makkah, dia tetap berusaha kelihatan seperti lelaki walaupun kita semua tahu perwatakannya seolah-olah dia lebih kepada seorang wanita.

Takde pulak dia terhegeh-hegeh nak bertelekung bagai depan Kaabah!

Malah dalam banyak coretannya, dia banyak berdoa agar Allah kuatkan keimanannya di sebalik semua cercaan dan hinaan yang dia terima di muka bumi ini.

Hari ini Mama Juwie dah dimamah tanah, tetapi kebaikan dan keluhuran hatinya tetap menjadi bualan mereka yang mengenalinya.

Semoga Sajat diberi hidayah untuk tidak terus kekal dalam dunia kepalsuannya itu.

Semoga Allah menempatkan arwah Mama Salam Juwie di syurga tanpa hisab.

Innalilahiwainalillahirojiun.

83591492_10157935371433050_9189436044255166464_o.jpg

83323543_10157935383353050_8824874809239273472_n.jpg

83755542_10157935383433050_8735230462290558976_n.jpg




 
yg mak pak die pun entahla. malas nk ckp lebih
 
Agensi pelancongan lapor konsulat

PIHAK Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang mengurus umrah usahawan kontroversi Nur Sajat dan ahli keluarganya sudah mengambil tindakan susulan dan nasihat melalui Mutawwif yang bertugas di Makkah.


Albayt Travel dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi berkata, pihaknya juga sudah merujuk insiden Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung itu kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, syarikat mereka memiliki lesen pengenalan pakej pelancongan membabitkan dalam dan luar negara termasuk pakej umrah.

“Kumpulan umrah khas oleh keluarga Nur Sajat dan rakan perniagaannya itu disertai sembilan orang iaitu tujuh dewasa dan dua kanak-kanak bersama seorang Mutawwif bermula 28 Januari lalu hingga 7 Februari ini.

“Lokasi kembara adalah Madinah, Makkah dan Jeddah menggunakan visa pelancong,” katanya.

Menurutnya, dari peringkat awal pendaftaran kumpulan itu, Albayt sudah memaklumkan kepada pihak pelanggan terdapatnya perbezaan pengurusan dan tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah sepanjang trip mereka.

“Pihak pelanggan mengakui faham akan hal itu berikutan status jantina yang mungkin akan menyentuh sensitiviti ramai dalam kalangan masyarakat Muslim.

“Oleh itu, pihak Albayt mengambil langkah yang penuh berhati-hati bermula penyusunan dokumen untuk pemprosesan visa, kursus pemantapan umrah khas dan sehinggalah soal yang menyentuh perihal ibadah sepanjang berada di sana (Makkah),” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut menitikberatkan kepada pelanggan adalah supaya tidak mempublisitikan percutian ibadah umrah mereka kepada umum melalui mana-mana saluran media berikutan kekhuatiran pihaknya, mungkin akan menyebabkan timbul ketidakselesaan segelintir dari masyarakat Muslim.

“Atas nasihat awal Albayt itu, pihak pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum dengan tidak sesekali memaparkan sebarang bentuk visual kepada khalayak umum berkaitan hal yang boleh menyebabkan berlakunya salah tafsir.

“Namun apa yang terjadi ini adalah di luar jangkaan kami dan mengharapkan semua pihak jelas akan hal ini,” katanya.

 
Abg jat... Oooo.. Abg jat...
Nape la buat mcm ni, tk tau den nak koba mcm mano lae...
Tompek suci pun ekau n de gang buek main2... Sodih lak hati den... Allah dah bg jomputan, ekau sia2 kan...

Nnti kalo org kocam, ekau nangis2...
Syaitan tu tgu pluang nk masuk jarum last yo.... Jarum nk bg hati ekau berbolah bagi, lopeh tu jadi murtad...
Alasan eh, org islam n agama ekau pun tak nak terima ekau...

Taubat la abg jat... Pintu taubat masih terbuko utk mu... Abg jat kalo sado, cnfirm lg ensem dari coach yin.. Heheheh...

Den doa ekau dpt hidayah n btulkan apa yg tk btul yg tolah ekau lakukan...
Taubat la selagi belum terlambat yo...

Peace
 
JUMPA KAT MAHKAMAH

· 1 jam ·



Undang-undang Arab Saudi berkenaan larangan transgender menunaikan ibadah haji & umrah sangat ketat. Mereka melarang transgender menunaikan ibadah tersebut.

Hanya lelaki dan perempuan sahaja yang dibenarkan menunaikan haji dan umrah mengikut maklumat passport dan permohonan visa mereka.

Bermakna, jika seseorang menukar penampilan selepas memasuki tanah haram, ia telah melanggar syarat visa yang diberikan telah melakukan kesalahan besar di bawah undang-undang Arab Saudi.

Larangan ini masih berkuatkuasa walaupun ada pihak yang memohon supaya Putera Mahkota Arab Saudi memansuhkan larangan ini.

https://www.tribune.com.pk/story/1912559/1-saudi-crown-prince-urged-abolish-hajj-restriction-transgender-community/

Kerajaan Saudi juga sudah melarang mana-mana syarikat ejen umrah/haji agar tidak membawa golongan transgender menunaikan ibadah tersebut kerana bimbang keselamatan mereka diancam.

Pada tahun 2017, sekumpulan transgender dari Pakistan ditangkap dan dibunuh di Arab Saudi.

https://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/transgender-pakistani-saudi-arabia-tortured-death-amna-meeno-11-custody-lgbt-rights-human-a7607446.html%3famp


83583613_2538110883068646_6399481643039457280_o.jpg


 
dia xde plak ye kene bala kat tanah suci tu ye...ye la ada org kata kita kalu kat sana kene jaga2,hati dan mulut kene pelihara xleh nk sebarang buat pekara x senonoh
 
Agensi pelancongan lapor konsulat

PIHAK Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang mengurus umrah usahawan kontroversi Nur Sajat dan ahli keluarganya sudah mengambil tindakan susulan dan nasihat melalui Mutawwif yang bertugas di Makkah.


Albayt Travel dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi berkata, pihaknya juga sudah merujuk insiden Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung itu kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, syarikat mereka memiliki lesen pengenalan pakej pelancongan membabitkan dalam dan luar negara termasuk pakej umrah.

“Kumpulan umrah khas oleh keluarga Nur Sajat dan rakan perniagaannya itu disertai sembilan orang iaitu tujuh dewasa dan dua kanak-kanak bersama seorang Mutawwif bermula 28 Januari lalu hingga 7 Februari ini.

“Lokasi kembara adalah Madinah, Makkah dan Jeddah menggunakan visa pelancong,” katanya.

Menurutnya, dari peringkat awal pendaftaran kumpulan itu, Albayt sudah memaklumkan kepada pihak pelanggan terdapatnya perbezaan pengurusan dan tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah sepanjang trip mereka.

“Pihak pelanggan mengakui faham akan hal itu berikutan status jantina yang mungkin akan menyentuh sensitiviti ramai dalam kalangan masyarakat Muslim.

“Oleh itu, pihak Albayt mengambil langkah yang penuh berhati-hati bermula penyusunan dokumen untuk pemprosesan visa, kursus pemantapan umrah khas dan sehinggalah soal yang menyentuh perihal ibadah sepanjang berada di sana (Makkah),” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut menitikberatkan kepada pelanggan adalah supaya tidak mempublisitikan percutian ibadah umrah mereka kepada umum melalui mana-mana saluran media berikutan kekhuatiran pihaknya, mungkin akan menyebabkan timbul ketidakselesaan segelintir dari masyarakat Muslim.

“Atas nasihat awal Albayt itu, pihak pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum dengan tidak sesekali memaparkan sebarang bentuk visual kepada khalayak umum berkaitan hal yang boleh menyebabkan berlakunya salah tafsir.

“Namun apa yang terjadi ini adalah di luar jangkaan kami dan mengharapkan semua pihak jelas akan hal ini,” katanya.


silap haribulan melingkup syarikat ni kena banned dengan kerajaan arab saudi.
 
Syahril A. Kadir sedang bersama Adam Salleh dan 2 yang lain.
12 min

KES Sajat ni mengingatkan saya pada wartawan hiburan paling lejen, Allahyarham Hj Abd Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Mama Juwie.

Masa awal-awal jadi wartawan jenayah dulu, saya sering terserempak dengan arwah waktu dia datang ke ofis. Arwah ni suka bekerja time malam.

Juwie ni masa hidupnya apa yang orang tak kata kat dia...bapoklah, pondanlah etc. Dia redha je sebab dia dia mengaku dia memang seorang khunsa (ada dua alat kelamin).

Namun, Juwie yang kuat beribadat ni kalau pergi ke Makkah, dia tetap berusaha kelihatan seperti lelaki walaupun kita semua tahu perwatakannya seolah-olah dia lebih kepada seorang wanita.

Takde pulak dia terhegeh-hegeh nak bertelekung bagai depan Kaabah!

Malah dalam banyak coretannya, dia banyak berdoa agar Allah kuatkan keimanannya di sebalik semua cercaan dan hinaan yang dia terima di muka bumi ini.

Hari ini Mama Juwie dah dimamah tanah, tetapi kebaikan dan keluhuran hatinya tetap menjadi bualan mereka yang mengenalinya.

Semoga Sajat diberi hidayah untuk tidak terus kekal dalam dunia kepalsuannya itu.

Semoga Allah menempatkan arwah Mama Salam Juwie di syurga tanpa hisab.

Innalilahiwainalillahirojiun.

83591492_10157935371433050_9189436044255166464_o.jpg

83323543_10157935383353050_8824874809239273472_n.jpg

83755542_10157935383433050_8735230462290558976_n.jpg





Sapa peminat majalah mangga dl ingat la mama nie huhuhu
 
Mr Kong Tuck Wah
50 min ·
Dulu rasanya JAKIM ada isu dengan Transgender yang dimaksudkan oleh PU Amin ini berkenaan jantina kan?
https://m.malaysiakini.com/hiburan/409336



PU Amin
7 jam ·

Tadi ditegur oleh polis . Kebetulan saya berborak dengan kawan dalam bahasa arab . Dia tanya saya dari Malaysia ke ? Saya kata ya . Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu malaysia ke ? saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu ) . Dia kata jangan buat hal kat sini , ini tempat suci , tempat ibadah . Nanti semua orang malaysia masalah nak buat umrah . Nak buat apa buat kat tempat awak , sini undang undang kita tak boleh buat main . Saya angguk angguk dan balik . Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun saya tak suka ini berlaku . Fuhhh , cukup hebat kes ni , arab pun tahu . Ya Allah peliharalah kami semua Ya Allah

 
Dr Ahmad Sanusi
3 jam ·
Rasulullah Mengusir MakNyah Dari Ruang Wanita
============
1. Tahukah anda bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengusir seorang mukhannath (lelaki berperwatakan wanita/maknyah) daripada duduk dalam ruang bersama wanita? Hadith ini tidaklah secara spesifik menceritakan tentang situasi dalam masjid, namun keberadaan seorang mukhannath bersama kaum wanita pernah menjadi perhatian Rasulullah.

2. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menceritakan bagaimana seorang mukhannath (lelaki berperwatakan wanita) duduk di dalam rumah Ummu Salamah, isteri Rasulullah ﷺ. Mukhannath ini dikatakan mendedahkan rahsia perihal sosok tubuh wanita Taif kepada Abdullah ibn Abi Umayyah (saudara kepada Ummu Salamah). Beliau menceritakan perihal wanita Taif (anak-anak perempuan Ghaylan) yang mempunyai tubuh yang gebu.

3. Mendengar perbualan ini Rasulullah ﷺ melarang mukhannath ini dari duduk bersama dengan wanita Muslimah. Ini kerana mukhannath tersebut akan mengetahui aurat dan sosok tubuh wanita Muslimah sehingga boleh mendedahkannya kepada orang awam. Dengan itu Rasulullah ﷺ menegaskan:

لاَ يَدْخُلَنَّ هَؤُلاَءِ عَلَيْكُنَّ

“(Wahai para wanita)Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (para wanita)!”

4. Menurut al-Imam al-Syawkani (Nayl al-Autar, Dar al-Hadith, 1993, 2654), Rasulullah mengusir mukhannath ini adalah disebabkan kerana tiga sebab utama iaitu:

(a) أنه كان يظن أنه من غير أولي الإربة ثم لما وقع منه ذلك الكلام زال الظن

Pada asalnya mereka (para sahabat) menyangkakan bahawa mukhannath yang masuk ke rumah isteri Rasulullah tersebut adalah golongan yang tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Namun setelah mendengar perbualannya tentang perempuan Taif (anak-anak Ghaylan), telah nyata, mukhannath ini mempunyai nafsu atau tahu kehendak nafsu lelaki terhadap wanita, maka Rasulullah mengusirnya. Sekiranya ada dikalangan maknyah yang solat ditempat wanita, bagaimana kita boleh pastikan mereka tidak mendedahkan aurat wanita Muslimah yang lain?

(b) وصفه النساء ومحاسنهن وعوراتهن بحضرة الرجال

Mukhannath tadi telah menceritakan sifat-sifat kecantikan wanita serta aurat mereka ketika beradanya orang lelaki bersama mereka. Ini adalah satu kebimbangan besar. Mukhannath yang duduk bersama Muslimah boleh mengetahui aurat mereka dan mendedahkannya kepada orang lain. Bahkan pada hari ini boleh ambil gambar atau video. Atas dasar itu Rasulullah mengusirnya dari bersama dengan wanita Muslimah.

(c) أنه ظهر له منه أنه كان يطلع النساء وأجسامهن وعوراتهن

Mukhannath tadi terdedah kepada perbuatan meneliti atau melihat tubuh wanita Muslimah dan aurat mereka. Bimbang akan keadaan ini maka Rasulullah mengarahkan kepada isteri Baginda:

لاَ يَدْخُلَنَّ هَؤُلاَءِ عَلَيْكُنَّ

“Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (wanita)!”

5. Sebagai Muslim, kita menunaikan Umrah adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semakin hampir kita dengan Allah, semakin jauh kita dari melakukan perkara yang dilarang. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin benci kita untuk melakukan perkara yang ditegah oleh Rasulullah.

Mari bersama doakan hidayah buat kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://drsanusiazmi.com/rasulullah-mengusir-maknyah-dari-…/

 
Back
Top
Log in Register