BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Koperasi Felda

BERITA


MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE 29, BERSETUJU 10% DIVIDEN DAN 4% BONUS DIBAYAR TUNAI.

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAT) Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (“KPF”) Yang Ke 29, telah diadakan pada hari Khamis, 24 Jun 2010, jam 3.00 petang bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 1,040 perwakilan dari seluruh negara.

MAT ini juga telah memperakui 10.0% dividen dan 4% bonus dibayar tunai. Pengiraan dividen dan bonus ini adalah secara purata berdasarkan baki syer terendah bulanan dan kekal menjadi anggota sehingga 31 Disember 2009. Dividen dan bonus ini dibayar setelah ditolak zakat perniagaan.



Bagi bayaran awal, hanya 10% dividen dibayar kepada anggota mulai 1 Julai 2010, manakala baki 4% bonus akan dibayar apakala mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kelak.

PRESTASI 2009



ANGGOTA DAN MODAL SYER

Anggota KPF bertambah sebanyak 6.69% kepada 207,913 (2008:194,873) manakala modal syer anggota meningkat sebanyak 12.15% kepada RM1.46 bilion (2008:RM1.30 bilion).



Bilangan anggota Kumpulan Peneroka bertambah sebanyak 6.9% kepada 182,578 (2008:170,800). Kumpulan ini merupakan 87.81% daripada jumlah anggota KPF.



Jumlah modal syer yang dimiliki oleh peneroka dan keluarga mereka turut bertambah sebanyak 9.36% kepada RM1.02 bilion (2008:RM0.94 bilion). Jumlah modal syer yang dimiliki oleh Koperasi peneroka pula ialah sebanyak RM28.33 juta (2008:RM25.68 juta). Kumpulan Peneroka merupakan pemilik terbesar modal syer iaitu sebanyak RM1.05 bilion yang merupakan 72.08 % daripada keseluruhan modal syer, dengan purata pemilikan sebanyak RM5,763 (2008:RM5,634).



Anggota daripada Kumpulan Kakitangan pula iaitu seramai 25,335, merupakan 12.19% daripada jumlah anggota KPF. Kumpulan ini memegang syer sebanyak RM407.58 juta ataupun 27.92% daripada keseluruhan modal syer anggota.


PELABURAN

Pelaburan KPF telah mencecah RM2 bilion iaitu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18.14% (2008:RM1.69 bilion). Teras utama pelaburan KPF ialah pemilikan ekuiti dalam 11 buah Syarikat Kumpulan FELDA melalui pegangan sebanyak 255.89 juta unit saham dengan kos pelaburan sebanyak RM353.6 juta.



Sepanjang tahun 2009, pelaburan-pelaburan utama KPF ialah urusniaga pasaran sekuriti (RM547.24 juta), pelaburan usahasama/terokaan modal (RM385.34 juta), hartanah (RM235.55 juta), bon (RM64.83 juta), Amanah Raya Berhad (RM70.26 juta), Bank Koperasi (RM37.68 juta) dan Saham Amanah (RM20 juta).



KPF terus mengambil peluang memiliki saham dalam syarikat luar yang berdaya maju apabila mengambil 20% pegangan ekuiti dalam syarikat Teo Seng Capital dengan nilai pelaburan sebanyak RM18.60 juta. Pelaburan KPF dalam 15 buah syarikat usahasama/luar meningkat kepada RM385.34 juta iaitu pertambahan sebanyak 38.04% berbanding pada tahun lalu (2008:RM279.14 juta).



Pelaburan hartanah bernilai RM235.55 juta (2008:RM174.71 juta) telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 34.82%, melalui pembelian bangunan korporat Southgate di Jalan Sg. Besi berharga RM226 juta, 2 lot tanah di Bandar Baru Bangi berharga RM11.64 juta dan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Pusat Komersil Bandar Jengka, berharga RM0.59 juta. Bangunan korporat Southgate dijangka siap sebelum akhir 2011, manakala lot-lot tanah di Bandar Baru Bangi dirancang untuk pembinaan sebuah kompleks yang menempatkan sebuah hotel, “Service Apartment” dan “Garden Restaurant”.



Pelaburan hartanah ini dijangka mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya sebanyak 8% setahun.


KEUNTUNGAN

Pada tahun 2009 KPF memperolehi pendapatan sebanyak RM369.19 juta, meningkat 45.25% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (2008:RM254.18 juta), mencatatkan pencapaian yang tertinggi sejak ditubuhkan 30 tahun lalu. Dividen kasar daripada Syarikat-syarikat FELDA telah memberikan pulangan sebanyak RM289.69 juta, menyumbang 78.47% daripada jumlah pendapatan keseluruhan KPF (2008: 75.86%).



Keuntungan bersih sebelum cukai ialah sebanyak RM328.72 juta, meningkat sebanyak 40.26% berbanding tahun lalu (2008:RM234.36 juta).



Pada tahun ini zakat perniagaan yang akan dibayar ialah sebanyak RM10.90 juta meningkat 62.13% berbanding RM6.72 juta pada tahun lalu.



Keuntungan selepas bayaran cukai dan zakat iaitu sebanyak RM211.80 juta, meningkat 31.86% berbanding tahun lalu (2008:RM160.62 juta).





TIGA PEGAWAI KANAN FELDA DAN TIGA PERWAKILAN KEKAL MENGANGGOTAI LEMBAGA KPF SESI 2010/2011

Tiga orang Pegawai Kanan yang dicalonkan oleh FELDA dipilih menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2010/2011, untuk jawatan-jawatan berikut:



Nama


Jawatan


Jawatan

Y.Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab


Pengarah Besar


Pengerusi

Encik Suhaimi Zainuddin


Timbalan Pengarah Besar

(Pembangunan


Setiausaha

Encik Abidin Abd Rahman


Timbalan Pengarah Besar

(Pengurusan & Kewangan)


Bendahari


Tiga Anggota Lembaga yang tamat tempoh perkhidmatan mereka Encik Abdul Latif Othman (Seremban), Encik Abdul Majid Abdullah (Bukit Ramun) dan Puan Saodah Sudi (Air Tawar 5) turut dipilih semula sebagai Anggota Lembaga bagi sesi 2010/2011.

​
 
Last edited:
Sekarang Nak cuba kira worst case dividen cuma 10%

(50k+50k LOAN)* 10% = 10k

Hutang (10 thn)=


668 x 12 = 8040

Means tiap tahun cuma dapat 10k - 8040 = 1960 @ 2000

Kalau TANPA LOAN
50k x 10 % = 5k setahun
Dalam masa 10 tahun dpt 50k....

Jumlah wang lps 10 thn TANPA LOAN
(50k + 50k dividen = 100k)

Kalo LOAN lps 10 thn
(50k + 50k loan + 20k(2k setahun) = 120k)

So untung loan 20k...still untung???...hmm :-?:-?

Apepun terpulang kat bro.

Yang penting bila dapat dividen ada 2 pilihan
1) nak kredit dividen
2) dividen cover bayaran bulanan


1) Kalo kredit dividen lpas 10 tahun ada
lebih 200k dalam kpf( cuma kena ada bajet nak bayar bebulan PL)

2) dividen cover bayaran bulanan
ada 120k dalam kpf( tapi xpening bayo bulan2)
 
Bagi yg x dpt join KPF..belajar cara biznya..buka koop sendiri

Apepun terpulang kat bro.

Yang penting bila dapat dividen ada 2 pilihan
1) nak kredit dividen
2) dividen cover bayaran bulanan


1) Kalo kredit dividen lpas 10 tahun ada
lebih 200k dalam kpf( cuma kena ada bajet nak bayar bebulan PL)

2) dividen cover bayaran bulanan
ada 120k dalam kpf( tapi xpening bayo bulan2)

Bagi yg x dpt join KPF, bolelah belajar rahsia pelaburan KPF..kebanyakkan modal dilabur ke sykt berlandaskan pertanian yg memberi pulangan dividen yg agak tinggi >10%, property REIT dlm bentuk pulangan sewa dan capital appreciation >8%, kebanyakkan saham 'blue chip' dibeli atas portion Bumi..ASB pun hampir mcm KPF jugak, cuma lately div agak kurang walaupun ASNB mampu membayar lebih..:)cgrock
 
Bagi yg x dpt join KPF, bolelah belajar rahsia pelaburan KPF..kebanyakkan modal dilabur ke sykt berlandaskan pertanian yg memberi pulangan dividen yg agak tinggi >10%, property REIT dlm bentuk pulangan sewa dan capital appreciation >8%, kebanyakkan saham 'blue chip' dibeli atas portion Bumi..ASB pun hampir mcm KPF jugak, cuma lately div agak kurang walaupun ASNB mampu membayar lebih..:)cgrock

aLASAN ASB nak cover tahun yang mendatang :):D
 
Zakat

Salam sahabat..
Sebagai org Islam apa2 pun pelaburan keuntungan kita kenalah kira selepas ditolak zakat.
Tapi yang best dengan KPF ni sebab dah tolak zakat=14%
ASB 7.5% to 8% -Zakat 2.5%=5 to 5.5%
Tabung Haji selepas tolak zakat =5%
Bank Persatuan lepas tolak zakat=10%
Koperasi tentera 13%-zakat 2.5%=10.5%
Unit Trust----> -(yuran modal 6%+zakat 2.5%)

PG
pgcare.blogspot.com
 
Salam sahabat..
Sebagai org Islam apa2 pun pelaburan keuntungan kita kenalah kira selepas ditolak zakat.
Tapi yang best dengan KPF ni sebab dah tolak zakat=14%
ASB 7.5% to 8% -Zakat 2.5%=5 to 5.5%
Tabung Haji selepas tolak zakat =5%
Bank Persatuan lepas tolak zakat=10%
Koperasi tentera 13%-zakat 2.5%=10.5%
Unit Trust----> -(yuran modal 6%+zakat 2.5%)

PG
pgcare.blogspot.com

Terima kasih...:D
 
Bila dengar berita kpf declare keuntungan..senyum tawar jee sbb aku baru je submit borang 12 julai haritu..huaaa...
 
Back
Top
Log in Register