BTC USD 83,853.1 Gold USD 4,289.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Koperasi Felda

Dividen Koperasi Felda 14%

Sumber:http://pgcare.blogspot.com/2010/06/dividen-koperasi-felda-14.html

Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FELDAsamanSuaraKeadilan/Article

......“FELDA juga memiliki 340,126 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih RM1.1 bilion setahun selama enam tahun berturut-turut. FELDA mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, dan Arab Saudi,” katanya.

“Kedudukan kewangan FELDA sangat kukuh berdasarkan nisbah kewangan dan aset bersihnya sekarang berjumlah RM12.2 bilion,” katanya yang turut memaklumkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) memberikan dividen dan bonus kepada pemegang sahamnya sebanyak 14 peratus bagi 2009.
 
Fikir2 ada satu kerugian KPF nie...
sbb dividen lambat 6 bulan walopun akaun dah tutup bln 12 hari tu...
Apapun moga prestasi KPF terus meningkat...
 
Aku beli saham January 2010.agaknya leh dapat apa apa income tak?atau July 2011 baru dapat dividen??:)

Tak dapat rasenya...thn depan bulan 7/2011 baru dapat...

yg bayar bulan 7/2010 adalah untuk akaun dari bulan 1/2009 hingga 12/2009... moga taun depan makin meningkat
 
salam semua,, aku dah konpius , boleh ke org biasa beli saham kpf,,,
baca dlm dalam undang-undang kecil dia tak boleh.
 
salam semua,, aku dah konpius , boleh ke org biasa beli saham kpf,,,
baca dlm dalam undang-undang kecil dia tak boleh.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA :
1. Berumur 18 Tahun dan ke atas;
2. Warganegara Malaysia;
3. Bermastautin di Malaysia;
4. Peneroka/Kakitangan Felda;
5. Isteri/Anak Peneroka/Kakitangan Felda;

6. Bukan seorang bankrap;
7. Tidak hilang upaya dari segi mental;
8. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
9. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
 
Back
Top
Log in Register