BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Bakal Miliki Hospital IJN, Perkukuh Akses Rawatan Kesihatan Jantung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141
753966b878dad79136ea82ec4f105dfc69d3660c66af2

Kredit: Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Sabah

Sabah bakal memiliki sebuah hospital jantung bertaraf dunia di Likas menerusi kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan IJN Sdn Bhd di tapak seluas empat hektar yang telah diwartakan khusus bagi tujuan berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata kerjasama antara agensi itu dijangka merealisasikan penubuhan dan pengembangan pusat rawatan jantung di negeri itu.

“Usaha ini diharapkan menjadi kenyataan dan memperkasakan akses perkhidmatan kesihatan jantung di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pembangunan Hospital IJN Sabah antara kedua-dua agensi, di sini hari ini.

Kumpulan Yayasan Sabah diwakili Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya, manakala Ketua Pegawai Eksekutif IJN Group Sdn Bhd Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib serta Ketua Pegawai Klinikal Datuk Dr Saiful Azmi Yahaya mewakili IJN.

Turut dimeterai pada majlis itu ialah MoU antara Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Universiti IJN bagi kerjasama dalam pendidikan kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi IJN Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika berucap berkata pemeteraian MoU itu mencerminkan langkah strategik ke hadapan dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan serta pembangunan modal insan di Sabah.

“Dalam memastikan keberkesanan sistem kesihatan negara, kita perlu bergerak melampaui pendekatan berpusat. Akses kepada rawatan berkualiti tinggi perlu diperluas agar dapat dinikmati secara lebih menyeluruh tanpa mengira lokasi geografi.

“Sehubungan dengan itu, kerjasama strategik ini satu langkah penting ke arah merealisasikan visi berkenaan, iaitu memperluas kepakaran dan perkhidmatan kardiovaskular ke Sabah melalui pendekatan lebih menyeluruh serta mampan.

“Apa yang ingin dibina bukan sekadar fasiliti rawatan tetapi sebuah ekosistem kesihatan bersepadu merangkumi rawatan klinikal, latihan profesional, penyelidikan dan pembangunan kepakaran setempat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register