BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RXZ Members: Aktivis Cadang Pelan Pengurusan Risiko Menyeluruh Diwujudkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RXZ Members: Aktivis Cadang Pelan Pengurusan Risiko Menyeluruh Diwujudkan​

28811d5c5040aadae1c7fb3e5d5a2fe16a72facc64604


Semua pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa serta penganjur program RXZ Members, digesa menetapkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko menyeluruh susulan peningkatan kes kematian dan kemalangan sepanjang penganjuran program tersebut.

Gesaan itu disuarakan aktivis keselamatan jalan raya Shahrim Tamrin, yang juga bekas ahli lembaga pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Beliau berkata pelan pengurusan risiko itu perlu meliputi antaranya jangkaan jumlah peserta; perancangan laluan utama masuk dan keluar; penetapan lokasi rehat dan ambulans; penyediaan pusat respons kecemasan; pelan komunikasi dan analisis risiko sebelum acara.

“Trend tiga tahun ini dengan dua kematian pada 2024, lima kematian pada 2025 dan 11 kematian pada 2026, menunjukkan masalah ini bukan insiden terpencil, tetapi corak yang semakin buruk setiap kali acara ini dianjurkan.

“Program RXZ Members kini telah berkembang menjadi antara perhimpunan motosikal terbesar di Malaysia, melibatkan ratusan ribu peserta dari seluruh negara. Berdasarkan skala ini, pendekatan pengurusan keselamatannya tidak lagi boleh bergantung kepada penguatkuasaan biasa semata-mata, sebaliknya perlu dirancang sebagai pengurusan risiko bagi acara berskala besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata sebanyak 46 kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal, direkodkan dalam tempoh empat hari bermula 30 Julai hingga Ahad lepas, sepanjang penganjuran program RXZ Members 8.0.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 11 kes atau 23.91 peratus kemalangan maut, lima kes (10.87 peratus) kemalangan parah dan 30 kes (65.22 peratus) kemalangan ringan.

Program RXZ Members 8.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak di Kuala Nerus pada Jumaat dan Sabtu lepas, dilaporkan menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling mendapat sambutan sejak dianjurkan pada 2017.

Dalam pada itu Shahrim mencadangkan supaya audit keselamatan selepas acara berlangsung juga dijalankan, meliputi jumlah nahas jalan raya, lokasi, masa, punca, profil penunggang, faktor motosikal dan keberkesanan penguatkuasaan.

 

'Event Full Marathon boleh tutup jalan, kenapa RXZ tak boleh? - Penganjur RXZ Members​



Mohd Lukhman (gambar kecil) mengulas isu cadangan penutupan LPT bagi memberi laluan kepada penganjuran RXZ Members pada masa akan datang.

Mohd Lukhman (gambar kecil) mengulas isu cadangan penutupan LPT bagi memberi laluan kepada penganjuran RXZ Members pada masa akan datang.

KUALA TERENGGANU - "Event Full Marathon boleh tutup jalan negeri dan persekutuan selama 12 jam okay je. Kenapa kami tak boleh. Kami pembayar roadtax. Runner bayar roadtax juga ke?.

Demikian kata Pengarah Program RXZ Members, Mohd Lukhman Hassan berkenaan isu cadangan penutupan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi memberi laluan kepada penganjuran perhimpunan berkenaan pada masa akan datang.


"Tapi actually (sebenarnya) kami taknak pom (pun). Cume nak bagitau, Malaysia boleh dan ada event yang menutup lebuh raya," jelasnya menerusi hantaran di laman sosialnya pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan Penganjur RXZ Members akan membuat permohonan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) agar Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 ditutup seketika untuk memberi laluan kepada peserta program berkenaan pada masa datang.

Menurut Mohd Lukhman, perkara tersebut merupakan antara cadangan penambahbaikan yang dikemukakan pihaknya ketika sesi libat urus bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Khamis.

Jelasnya, pihak LLM yang pada asalnya mencadangkan perkara berkenaan sebelum pihaknya menyambutnya secara berseloroh.

Mengulas isu cadangan pendaftaran peserta bersama gambar kenderaan pula, beliau memberitahu pihaknya terbuka menerima cadangan berkenaan namun berdepan kekangan dari segi kemampuan kelulusan spesifikasi.

"Cadangan pendaftaran bersama gambar, kami okay (setuju). Terima cadangan, tapi kemampuan untuk meluluskan spesifikasi kenderaan yang boleh daftar dan tak boleh daftar kami tiada. Kalau ada pihak yang nak tolong, boleh saja.

"Select (pilih) 100,000 pendaftaran kalau tak lulus komen terus apa yang perlu diubah kemudian follow up sentiasa rider tersebut sehingga lulus. Sebab itu sesi libat urus diperlukan lagi selepas ini jika ingin melaksanakan. Macam nok (nak) masuk Puspakom sekmung (awak) lepas ni kena booking," ujarnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut menegaskan pendirian prinsip penganjur serta komuniti berkenaan dalam mendepani pelbagai reaksi awam.

"Satu saja nk ingatkan, kami bangsa Rxz. Menunduk tanda hormat. Tapi tidak membenarkan orang memijak. Jika dipijak, kami pasti melawan.

"Kami hanya boleh dibeli dengan respect (penghormatan) dan juga 'malu mato', Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau pound sterling mungkin Man amik," tulisnya berseloroh.

 
Back
Top
Log in Register