BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Pengasingan Peranan Peguam Dan Pendakwa Raya, Had Tempoh Jawatan PM Akan Dibentang Semula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
e5321c9ecee89bba443d18ddcd82dff968061621406f5

Datuk Seri Azalina Othman Said

Kerajaan MADANI bersetuju Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang semula pada sidang Parlimen akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata susulan pelaksanaan Fasa I Kerangka Akauntabiliti MADANI awal 2026, agenda reformasi undang-undang dan institusi kini memasuki Fasa II, iaitu bagi tempoh Mei hingga Ogos.

Beliau berkata agenda itu memfokus kepada pengukuhan integriti, hak asasi, sistem keadilan dan pembangunan infrastruktur kehakiman negara.

“Memasuki Fasa II bermula bulan Mei kelak, antara inisiatif utama yang akan dilaksana ialah penggubalan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dan Akta Kebebasan Maklumat pada sidang Parlimen seterusnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Azalina juga berkata antara inisiatif agenda reformasi institusi yang telah dilaksanakan dalam bulan April ini ialah Tribunal Antibuli.

“Langkah-langkah ini mencerminkan tekad dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap agenda reformasi dilaksanakan secara konsisten, tersusun dan berimpak demi membina sistem yang lebih telus, berakauntabiliti dan berdaya tahan untuk masa depan negara,” katanya.

Berdasarkan takwim di laman sesawang rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat dijangka berlangsung selama 16 hari dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.

 
Back
Top
Log in Register