BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM

kalo agong pon sepenggal je
kenapa nak bagi PM 2 penggal?
 

CSO Gesa Ahli Parlimen, Senator Sokong RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM 10 Tahun​


42fe22319347718a2d7e11c954fc725b63022606dc3ad


Sebuah gabungan sembilan organisasi masyarakat sivil (CSO) menggesa kesemua 222 Ahli Parlimen dan 58 Senator agar menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan mengenai Perkara 43, bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Menerusi kenyataan bersama hari ini, kumpulan berkenaan menolak dakwaan bahawa had itu akan mencabuli kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan menegaskan bahawa pindaan tersebut adalah berperlembagaan memandangkan Perkara 43 membenarkan sekatan tertentu terhadap kelayakan bagi memegang jawatan tertinggi negara.

“Perkara 43(7) sedia ada dengan tegas menetapkan bahawa walaupun terdapat apa-apa dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui naturalisasi atau pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa terdapat empat manfaat utama bagi reformasi ini, iaitu memaksa pembaharuan generasi dalam kepimpinan, “mendisiplinkan” politik dengan menumpukan pada matlamat dasar jangka panjang berbanding strategi pilihan raya jangka pendek, mengurangkan tumpuan kuasa dan mengurangkan ketidakstabilan politik.

Gabungan itu turut menggesa kerajaan membenarkan penambahbaikan RUU berkenaan di peringkat jawatankuasa kerana keterbukaan kerajaan berkaitan perkara ini akan menghapuskan keperluan untuk merujuknya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

“Kajian penambahbaikan pertama adalah berkaitan cadangan penyisipan Perkara 43(4D)(b), yang membolehkan seorang Perdana Menteri kekal sebagai Perdana Menteri sementara selepas pembubaran Parlimen.

“Kami bersetuju dengan rasional di sebalik klausa ini tetapi mencadangkan agar kelonggaran berakhir apabila Parlimen bersidang semula selepas pilihan raya... ini bermakna walaupun Parlimen tidak mencapai persetujuan mengenai Perdana Menteri baharu, Perdana Menteri sementara sepatutnya digantikan dengan seorang Perdana Menteri sementara yang lain,” menurut kenyataan itu.

Menurut gabungan itu, penambahbaikan kedua adalah berkaitan kemungkinan situasi seorang Perdana Menteri yang memenangi dua pilihan raya berturut-turut tidak dapat menjalankan dua penggal penuh lima tahun kerana penggalnya bermula sebelum Parlimen baharu bersidang semula.

“Situasi ini menimbulkan kerumitan yang tidak perlu kerana Perdana Menteri yang cukup tempohnya terpaksa membubarkan Parlimen lebih awal atau menyerahkan tampuk kepimpinan beberapa bulan sebelum Parlimen dibubarkan secara automatik.

 


Dewan Rakyat tidak lulus RUU hadkan tempoh 10 jawatan PM

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen lagi memilih untuk berkecuali.


Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Ia sekali gus menyaksikan RUU yang pertama kali dibentang membabitkan pindaan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan gagal dibawa untuk bacaan kali ketiga dan kemudiannya diluluskan.



Kegagalan meluluskan RUU itu memberi petanda tidak menentu kepada satu lagi RUU pindaan penting, esok iaitu berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang turut memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Terdahulu, Azalina ketika menggulung RUU itu menegaskan, pindaan ini dirangka dan dibentangkan sepenuhnya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan dengan penghormatan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi Raja-Raja.

Katanya, perlembagaan sendiri sudah diperuntukkan secara jelas kategori pindaan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 1595 dan Perkara 38(4).


Beliau berkata, menetapkan had tempoh tidak menyentuh prerogatif baginda, sebaliknya mentakrifkan parameter kelayakan individu yang boleh dipertimbangkan, justeru tidak timbul soal mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Ia soal memperkemaskan prinsip akauntabiliti dalam jawatan eksekutif tertinggi tanpa mengubah struktur pelantikan. Kuasa melantik kekal kepada baginda. Sokongan majoriti kekal pada Dewan Rakyat. Had tempoh hanya menentukan bahawa kuasa itu tidak boleh dipegang tanpa batas.

"Had 10 tahun dipilih kerana ia ukuran masa yang objektif, seragam dan selaras dengan struktur perlembagaan yang tidak mengikat jawatan Perdana Menteri kepada penggal tetap memandangkan Parlimen boleh digubal lebih masa.

"Pendekatan ini mengelakkan ketidakpastian tafsiran mengenai penggal di samping mengekal ruang yang mencukupi untuk kesinambungan dasar dan kestabilan pentadbiran tanpa membenarkan penumpuan kuasa yang terlalu lama," katanya.

Katanya, pindaan kepada Perkara 43 berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri juga tidak menyentuh mana-mana perkara dinyatakan dibawah Perkara 159(5), Perkara 70, Perkara 71, Perkara 72(4), Perkara 152 serta Perkara 153.

"Ia ada antara lain tidak mengubah keutamaan Raja-Raja. Tidak menjejaskan jaminan Perlembagaan Negeri. Tidak menyentuh Bahasa Kebangsaan. Tidak menyentuh Perkara 153 dan tidak melibatkan kewarganegaraan.



Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Nasaruddin Parzi
Kredit➡️ Harian Metro
 

Hadkan tempoh PM: Amirudin tetap anggap bersejarah, walau gagal​


820d095389daf3b6499a7e8b552bc984.jpg

ac9212bb40c601c901cb8de01f8e0a16.jpg


Naib Presiden PKR Amirudin Shari tetap menganggap usaha mengehadkan tempoh perdana menteri kepada 10 tahun sebagai langkah bersejarah walaupun gagal dalam pengundian di parlimen semalam.

“Langkah berani ini merupakan kali pertama mana-mana perdana menteri ataupun presiden sebuah parti membawa cadangan seumpama ini ke Dewan Rakyat.

“Dan ini mencerminkan komitmen perdana menteri dan PKR kepada reformasi yang diterjemahkan kepada usaha yang sebenar,” katanya.

Dalam undian malam tadi, RUU itu disokong oleh 146 anggota parlimen, ketika 44 orang berkecuali dan 32 lagi tidak hadir.

Terdahulu, Ketua pembangkang Hamzah Zainudin (Bebas-Larut) berhujah bahawa had tempoh jawatan perdana menteri akan menghakis kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, kerajaan menolak dakwaan itu kerana ia hanya untuk memperkemas prinsip akauntabiliti pada jawatan eksekutif tertinggi tanpa mengubah struktur pelantikan.

Dalam kenyataan pagi ini, Amirudin berkata kesemua 31 anggota parlimen PKR merupakan sebahagian daripada 146 anggota parlimen yang menyokong pindaan perlembagaan itu.

Bagaimanapun, katanya, dengan ketidakhadiran 32 anggota parlimen serta 44 anggota parlimen pembangkang yang tidak mengundi, ia belum dapat direalisasikan.

“Ini menunjukkan bahawa proses dan tanggungjawab islah yang merupakan jiwa parti PKR tidak boleh dijayakan secara solo tetapi adalah tanggungjawab kolektif pelbagai pihak,” katanya.

Menteri besar Selangor merangkap anggota parlimen Gombak juga melihat sisi positif daripada keputusan semalam.

“Semalam kita mungkin telah kehilangan peluang emas untuk merealisasikan mandat rakyat dengan hanya dua undi, tetapi keputusan ini turut menggambarkan bahawa tiada anggota parlimen yang menolak cadangan untuk tempoh perdana menteri dihadkan kepada 10 tahun,” katanya.

Dia turut menyindir PN sebagai belum berani untuk meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan politik.

“Pada masa yang sama, ini turut merupakan peringatan kepada semua pihak dalam Kerajaan bahawa setiap anggota parlimen tidak boleh leka akan tanggungjawab hakiki, dan kita tidak seharusnya membenarkan satu insiden untuk melunturkan semangat kepada agenda reformasi demi kebaikan rakyat dan negara yang kita cintai ini,” katanya.

 

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Boleh Diusulkan Semula - Fahmi​


d8cf10505891c48c490dd15467dfc5e869a6a7b129752

CYBERJAYA, 3 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre NSRC) di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah; serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman.


Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun boleh diusulkan semula pada bila-bila masa pada sidang Parlimen akan datang, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata terdapat dua lagi mesyuarat Parlimen tahun ini, iaitu pada Jun serta Oktober, dan usul berkenaan boleh dibawa kembali untuk pertimbangan.

“Kita boleh bawa balik bila-bila masa dalam sidang-sidang parlimen. Ada lagi dua mesyuarat tahun ini. Satu sekitar Jun dan satu lagi sekitar Oktober,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di sini hari ini.

NSRC yang berpusat di Menara 2, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan RUU itu tidak mempunyai sebarang implikasi terhadap kerajaan mahupun Perdana Menteri, malah terdapat pandangan dalam kalangan Ahli Parlimen bahawa keputusan tidak meluluskannya memberi isyarat supaya Perdana Menteri terus berkhidmat melebihi 10 tahun.

“Ia bukan apa yang Perdana Menteri mahukan, tetapi itu isyarat yang diberikan, khususnya oleh pembangkang,” katanya.

Fahmi berkata pindaan Perlembagaan berkenaan sepatutnya dilihat sebagai reformasi institusi dan usaha memperkukuh tadbir urus serta prinsip akauntabiliti, bukan isu kepartian.

“Ini soal meletakkan had dan sekatan kepada tempoh perkhidmatan Perdana Menteri. Takkan prinsip kebertanggungjawaban ini tidak penting kepada semua Ahli Parlimen?,” katanya.

Mengulas kehadiran semasa pengundian, beliau berkata semua Ahli Parlimen daripada blok Pakatan Harapan hadir dan mengundi menyokong pindaan Perlembagaan berkenaan.

 

Kerajaan Yakin RUU Had Tempoh Jawatan PM Dilulus Sidang Parlimen Akan Datang - Fadillah​


c40390c6341c75f125c3080325321a0869a8464c478e6

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diluluskan Parlimen pada sidang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata ia bersandarkan sokongan majoriti ahli Parlimen terhadap cadangan reformasi berkenaan, meskipun RUU itu tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, Isnin lepas.

Beliau berkata kebanyakan ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses pengundian menyatakan sokongan terhadap RUU itu.

“Dua ahli Parlimen telah menghantar surat rasmi menjelaskan sebab ketidakhadiran mereka, manakala beberapa yang lain turut memaklumkan perkara sama secara lisan.

"Ada yang terkandas di luar negara disebabkan penerbangan tak ada... kecuali Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) yang mengatakan dia tidak bersetuju, yang lain semua menyokong cuma kebetulan keadaan pada waktu itu mereka tidak dapat hadir,” katanya.

Fadillah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sini hari ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata RUU itu akan dibentang semula pada sesi Dewan Rakyat Jun ini selepas ia dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Fadillah berkata langkah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar untuk melakukan reformasi kepada sistem pentadbiran negara.

Beliau turut menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mahupun institusi Raja-Raja Melayu.

 

DAP Kecewa Pindaan Had Tempoh 10 Tahun Jawatan PM Gagal Diluluskan - Loke​


e81c4c111e6953f3eeed2ca5bc15ecfd69a9279b10cb3

Anthony Loke

DAP hari ini menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam hantaran di Facebook rasmi parti berkenaan berkata pendirian itu disuarakan dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP malam tadi.

“DAP menyeru kerajaan untuk membentangkan semula RUU tersebut dalam Sidang Parlimen yang akan datang untuk merealisasikan agenda reformasi yang penting ini,” katanya dalam hantaran itu.

Pada Isnin lepas, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata keputusan undi belah bahagian menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.

Pindaan Perlembagaan berkenaan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga, iaitu 148 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Semalam Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentang semula pada sesi Dewan Rakyat seterusnya Jun ini.

Perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Ramanan Kecewa Pembangkang Tidak Sokong RUU Had Tempoh Perdana Menteri​


8e1dd94b95701e7b17b9c4b35ff0ea7c69a9886e48cd5


Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Beliau berkata RUU itu seharusnya disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan agenda reformasi untuk negara.

“Seharusnya berilah sokongan untuk usaha memajukan negara, membangunkan negara… sokonglah reformasi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya di sini hari ini.

Ramanan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar KESUMA Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Lindung 2026, yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Pada Isnin lepas, RUU berkenaan tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat dengan keputusan undi belah bahagian menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.

Pindaan Perlembagaan itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga, iaitu 148 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Semalam, Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentang semula pada sesi Dewan Rakyat seterusnya Jun ini.

Perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Terdahulu, Ramanan menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat PERKESO berjumlah lebih RM500,000 kepada rakyat dan komuniti yang memerlukan, dengan lebih RM300,000 daripadanya disalurkan kepada 15 penerima di bawah program LINDUNG Pekerja, LINDUNG Kerjaya, LINDUNG Kendiri dan LINDUNG Kasih.

 

Bentang Semula Pada Jun Beri Ruang Perhalusi RUU Had Tempoh Jawatan PM - Pakar​


c1193a37535862ffb7131dcc7589005768a3206125ce9

Pensyarah Kanan Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin

Komitmen kerajaan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun pada sidang Parlimen Jun depan membuktikan iltizam tinggi pentadbiran negara untuk menambah baik tatakelola dan reformasi institusi.

Penganalisis politik dan pakar perlembagaan berpandangan kegagalan rang undang-undang itu memperoleh sokongan dua pertiga pada Isnin lepas bukan titik penamat, sebaliknya satu peluang keemasan untuk memperhalusi kelompangan teknikal serta membina sokongan dwipartisan sebelum pembentangan semula.

Pakar Perang Saraf, Penganalisis Keselamatan dan Politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pembentangan awal rang undang-undang itu mencerminkan keberanian kerajaan dalam memperkukuh tatakelola negara dan mengelakkan penguasaan kuasa jangka panjang oleh pemimpin tertentu.

“Pembentangan rang undang-undang ini menunjukkan elemen keterbukaan kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan hala dan arah tuju tatakelola negara berjalan dengan lebih baik.

Beliau berkata tempoh sebelum pembentangan semula membuka ruang perbincangan lebih meluas antara kerajaan, pembangkang dan masyarakat untuk memperhalusi draf rang undang-undang itu, sekali gus membina pendekatan reformasi institusi yang lebih matang dan komprehensif.

Berkongsi pandangan sama, Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya Prof Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata langkah kerajaan membawa pindaan itu ke Parlimen sudah menunjukkan keberanian politik Kerajaan MADANI kerana reformasi itu menyentuh secara langsung soal kuasa eksekutif.

“Walaupun belum diluluskan, ia memberi isyarat bahawa kerajaan bersedia membuka ruang reformasi institusi. Penangguhan ini wajar dijadikan fasa rundingan dwipartisan bagi memperjelas mekanisme pelaksanaan rang undang-undang, agar potensi untuk lulus pada pembentangan semula lebih tinggi,” katanya.

Awang Azman turut mengingatkan blok pembangkang bahawa pendirian berkecuali berisiko menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi, khususnya pengundi atas pagar.

 
Back
Top
Log in Register