BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Had Tempoh Jawatan PM Siap Untuk Dibawa Ke Parlimen - Azalina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RUU Had Tempoh Jawatan PM Siap Untuk Dibawa Ke Parlimen - Azalina​

5534d94ed46d3d28a6d0c8e58f854d416a99300f791dc

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyempurnakan gimik pada Majlis Pelancaran Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan Rang Undang-undang Koroner di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) hari ini. Turut sama Ketua Pengarah BHEUU Datuk Zamri Misman (kiri). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri telah siap untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan sama ada RUU itu akan dibawa pada sesi Parlimen akan datang, tertakluk kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua dah siap…hadkan tempoh masa (Perdana Menteri) dah siap. Tertakluk kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, sama ada kita nak bawa untuk diundikan dalam sesi ini (depan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan RUU Koroner, di sini hari ini.

Azalina berkata pindaan berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri itu, membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, justeru ia memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Beliau berkata perkara sama turut terpakai bagi RUU pengasingan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP), yang juga memerlukan sokongan dua pertiga.

“Sebab kedua-dua RUU ini pindaan (kepada) Perlembagaan, jadi kita perlu dua per tiga (majoriti)… sama juga dengan pemisahan (peranan) AG dengan PP memerlukan dua pertiga. Jadi, politik tempatan itu memang memainkan peranan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Azalina merayu semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik supaya menyokong usaha berkenaan, kerana ia mampu mengurangkan persepsi terhadap pendakwaan bermotifkan politik.

“Jadi saya harap sangatlah Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan mana-mana parti politik mesti mengalu-alukan RUU ini, sebab ia membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Ia adalah untuk negara kita,” katanya.

Pada masa sama, Azalina berkata RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, dijangka meningkatkan keyakinan terhadap sistem pendakwaan negara.

 
Back
Top
Log in Register