kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,719
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini - PM Anwar
Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini.
“Semua jawatan mempunyai had tempoh. KSN (Ketua Setiausaha Negara) pun tidak boleh menjawat lebih daripada sepuluh tahun, dan prinsip yang sama terpakai kepada semua. Sekiranya seseorang diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab, selepas itu adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.
“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, kita akan membentangkan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul...
RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini - PM Anwar
Anwar, Parlimen, tempoh jawatan perdana menteri, R
