BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah dah siap, tp pemaju belum serahkan kunci.

bayaran tu dikira macam mana?

ikut bayaran bulanan kita pada bank ke?

Jumlah bayaran denda lewat serahan milikan kosong yang perlu dijelaskan oleh pemaju kepada pembeli adalah pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun, daripada harga jual beli.

Ini dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Contohnya:

Katakan harga korang beli RM200,000.00.

Jumlah hari lewat dikira mulai daripada tarikh sepatutnya pemaju serah milikan kosong, sehingga tarikh sebenar pembeli ambil milikan kosong.

Katakan, pemaju lewat serah kunci selama 100 hari.

Maka perkiraan untuk bayaran denda lewat serahan milikan kosong adalah seperti berikut:

RM200,000.00 x 100 hari lewat x 10% (kadar % denda lewat) / 365 hari (setahun) = RM5,479.45.

# sumber dpd : https://gilahartanah.com/apa-nak-buat-kalau-pemaju-lambat-serah-kunci-rumah/
 
bagus nih..

aku syor TT gi teros kt pejabta ckp TT nak isi borang tribunal.. klo lmbt..

tup2 esok dh boleh dpt kunci :D

Dh kol lg skali td, sbtu ni insyaAllah dpt ambil kunci...:) Paksa gk depa serahkn kunci tu cepat2...
Dh bgtau pasal bleh report ke tribunal dan KPKT, depa ckp ok je report la klu x puas ati :eek:...
Xde la aku nk tggu berbulan lg bru ambil kunci tu, sia2 je byr bnk bln2...
 
Tt, apakah tarikh serahan rumah oleh pemaju?
Dlm snp ada spell out tak berkenaan denda lewat tu?
Walaupun dapat kunci sabtu ni, jika tt blh claim denda lewat tersebut, jgn malu2 utk claim.
 
Check blk perjanjian SPA (atau SNP), biasanya tempoh 24bulan dari tarikh perjanjian akan dapat kunci...kalau lmbat gak kita layak mintak denda lewat.
 
Dh kol lg skali td, sbtu ni insyaAllah dpt ambil kunci...:) Paksa gk depa serahkn kunci tu cepat2...
Dh bgtau pasal bleh report ke tribunal dan KPKT, depa ckp ok je report la klu x puas ati :eek:...
Xde la aku nk tggu berbulan lg bru ambil kunci tu, sia2 je byr bnk bln2...

tahniah..

maksudnya berjaya dipercepatkan lah yer. ?

:))
 
bayaran tu dikira macam mana?

ikut bayaran bulanan kita pada bank ke?

ikut persen harga rumah...
ada kira2 dia...
kami pakat pi group 1 taman...pi naik mahkamah ..
pakat bleh belaka... :))

bleh la habuan buat full set kabinet dapoq.... :)paid:">

** ada satu owner tu....taman area lain...bleh dpt rm50k :o...(separuh harga rumah ) :eek:
 
Jumlah bayaran denda lewat serahan milikan kosong yang perlu dijelaskan oleh pemaju kepada pembeli adalah pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun, daripada harga jual beli.

Ini dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Contohnya:

Katakan harga korang beli RM200,000.00.

Jumlah hari lewat dikira mulai daripada tarikh sepatutnya pemaju serah milikan kosong, sehingga tarikh sebenar pembeli ambil milikan kosong.

Katakan, pemaju lewat serah kunci selama 100 hari.

Maka perkiraan untuk bayaran denda lewat serahan milikan kosong adalah seperti berikut:

RM200,000.00 x 100 hari lewat x 10% (kadar % denda lewat) / 365 hari (setahun) = RM5,479.45.

# sumber dpd : https://gilahartanah.com/apa-nak-buat-kalau-pemaju-lambat-serah-kunci-rumah/

ini lah kira2nya....pandai masta.... :)cgrock
 
Kite ada hak sbgai pembeli...jgn abaikan hak kta sbgai pembeli....pemaju sbnarnya bleh dikenakan denda lewat serahan milikan kosong....ada pengiraannya, klu perkara mcm ni kta x ambil kisah mmg untunglah pemaju...

mmg la, sbb tu kita kene bersabar. Yang best bila developer bayar denda.

sbb tu saya tak kisah.:))
 
anda nak rumah? bersabar lah..... Anda telah bersabar untuk waktu yg lama untuk tunggu rumah tu siap dibina. Setakat kurang 1 bulan lagi, anda boleh bersabar.

Saya kene tunggu 6 bulan untuk masuk rumah walaupun rumah dah siap dan byr full loan.

Sekian.....


ye sy pn mcm ni gk
 
Kalau tuan dah bayar penuh, maksudnya pemaju telah dapatkan CCC dan notis siap telah diserahkan. So kalau sebelum 2 tahun dari stamp SNP, tak ada LAD.

Pemaju ambil masa lambat utk serah sebab kebanyakan pemaju serah kunci dengan jalan defect sekali, so staff yg jalan defect dgn kita nanti tu ada berapa orang je. Kena tetapkan satu hari berapa kunci boleh bagi.

Kalau tuan nak kunci cepat, boleh cakap dgn pemaju, saya nak ambil kunci dulu, tanpa perlu joint inspection. Insyallah pemaju tak ada masalah nak bagi kunci. Lagipun KPKT dah tetapkan yg kalau Surat VP dah keluar, maka tuan rumah ada hak nak ambil kunci. Masalahnya bila tuan rumah nak joint inspection, kalau sorang staff tapi 10 org nak ambik kunci dalam masa yg sama, camna.

Harap tuan seronok dgn rumah baru. Bila nak pindah masuk?
 
Back
Top
Log in Register