Rumah dah siap, tp pemaju belum serahkan kunci.

Recommended Brokers


Latest Threads

connect

Fun Poster
Joined
May 31, 2010
Messages
746
Reaction score
2
Points
15
Kalau tuan dah bayar penuh, maksudnya pemaju telah dapatkan CCC dan notis siap telah diserahkan. So kalau sebelum 2 tahun dari stamp SNP, tak ada LAD.

Pemaju ambil masa lambat utk serah sebab kebanyakan pemaju serah kunci dengan jalan defect sekali, so staff yg jalan defect dgn kita nanti tu ada berapa orang je. Kena tetapkan satu hari berapa kunci boleh bagi.

Kalau tuan nak kunci cepat, boleh cakap dgn pemaju, saya nak ambil kunci dulu, tanpa perlu joint inspection. Insyallah pemaju tak ada masalah nak bagi kunci. Lagipun KPKT dah tetapkan yg kalau Surat VP dah keluar, maka tuan rumah ada hak nak ambil kunci. Masalahnya bila tuan rumah nak joint inspection, kalau sorang staff tapi 10 org nak ambik kunci dalam masa yg sama, camna.

Harap tuan seronok dgn rumah baru. Bila nak pindah masuk?
betul tu, yg penting tn semak dlm SNP tarikh sepatutnya pemaju serah kunci, cth perjanjian 2 tahun,rumah siap awal 6 bulan, pemaju x serah kunci, tidak salah bg pemaju sbb dlm perjanjian 2 tahun baru serah kunci tapi jika pembeli tidak terima kunci lebih dari 2 tahun (kira betul2 tarikh..2 tahun tu sepatutnya berapa haribulan),pembeli ada hak buat tuntutan, boleh buat tuntutan kat tribunal perumahan (KPKT), untuk kasi semangat kpd tn--> sblom ni sy menang tuntutan rm16K ;)
 
Sponsored Post

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
2,954
Reaction score
270
Points
41
Aku kalau xda urgency nk masuk rumah aku ok je...

Silap2 duit denda lewat boleh tampung kos renovate..:))

Tapi kalau mmg dh urgent nk masuk lain cita la
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
7,912
Reaction score
281
Points
86
biasa la lambat2 handover..
company aku dulu .. 3 thn lewat.. harga rumah 800k ..
 

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,506
Reaction score
140
Points
33
Jumlah bayaran denda lewat serahan milikan kosong yang perlu dijelaskan oleh pemaju kepada pembeli adalah pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun, daripada harga jual beli.

Ini dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Contohnya:

Katakan harga korang beli RM200,000.00.

Jumlah hari lewat dikira mulai daripada tarikh sepatutnya pemaju serah milikan kosong, sehingga tarikh sebenar pembeli ambil milikan kosong.

Katakan, pemaju lewat serah kunci selama 100 hari.

Maka perkiraan untuk bayaran denda lewat serahan milikan kosong adalah seperti berikut:

RM200,000.00 x 100 hari lewat x 10% (kadar % denda lewat) / 365 hari (setahun) = RM5,479.45.

# sumber dpd : https://gilahartanah.com/apa-nak-buat-kalau-pemaju-lambat-serah-kunci-rumah/
tq tuan atas maklumat ilmiah sebegini
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
7,912
Reaction score
281
Points
86
ada dev. yg rumah x siap tapi bagi kunci jgk sbb nk klaim stake holder + kejar kpi utk bonus ... defek + yg tak siap tub..kendian buat sekali dgn inspection
 
Sponsored Post
Top
Log in Register