BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RTS: Bangunkan Sistem Saringan Pintar Di Sempadan, Kaedah Konvensional Tidak Mencukupi - Pakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

RTS: Bangunkan Sistem Saringan Pintar Di Sempadan, Kaedah Konvensional Tidak Mencukupi - Pakar​

f587285704abdc842d848c33091a7bb56a742559437d9

2bfc473c6c4c5e063184c403b002b72e6a7425754be13

3771bb2f65d3e6bda04f96bdb79f14506a7425870a63d

59b6a155d61a47a572e603082fc93a8f6a7425aca1a29

e3a74fe1029410443e58c81c016e77706a74232ec19a8

Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Suhairul Hashim

Kerajaan perlu membangunkan sistem saringan pintar berasaskan risiko yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keselamatan negara susulan peningkatan pergerakan rentas sempadan menjelang pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link (RTS Link) awal tahun hadapan.

Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Suhairul Hashim berkata pendekatan pemeriksaan konvensional tidak lagi mencukupi kerana setiap hari ratusan ribu individu serta puluhan ribu kenderaan persendirian, motosikal, bas dan lori melintasi Tambak Johor serta Laluan Kedua.

“Di lapangan terbang, semua penumpang melalui laluan yang mudah dikawal dan setiap bagasi diperiksa menggunakan mesin pengimbas mengikut jadual penerbangan. Sebaliknya, di pintu sempadan darat, pemeriksaan perlu dilakukan dalam tempoh sangat singkat bagi mengelakkan kesesakan yang boleh memberi kesan kepada ekonomi kedua-dua negara.

“Dalam keadaan ini, adalah mustahil untuk membuka dan memeriksa setiap kenderaan atau bagasi secara fizikal. Ini menjadi cabaran terbesar penguatkuasaan di sempadan darat,” katanya kepada Bernama.

Suhairul berkata cabaran itu dijangka semakin sukar apabila RTS Link beroperasi pada 1 Jan 2027 yang dijangka membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Peningkatan mobiliti rentas sempadan, menurut beliau akan memberikan manfaat besar kepada ekonomi, namun pada masa sama membuka lebih ruang kepada sindiket penyeludupan untuk menyembunyikan aktiviti mereka dalam aliran trafik yang tinggi.

“Semakin banyak pergerakan rentas sempadan, semakin besar cabaran untuk membezakan antara aktiviti perdagangan yang sah dengan aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Jika pendekatan pemeriksaan masih bergantung kepada kaedah konvensional, jumlah penumpang yang terlalu ramai boleh menyebabkan kesesakan atau meningkatkan risiko sesuatu ancaman terlepas daripada pengesanan. Oleh itu, kapasiti pemeriksaan perlu berkembang seiring dengan kapasiti pengangkutan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register