kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 diperkenalkan sebagai pelan reformasi pendidikan nasional bagi membina semula sistem pendidikan negara secara lebih adil, tersusun dan berdaya saing.
Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang dilancarkan pada Selasa lepas, dijangka memanusiakan sistem pendidikan Malaysia dengan meletakkan lebih penekanan kepada pembangunan pelajar secara holistik melangkaui pencapaian akademik.
Timbalan Dekan (Penyelidikan) Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Madya Dr Zuwati Hasim berkata rancangan pendidikan itu mencerminkan visi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk “memberi jiwa” kepada pendidikan dengan memupuk pelajar yang seimbang akademik, kemahiran insani dan kemahiran hidup.
Beliau berkata RPN itu akan menyokong pendidik dan ibu bapa menangani aspek kemanusiaan dalam pendidikan termasuk pembangunan emosi, membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi.
“Apabila kita bercakap tentang memanusiakan pendidikan, ia berkaitan memberi jiwa kepada sistem. Kita mahu murid bukan hanya mempunyai pengetahuan akademik tetapi juga kemahiran insani dan kemahiran hidup yang akan mempersiapkan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation di sini semalam.
Zuwati berkata kemahiran komunikasi menjadi semakin penting kerana banyak kanak-kanak masa kini mengalami kesukaran dalam interaksi interpersonal disebabkan pendedahan berpanjangan kepada gajet digital dan teknologi.
“Kami dapati banyak kanak-kanak berasa resah untuk bercakap dengan orang lain dan sering melabelkan diri sebagai introvert, menunjukkan mereka cenderung mengalihkan kekurangan itu kepada istilah tersebut.
“Tetapi perkara ini boleh diubah melalui pendedahan dan persekitaran pembelajaran yang betul. Dari sudut itu, rancangan pendidikan ini tepat pada masanya,” katanya.
Berhubung kaedah pengukuran pembelajaran tahun empat, Zuwati berkata beliau menjangkakan peralihan daripada penilaian berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran diagnostik dan formatif.
RPN 2026-2035 Memanusiakan Sistem Pendidikan
RPN 2026-2035, pendidikan, memanusiakan, sistem,