BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RPN 2026-2035: Kemasukan Awal Tahun Satu Langkah Strategik Perkasa Pendidikan Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
22a4971abcaa5b0ece852ee56cc51b8c6985625a9bf61


Langkah memberi peluang kanak-kanak berusia enam tahun memasuki tahun satu menerusi Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 dilihat inisiatif penting memperkasakan pendidikan negara, tidak terkecuali di Sabah, ke arah lebih holistik dan berdaya saing.

Bercakap kepada Bernama, golongan pendidik berpendapat pelaksanaan inisiatif itu akan mengurangkan masalah keciciran murid, meningkatkan capaian pendidikan dan membentuk modal insan berkualiti daripada usia muda, sekali gus merapatkan jurang standard pendidikan antara negeri.

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Juppri Bacotang berkata dasar itu juga pelaburan jangka panjang yang mampu memberi pulangan sosial serta ekonomi kepada Sabah dan negara.

Dalam konteks Sabah, beliau berkata dasar itu pemangkin bagi kerajaan meneliti semula keperluan infrastruktur di kawasan luar bandar dan pedalaman memandangkan peningkatan enrolmen murid secara langsung menuntut penyediaan fasiliti yang lebih kondusif dan penambahan kelas.

“Pelaksanaan ini menuntut keseimbangan sumber. Penambahan guru terlatih dalam pendidikan awal kanak-kanak amat kritikal bagi memastikan nisbah guru-murid yang ideal supaya perhatian kepada setiap murid lebih mudah yang akan memperkasakan pendidikan Sabah,” katanya.

RPN 2026-2035 dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Jan diterajui bersama-sama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 serta Kementerian Pendidikan menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Juppri berkata dasar itu juga memberi manfaat besar dalam menyeragamkan tahap pendidikan awal dan dengan persediaan serta penilaian menyeluruh merangkumi aspek kognitif, emosi, sosial, fizikal dan bukan akademik semata-mata, aspirasi dasar itu dapat dicapai.

“Pendekatan learning through play (belajar melalui bermain) wajar terus menjadi teras dalam kurikulum bagi memastikan murid enam tahun dapat membina karakter positif seperti disiplin dan keyakinan diri tanpa merasa tertekan dalam persekitaran formal sekolah rendah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register