Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 diperkenalkan sebagai pelan reformasi pendidikan nasional bagi membina semula sistem pendidikan negara secara lebih adil, tersusun dan berdaya saing.
Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 (RPN) bukan sekadar pengumuman dasar, sebaliknya membuktikan langkah reformasi strategik hala tuju pendidikan negara secara lebih menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus berupaya membina modal insan berkualiti dan berdaya saing pada peringkat global.
Dengan memberikan penekanan kepada kerangka nilai berteraskan kemanusiaan dan penguasaan teknologi baharu, RPN yang dibentuk bagi tempoh satu dekad bermula pada tahun ini hingga 2035 mampu menjadi tunjang utama melahirkan modal insan dengan kemahiran relevan dikehendaki industri.
Pendekatan itu turut selari dengan hasrat pembentukan generasi seimbang dari segi sahsiah dan nilai kemanusiaan dalam membina kehidupan lebih bermakna serta bermaruah di tengah-tengah cabaran masa hadapan semakin kompleks, sepertimana ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri semasa pelancaran RPN di Putrajaya semalam menyatakan lonjakan besar menerusi rancangan itu diharap menyedarkan semua pihak untuk berikhtiar melakukan perubahan yang lebih baik, khususnya dalam membentuk nilai, jati diri dan kemanusiaan pelajar.
Menyifatkan penekanan itu bertepatan dengan situasi semasa susulan pelbagai insiden membabitkan tingkah laku pelajar sebelum ini termasuk kes buli, pakar pendidikan Dr Anuar Ahmad melihat pendekatan keseimbangan itu diberi tumpuan penuh Kerajaan MADANI menerusi RPN, tidak hanya di sekolah, tetapi juga pengajian tinggi.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata penekanan keseimbangan itu di dua peringkat utama pendidikan, iaitu sekolah serta pengajian tinggi dalam RPN, jelas memperlihatkan komitmen bersepadu kerajaan untuk menangani isu sahsiah pelajar secara lebih sistematik dan menyeluruh.
“Di bawah RPN, ada RPTM (Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia) yang dikendalikan KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) dan RPM (Rancangan Pendidikan Malaysia) oleh KPM (Kementerian Pendidikan) dengan aspek keseimbangan itu diberi penekanan meliputi pelbagai dimensi pembangunan pelajar.
“Langkah ini menggalakkan keharmonian merentas perkembangan intelektual, spritual, emosi dan fizikal bukan sahaja dalam bilik belajar atau kuliah, tetapi juga meliputi kehidupan seharian bagi memastikan pembangunan individu secara menyeluruh dengan adab yang tinggi,” katanya kepada Bernama.
RPN 2026–2035 Reformasi Strategik Pendidikan Negara Bina Modal Insan Berkualiti
RPN, pendidikan, UKM, sekolah, IPT, MADANI