BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RPN 2026-2035 ‘Reset’ Pendidikan Negara, Perkukuh Laluan TVET

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
6af5a3ff4ef65d7a5fe0d172974b5e6d6970648d41939

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 diperkenalkan sebagai pelan reformasi pendidikan nasional bagi membina semula sistem pendidikan negara secara lebih adil, tersusun dan berdaya saing.

Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 dijangka  melonjakkan penyertaan murid dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus mengubah persepsi laluan itu sebagai ‘pilihan kedua’.

Pensyarah Kanan Jabatan TVET Termaju, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhamad Afzamiman Aripin berkata RPN secara nyata memperkasakan peranan TVET sebagai teras pendidikan negara dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.

"Mekanisme utama bagi mencapai hasrat itu adalah melalui pengenalan Matriks Pembelajaran Malaysia pada peringkat tahun empat dan tingkatan tiga yang membolehkan potensi serta bakat murid dikenal pasti lebih awal," katanya kepada Bernama.

Sehubungan dengan itu, Muhamad Afzamiman berkata pemilihan ke program Kolej Vokasional, Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) tidak lagi berlaku secara kebetulan, sebaliknya melalui satu proses yang lebih sistematik dan berasaskan potensi sebenar murid.

Selain itu, beliau berkata kemahiran yang ingin dibangunkan merangkumi aspek praktikal dan teknikal bersifat futuristik, yang menuntut pelajar berfikir pada aras tertinggi  bagi mencipta penyelesaian masalah secara kreatif.

“Kemahiran yang dimaksudkan bukan sekadar kemahiran asas, tetapi merangkumi kemahiran praktikal dan teknikal yang bersifat masa hadapan. Ia menuntut murid mencapai aras pemikiran tertinggi seperti dalam Taksonomi Bloom, iaitu kebolehan mencipta penyelesaian kepada masalah kompleks secara kreatif dan berkesan.

“Inilah roh sebenar pendidikan TVET yang berorientasikan aplikasi, inovasi dan kebolehkerjaan,” katanya sambil menekankan kejayaan pelaksanaan RPN turut bergantung kepada penyelesaian isu kritikal seperti jurang ekonomi, beban tugas guru, kesiapsiagaan fasiliti serta kesihatan mental pendidik dan murid.

Mengenai pencapaian lepas, Muhamad Afzamiman berkata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, enrolmen TVET telah meningkat daripada 4.6 peratus pada 2013 kepada 11.14 peratus pada 2024, namun angka itu masih perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran 20 peratus, khususnya melalui RPN.

 
Back
Top
Log in Register