BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rosmah: Sukan sumber ekonomi

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
KUALA LUMPUR - Sukan bukan sekadar satu perlawanan atau permainan sebaliknya turut membabitkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi arus perdana, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata banyak acara sukan membuktikan bahawa kuasa dan magnitud ekonomi sukan mampu memperbaiki gaya hidup, memupuk integrasi ekonomi, memperkukuh pembangunan keusahawanan serta kehidupan lestari.

"Sukan adalah satu ekonomi. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara adalah luas serta luar biasa dan terus berkembang," katanya pada perasmian Kongres Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan 2013 anjuran Persatuan Perubatan Sukan dan Latihan Malaysia (SSEMM).

Ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Kongres itu menampilkan penceramah berpengalaman dari lebih 22 negara yang pakar dalam bidang rawatan perubatan. - Bernama
 
menteri kena bacakan teks dia?
berapa punya hamba daaa..
 
rosmah pegang portfolio apa sebenarnya...satu lagi rosmah tu sapa?
 
Hina btol la menteri tu,bacakan teks sorg suri rumah..#:-S
 
Rosmah ni aku tgk da gmuk sgt da...nk kena bsukan skit la..:)paid
 
another 5 years of Rosmah... terima kasih la kat siapa yang undi UMNO hari tu.
 
another 5 years of Rosmah... terima kasih la kat siapa yang undi UMNO hari tu.




1013968_583457971674797_626356962_n.jpg
 
lantik rosmah jd mentri belia dan sukan lah brulah sukan d msia boleh berkembang
 
boleh tak sesiapa bagitahu aku apa taraf pelajaran rosmah? macam mana dia boleh jadi bini najib plak? pelik eh.... dulu ada nampak video kat youtube kata rosmah ni guna ilmu hitam...betul ke
 
Back
Top
Log in Register