BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Ekonomi Menteri Sumber Asli Letak Jawatan

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,967
Joined
May 12, 2011
Messages
7,967
Reaction score
1,568
Points
156
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan malam ini memaklumkan setelah meneliti perkara itu, Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

"Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

"Setelah meneliti permohonan tersebut, perdana menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

"Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh perdana menteri," menurut kenyataan itu.

Terdahulu hari ini, Rafizi mengumumkan meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi berkuatkuasa 17 Jun setelah kalah dalam pemilihan PKR, Jumaat lalu.

Lebih kurang dua jam kemudian, Nik Nazmi menyusuli langkah Rafizi mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa 4 Julai atas alasan gagal mempertahankan jawatan naib presiden PKR yang disandang sejak 2022.

Kedua-duanya menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.


443ed39eea6868bbdb61eefccd334119.jpg=s800


Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam.

Keputusan itu diumumkan sebentar tadi, kira-kira dua jam selepas Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi setelah kalah dalam pemilihan PKR, Jumaat lalu.

Nik Nazmi, sekutu Rafizi, berkata dia telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa 4 Julai kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam tempoh lebih sebulan itu, dia akan menghabiskan cuti tahunannya.

Menggariskan kejayaannya semasa menerajui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata dia sedar kedudukannya sebagai naib presiden PKR sebelum ini menjadi pertimbangan utama pelantikannya ke kabinet.

“Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri,” katanya.

Source : https://www.malaysiakini.com/news/744590

ac8a6a59b8fd3a5e8c4b13912ccc729a.jpg=s800


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri, berkuat kuasa 17 Jun ini, iaitu kurang tiga minggu dari sekarang.
Menurut Rafizi, dia telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.
“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa dari 17 Jun 2025. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut dikongsi di media sosialnya.


Pengunduran itu hadir selepas kekalahannya dalam pemilihan PKR baru-baru ini – yang menurut menteri ekonomi itu, memberi isyarat jelas bahawa dia tidak lagi mempunyai mandat politik untuk terus menterjemahkan agenda parti dalam pentadbiran kerajaan.
"Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.
“Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan," katanya.

Jumaat lalu, pada Pemilihan PKR peringkat pusat, Rafizi gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden apabila dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar.

bd1eb54d8b1295772dd8fe3a5e58c5bf.jpg




Anak sulung perdana menteri itu dan Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Ismail memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan kedua tertinggi kepimpinan parti itu, yang hanya meraih 3,866 undi.
Mengakui amalan demokrasi yang mengangkat prinsip akauntabiliti politik, Rafizi berkata pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti wajar memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk menyertai barisan pentadbiran.

Tugasan terakhir: RMK13

Dalam kenyataan sama, Rafizi memaklumkan amanah terakhirnya sebagai menteri ialah memuktamadkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang kini sedia untuk dibentangkan di Parlimen.
Dia berkata RMK13 memberi penekanan kepada reformasi menyeluruh dalam sektor pendidikan, termasuk cadangan perubahan struktur terhadap Kementerian Pendidikan – yang disifatkan sebagai "reformasi berani".

"Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri."

04542673f240b64864102c17eccbefe4.jpg

Rafizi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Ekonomi yang disifatkannya sebagai efisien dan berkemampuan tinggi dalam merangka dasar serta program yang berimpak.
"Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini. Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara akan terus dilaksanakan dengan jaya."

ADS

Pesanan akhir
Mengakhiri kenyataannya, Rafizi menitipkan penghargaan kepada rakyat, penjawat awam, sektor swasta, media, serta semua pihak yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Dia menyeru agar semua pihak terus menyokong keputusan dasar jangka panjang, walaupun keputusan tersebut sukar dan tidak popular.
dbb72580058e130c42a4aedb4e8d8d2c.png

"Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, demi generasi masa hadapan."
Rombakan kabinet?
Peletakan jawatan Rafizi dijangka mencetuskan rombakan kecil dalam kabinet, khususnya melibatkan portfolio ekonomi strategik.
Selain Rafizi, seorang lagi penyokongnya, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga disebut-sebut akan melepaskan jawatannya.
e233cb11087065a92a479268a739189c.jpg

Pada pemilihan lalu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) itu gagal mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya.
Selain itu, dia juga tewas dalam mempertahankan jawatan ketua cabang PKR Setiawangsa kepada pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki.

Source : https://www.malaysiakini.com/news/744572
 
Last edited:
PETALING JAYA: Nik Nazmi Nik Ahmad has resigned as natural resources and environmental sustainability minister after failing to defend his PKR vice-presidency.
Nik Nazmi, a two-term MP, had also failed to defend his position as Setiawangsa PKR chief in the party’s divisional polls last month.

The Setiawangsa MP was a running mate of Rafizi Ramli, who lost the PKR deputy president’s post to Nurul Izzah Anwar.

Prior to the PKR polls, Rafizi had said he would quit as economy minister and go back to being a regular MP if he fails to be re-elected to PKR’s No 2 post.

The two-term Pandan MP said it would be inappropriate for a Cabinet post to be held by a non-party leader, in justifying resigning as minister.

MORE TO COME
 
Stupid outdated culture which emphasized the party over the nation. Kalau menang party poll tapi incompetent at minister position can stay indefinitely?
 
Ramanan will be appointed as a minister.
 

[TERKINI] Nik Nazmi serah surat letak jawatan​

Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporakan sudah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Menteri berkuat kuasa 4 Julai 2025

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register