BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan RM750,000 Untuk Tambah Baik Klinik Kesihatan, Pergigian Durian Tunggal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Peruntukan RM750,000 Untuk Tambah Baik Klinik Kesihatan, Pergigian Durian Tunggal​

502259b561d53f9fcf7fb56c892c0d336a243f951b2c9

2eef4f5eb455ebe66f1832b4b8e238b36a243f8254fcb

fb Dr Dzulkefly Ahmad

Sebanyak RM750,000 peruntukan khas segera diluluskan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan di Klinik Kesihatan (KK) Durian Tunggal dan Klinik Pergigian Durian Tunggal, Melaka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peruntukan itu akan digunakan bagi perolehan aset perubatan dan bukan perubatan selain melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur secara menyeluruh.

"Suntikan dana ini amat kritikal bagi menampung unjuran lonjakan kedatangan pesakit di kawasan ini yang kini telah mencecah lebih 110,000 orang setahun," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata secara umumnya, peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi membiayai projek naik taraf Bilik Rawatan Ibu dan Anak (MCH), Bilik Kaunseling, serta penurapan kawasan tempat letak kenderaan awam di KK Durian Tunggal.

Selain itu, peruntukan turut digunakan bagi kerja pembaikan Bilik Saringan Pesakit di Klinik Pergigian serta perolehan kelengkapan klinikal yang baharu demi keselesaan pesakit dan petugas.

"Segala usaha naik taraf ini ialah terjemahan langsung kepada komitmen Kementerian Kesihatan dalam menjunjung prinsip kebolehcapaian dan ekuiti kesihatan," katanya yang turut meninjau pengoperasian kedua-dua klinik itu pada hari ini.

 
Back
Top
Log in Register