BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Kes pemain warisan HM orang kata dia lah kepala yang merancang benda ni semua.
sebut pemain warisan ni, 7 org tu da daftar pengundi ke? haha alang2 nak PRN Jhr n N9 ni...
 
14253954501817661-405444.jpg

14253954501817661-405445.jpg


2018 dulu, motor kaler kuning tu, hentam belakang kereta saya di Jalan Hang Tuah. Berlekuk sebesar bola sepak World Cup.

Bila soal soal, orang Rohingya bawak motor bos katanya. Sahih la takda lesen.

Minta buat report, sahih la juga takkan pegi. Saya sorang jer pegi buat. Abang polis senyum jer bila kita cerita. Boleh dia tanya, "Akak yakin ke diaorang akan datang buat report?"

Habis camtu jer. Benci betul.

Menyusahkan. Memang kebanjiran puak ni, banyak menyusahkan dari menyenangkan. Krisis.
.
#Rohingya
#UNHCR

 
14254848814275453-405697.jpg

14254848814275453-405698.jpg

14254848814275453-405699.jpg

14254848814275453-405700.jpg

14254848814275453-405701.jpg


Lelaki Rohingya beli kereta RM2,000, pemilik asal sudah meninggal dunia



GURUN – Seorang lelaki Rohingya yang ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam mendakwa membeli sebuah kereta jenis Kia Sephia pada harga RM2,000 daripada rakan senegaranya.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika memandu kereta tersebut dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) di Kilometer 2, Jalan Guar Nenas-Gurun kira-kira pukul 6.13 petang.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, hasil pemeriksaan mendapati warga asing terbabit gagal mengemukakan lesen memandu yang sah, selain kenderaan berkenaan tidak mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan yang telah tamat tempoh sejak Mac 2023.

“Semakan lanjut mendapati pemilik berdaftar kereta itu telah meninggal dunia dan siasatan awal percaya kenderaan tersebut dijual kepada warga asing terbabit tanpa urusan pertukaran hak milik yang sah.

“Difahamkan, lelaki Rohingya itu membeli kereta berkenaan daripada rakannya yang juga etnik Rohingya pada harga RM2,000. Dia turut mendakwa rakannya membeli kereta tersebut daripada seorang lelaki Melayu yang tidak diketahui sama ada waris kepada pemilik asal atau sebaliknya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, warga asing yang bekerja sebagai tukang rumah itu mendakwa dia dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah di Gurun selepas selesai bekerja.

“Pihak kami mengeluarkan 13 notis saman kepada pemandu atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala seorang penumpang dikenakan satu notis saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” ujarnya.

Tambahnya, kereta berkenaan turut disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ berikutan pelbagai pelanggaran undang-undang jalan raya.

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register