BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

736 Jebat Derhaka: R4SU4H R0H1NGY4 VODOHKAN ORANG MALAYSI4​

Masyarakat Malaysia memerlukan suara seperti Saudara Jebat untuk mendidik rakyat agar dapat membezakan antara wayang politik dan realiti.

 


[EKSKLUSIF] “Kalau ada salah kami minta maaf, kami pun memang nak balik”- Warga Rohingya
 
14249398781863365-403971.jpg

14249398781863365-403972.jpg

14249398781863365-403973.jpg

14249398781863365-403974.jpg

14249398781863365-403975.jpg


Sekolah Rohingya cetus kebimbangan penduduk


KUALA TERENGGANU: Kewujudan sebuah sekolah dipercayai untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, di sini mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Pusat pengajian yang beroperasi sejak Februari itu didakwa menempatkan antara 30 hingga 50 kanak-kanak berusia empat hingga 15 tahun, sekali gus menimbulkan persoalan berkaitan status, pemantauan serta keselamatan di kawasan berkenaan.

Tinjauan mendapati premis terbabit dibina menggunakan papan lapis serta dilengkapi bekalan elektrik dan air, selain disewa daripada penduduk tempatan untuk dijadikan pusat pembelajaran.

Seorang penduduk, Wan Mohamad Hafizul Wan Ismail, 53, mendakwa ibu bapa pelajar yang menghantar anak ke situ bukan berasal dari kampung berkenaan, sebaliknya datang dari beberapa kawasan lain termasuk Seberang Takir.

Menurutnya, sesi pembelajaran berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang dengan pelajar dihantar menggunakan kenderaan seperti kereta dan van yang disewa.

Beliau turut mendakwa sebelum ini operasi sekolah tersebut dijalankan di sebuah rumah pangsa di Taman Sri Kolam sebelum berpindah ke lokasi baharu.

Pada masa sama, penduduk turut mendakwa terdapat isu disiplin membabitkan pelajar apabila ada yang tidak mengendahkan teguran, termasuk membuang sampah merata-rata.

Seorang lagi penduduk, Suzaimi Zahari, 42, berkata dua lelaki etnik Rohingya dipercayai bertindak sebagai tenaga pengajar di premis berkenaan.

Katanya, bangunan itu pada asalnya merupakan sebuah kedai runcit sebelum diubah suai menjadi bilik darjah.

Beliau mendakwa terdapat kejadian pergaduhan membabitkan pelajar selain sikap tidak menjaga kebersihan yang menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk setempat.


Bagaimanapun, operasi pusat berkenaan dilaporkan telah dihentikan sejak Selasa lalu selepas isu itu tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Tinjauan bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati premis berkenaan merupakan struktur tambahan yang dibina pemilik asal bagi tujuan perniagaan.

Di dalamnya terdapat kelengkapan asas seperti meja, kerusi serta papan hitam yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Perkembangan itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat mengenai keperluan pemantauan lebih rapi terhadap kewujudan pusat pendidikan tidak formal, khususnya yang melibatkan warga asing.

Artikel Buletin Tv3
 
406463-406463.jpg


Majlis Ulama Rohingya n‎ⱥfi mahu jadi warganegara Malaysia



Menurut beliau, perjuangan sebenar etnik Rohingya adalah untuk mendapatkan semula hak kewarganegaraan daripada kerajaan Myanmar kerana negara itu merupakan tanah air asal mereka.

Tegasnya, masyarakat Rohingya tidak pernah menuntut sebarang kawasan mahupun hak kewarganegaraan di Malaysia.

Katanya, kehadiran komuniti Rohingya di Malaysia hanyalah bagi mendapatkan perlindungan sementara dan menjalani kehidupan secara aman dengan mematuhi undang-undang serta peraturan negara.

Tambah beliau, masyarakat Rohingya juga bersedia untuk pulang ke Myanmar sekiranya terdapat jaminan keselamatan, keamanan dan pengiktirafan terhadap hak kewarganegaraan mereka.
 
Tapi rohingya takpe lagi.

Diorang mcm mana sekali pun, ko bole detect dia memang bukan warganegara pun.


Mai Sabah.

Berapa ratus ribu dah indon dan pilipin jadi warganegara hasil projek IC.

Ko x akan dpt beza, sebab mereka memang 10000000000% seperti kita.
nak bagi tinggi peratusan bumiputera Islam kena lah berkorban bang. Haha.
 
Flat Rohingya lengang


HULU LANGAT - Flat warga asing tular dikaitkan dengan etnik Rohingya di Sungai Tekali di sini kini lengang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lokasi itu terletak berhampiran kawasan perumahan di antara Jalan Bukit Titiwangsa dan Jalan Kenangan 6.

Di sebalik flat terbabit pula wujud kira-kira 20 rumah lain yang dibina sehingga menghampiri Sungai Makau.

Ketika wartawan mahu beredar dari kawasan tersebut mendapati dua lelaki warga Myanmar berada di luar rumah.


"Pemilik tanah warga tempatan, dia yang bina rumah ini dan menyewakan kepada warga asing. Saya nafikan bahawa warga asing yang bina rumah berkenaan,” jelasnya.

Lelaki itu berkata, dia pernah duduk di rumah tersebut sejak lima tahun kerana murah, sebelum berpindah selepas operasi penguatkuasaan dijalankan tahun lalu.

“Sewa sebulan RM350 hingga RM400 termasuk bil air dan elektrik. Rumah di situ ada kira-kira 20 pintu," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Lelaki yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, penempatan berkenaan pernah diserbu pihak berkuasa kerana terdapat penghuni yang tidak memiliki dokumen sah.


Tambahnya, selepas operasi itu, pihak berkuasa meminta penghuni mengosongkan kawasan berkenaan kerana sebahagian binaan didakwa didirikan di atas tanah rizab.

“Sekarang saya duduk di kawasan sekitar. Tempat ini pun sudah lengang sejak setahun lalu dan semua dah tak duduk di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas penghuni rumah berkenaan, Abdullah, 36, berkata sebelum ini penempatan tersebut dihuni kira-kira 40 hingga 50 penghuni membabitkan lebih 30 keluarga yang menyewa rumah-rumah yang dibina di atas tanah tersebut.

"Keadaan rumah yang didiami tidak selesa. Cuba tengok (rupa rumah ini). Kalau kita ada pilihan, bukan kita warga sini, saya warga luar. Kalau saya tak berani duduk rumah macam ini. Rumah burung pun lagi cantik,” katanya.

Pada Selasa, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam kenyataan memaklumkan telah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan notis terhadap struktur binaan yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan itu.

Menurut MPKj, pihaknya sudah menjalankan operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan dan mengeluarkan notis serta arahan mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

MPKj turut memaklumkan, semakan mendapati pembinaan berkenaan membabitkan Lot 217, Lot 218 dan sebahagian tanah kerajaan (rizab sungai) bersebelahan Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.

Katanya, merujuk Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2) tapak dizonkan untuk kegunaan perumahan.

Selain itu, tiada sebarang permohonan yang dikemukakan melalui Sistem One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus Online MPKj yang membabitkan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan bagi apa-apa pembinaan di kawasan berkenaan.

Terdahulu, tular video memaparkan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin, 50, atau dikenali Pak Azad mendedahkan kewujudan flat empat tingkat yang mencurigakan dipercayai didiami komuniti Rohingya di kawasan tersebut.

Artikel Sinar Harian
 
406463-406463.jpg


Majlis Ulama Rohingya n‎ⱥfi mahu jadi warganegara Malaysia



Menurut beliau, perjuangan sebenar etnik Rohingya adalah untuk mendapatkan semula hak kewarganegaraan daripada kerajaan Myanmar kerana negara itu merupakan tanah air asal mereka.

Tegasnya, masyarakat Rohingya tidak pernah menuntut sebarang kawasan mahupun hak kewarganegaraan di Malaysia.

Katanya, kehadiran komuniti Rohingya di Malaysia hanyalah bagi mendapatkan perlindungan sementara dan menjalani kehidupan secara aman dengan mematuhi undang-undang serta peraturan negara.

Tambah beliau, masyarakat Rohingya juga bersedia untuk pulang ke Myanmar sekiranya terdapat jaminan keselamatan, keamanan dan pengiktirafan terhadap hak kewarganegaraan mereka.
Apa salahnya jadi rakyat Malaysia? Cuba pergi jumpa Mullah di Rusila, Insyaallah nnt dijamin akan diberikan kerakyatan cara Islam.
 
Back
Top
Log in Register