cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Khairul Ashraf Muhamad
11 min ·
Geram je aku bila ada yang kata kerajaan Malaysia tak bantu pelarian Rohingya ni.
Kita masih lagi kekal sebagai satu-satunya negara yang ada hospital medan ni tau.
We did much. Perhaps, maybe too much until we never realised.
Khairul Ashraf Muhamad
29 Januari
Membandingkan hospital yang dibina semasa krisis dengan hospital yang dibina ketika aman macam membandingkan epal dengan oren.
Begitu juga membandingkan hospital yang dibina apabila semua sumber bertumpu kepadanya, berbanding pembinaan hospital untuk prasarana umum (bukan khusus untuk penularan wabak) juga sangat jauh bezanya. Jauh panggang dari api.
Jadi hospital apa di Malaysia ni yang paling hampir mahu dibandingkan dengan Hospital Kuarantin di Wuhan, yang masyhur dek dibina secara "panic-building" bagi menempatkan pesakit Koronavirus Wuhan 2019-nCoV tu?
Setahu aku, di Malaysia ni tak ada pun yang seumpamanya. Pasal alhamdulillah Malaysia ni aman, dan tak perlu pun nak dibina hospital sedemikian rupa.
Tapi Hospital Medan Malaysia Cox Bazar dibina ketika kemuncak krisis kemanusiaan dan pelarian di Cox Bazar, Bangladesh adalah hospital pertama Malaysia yang dibina ketika krisis. Hospital ini tempatnya hanya 10 minit berjalan kaki dari khemah pelarian Cox Bazar yang berhampiran di Bangladesh.
Sesuai dengan konsep hospital medan, ia dibina oleh ATM selama 6 hari hanya dengan kekuatan 6 orang anggota. Menempatkan sehingga 40 orang doktor dan petugas dalam satu-satu masa, dan hingga hari ini telah menjalankan lebih 900 pembedahan, menampung rawatan sehingga 900,000 orang pelarian sejak mula beroperasi pada 2017.
Sumbangan kerajaan Malaysia ketika itu, bagi membantu meringankan beban kemanusiaan dan krisis pelarian yang menimpa pelarian Rohingya.
Ke kau memang nak Malaysia terpaksa menggelupur bina hospital untuk kawal dan tahan pesakit dek wabak berjangkit macam dekat Wuhan ni?