BTC USD 82,755.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

FB_IMG_1587568853247.jpg

PATI Rohingya : Kenapa Terpaksa Tidak Diterima? - Suatu Pandangan

Politik | Untuk makluman sahabat semua, negara kita tidak meretifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 sekali gus Malaysia tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di Malaysia. Jadi, mengikut Akta Imigresen, pelarian dianggap pendatang tanpa izin dan berisiko ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.

Kenapa Malaysia tidak meretifikasikan protokal ini ?.

Antaranya kekangan perundangan kerana melibatkan hubungan bilateral dengan negara (yang mencetuskan konflik pelarian), kewangan (UNHCR hanya mengurus dari aspek pentadbiran tetapi penyediaan bekalan asas adalah tertakluk kepada negara yang menerima pelarian) dan masalah perhubungan sosial (masalah untuk mengasimilasikan pelarian dalam konteks budaya masyarakat tempatan).

Walaupun kita tidak meretifikasikan protokol ini, atas ihsan dan kemanusiaan kerajaan Malaysia, setakat Disember 2018, UNCHR di Malaysia merekodkan terdapat sekitar 163,000 pemegang kad berdaftar UNHCR dari pelbagai negara termasuk Pakistan, Yemen dan Syria. Dalam kalangan pelarian berdaftar di UNHCR Malaysia, terdapat 86% pelarian berasal dari Myanmar, merangkumi lebih kurang 88,000 warga Rohingya (sebenarnya angka ini melebihi 150,000 orang kerana ada juga yang tidak berdaftar dengan UNHCR). Untuk rekod komuniti Rohingya tiba di Malaysia secara berperingkat, dan jumlah ketibaan tertinggi dicatat antara 1990 dan 1994, 2000 dan 2014 dan kemudian 2012 sehingga 2015.

Apakah Malaysia tidak membantu pelarian Rohingya ?

Persoalan ini banyak berlegar dikalangan masyarakat Malaysia. Untuk makluman, kerajaan Malaysia begitu proaktif (sebelum berlakunya perubahan kerajaan pasca PRU14) dalam membantu pelarian Rohingya antaranya pada Mac 2017, kerajaan Malaysia memperkenalkan projek perintis sektor perladangan dan pembinaan yang membenarkan pelarian Rohingya bekerja secara sah di industri pembuatan dan perladangan berkaitan kerajaan. Namun, projek itu ternyata gagal apabila cuma 120 pelarian Rohingya menyuarakan minat untuk menyertainya. Tidak tahu apa punca utama projek perintis ini gagal mendapat sambutan dikalangan pelarian Rohingya. Walhal program ini diperkenalkan bagi meningkatkan taraf hidup pelarian Rohingya itu sendiri malah latihan ini dibiayai sepenuhnya oleh UNHCR. Apatah lagi dengan beratus misi kemanusiaan oleh NGO-NGO dari Malaysia ke Wilayah Arakan dan sempadan Myanmar-Bangladesh bagi membantu warga Rohingya yang menginap di kem-kem pelarian di Czox Bazaar, Bangladesh.

Dilaporkan juga pada tahun 2018, Richard Towle, Wakil UNHCR ke Malaysia telah menyenaraikan tiga solusi buat pelarian yang memohon suaka di negara asing, iaitu penghantaran balik ke negara asal [secara sukarela], integrasi atau pemindahan semula. Namun, rata-rata pelarian Rohingya khasnya membantah cadangan ini malah mendesak supaya mereka dihantar ke Amerika Syarikat dan Kanada yang lebih memberikan jaminan kehidupan yang lebih baik buat mereka.

Melihat kepada kedegilan pelarian Rohingya ini, saya fikir sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia menghentikan sementara waktu penerimaan mana-mana pelarian atau pencari suaka politik. Tambahan pula kita sedang diuji dengan wabak Covid-19 yang memerlukan lebih perhatian untuk mengekang dan mengawal wabak ini daripada melarat dengan lebih teruk.

Kepada Rohingya, bukan Malaysia tidak mahu membantu, malah negara inilah yang paling aktif membantu kalian tetapi kerana kedegilan, kalian sendiri memilih jalan yang berliku.

Nor Azizuddin Abdul Manan
Penyelidik Ph.D,
Di salah sebuah universiti awam tempatan

#MAMPUCentre
#StayHome
#FightCovid

Bani Tanah Melayu
 
Ini pun berita lama juga..


Ini berita baru turn dia plak jadi hero..


Siapa jadi kerajaan memang dia kena pikul soalan hero2 lah...

Soalnya apakah hero2 ini benar2 ikhlas atau troll..?
 
Semasa PH memeritah Mapim kuat mempersoalkan kerajaan PH ttg pembelaan naseb bangsa rohingya dan tidak dinafikan byk kerja2 kebajikan yg dibuat oleh mapim bg membantu etnik rohingya...

Siapa mapim...? Mapim bermaksud Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)..

Siapa yg memimpin mapim..? Antaranya ahmad tarmizi sulaim...

Siapa ahmad tarmizi ni..?


Aku tk nk ckp apa2 tk nk komen apa2 sbb skrg mereka adalah kerajaan.. so biar mereka fikir sendiri sbb dah jadi kerajaan..

Kemanusiaan atau keutamaan negara pilihlah mana yg baik...
 


​

Majlis Rohingya Malaysia menuntut diberi ruang kepada pelarian rohingya masuk ke dalam Malaysia serta banyak mempertikaikan tindakan Penguatkuasa Malaysia menolak bot mereka daripada mendarat. Mereka juga meminta kerajaan memberi hak pendidikan yang lebih teratur kepada anak-anak Rohingya.
 


​

Majlis Rohingya Malaysia menuntut diberi ruang kepada pelarian rohingya masuk ke dalam Malaysia serta banyak mempertikaikan tindakan Penguatkuasa Malaysia menolak bot mereka daripada mendarat. Mereka juga meminta kerajaan memberi hak pendidikan yang lebih teratur kepada anak-anak Rohingya.


sorry no, kita skrg ni tgh dalam perang dgn covid-19 tak sepatutnya kita kena terima perlarian rohinya ni sbb kita tak nak penyakit ni semakin merebak lagi... pendidikan? kami perlu utamakan rakyat kami dahulu, sepatutnya warga rohinya perlu lawan semula kerajaan myamar utk hak mereka. kenapa di filipina dan thailand org islam boleh hidup ok je?
 
sorry no, kita skrg ni tgh dalam perang dgn covid-19 tak sepatutnya kita kena terima perlarian rohinya ni sbb kita tak nak penyakit ni semakin merebak lagi... pendidikan? kami perlu utamakan rakyat kami dahulu, sepatutnya warga rohinya perlu lawan semula kerajaan myamar utk hak mereka. kenapa di filipina dan thailand org islam boleh hidup ok je?

Takde COVID19 pun tak perlu terima
Cukup sekadar bagi bantuan makanan dan keperluan lain
 
Takde COVID19 pun tak perlu terima
Cukup sekadar bagi bantuan makanan dan keperluan lain

betul tu tuan... dah la warga asing lain ramai dah kt malaysia ni nak tambah dgn depa lak... malaysia je negara yg warga asing dia berlambak.... negara lain takde byk mcm malaysia ni...
 


​

Majlis Rohingya Malaysia menuntut diberi ruang kepada pelarian rohingya masuk ke dalam Malaysia serta banyak mempertikaikan tindakan Penguatkuasa Malaysia menolak bot mereka daripada mendarat. Mereka juga meminta kerajaan memberi hak pendidikan yang lebih teratur kepada anak-anak Rohingya.


malaysia dah buat segala apa yg patut pada rohingya yg bertempat kat malaysia ni
pendidikan sudah, segala benda sudah

apa lagi hendak?

hendak kita longgarkan pertahanan negara demi menerima rohingya yg datang secara haram kat Malaysia?
Dear Majlis Rohingya Malaysia, awak duduk malaysia. hormati pertahanan dan ketenteraan malaysia, jangan cakap lebih tau dari malaysia pulak
 
Back
Top
Log in Register