BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Kene tanye tommy
Sapa yg lantik tommy?
Ph la. So salah ph

DSAI buat komen mcm ni nampak mcm dia kurang pengetahuan pasal amla, sprm, tindakan undang undang dsb
hanya pandai buat komen atas surface je, tidak pegi secara mendalam in depth apa yg tindakan perundangan buat sedang buat dan dlm perancangan akan buat
 
skang mmg orang ph tgh sebar persepsi je..

diorang tahu dah x popular, kepercayaan orang ramai makin pudar..

ni masanya diorang bekerja utk menipu dan sebarkan kebencian..
 
Tommy Tommy, hehe geram jugaklah DPP DPP yg kat AGC tu dengan Tommy sampaikan diorang release nota dlm fail yg ada remark dari Tommy

Tommy Tommy, dulu masa jadi AG, melalui media massa kritik DPP, walhal DPP tu staf dia. pastu tindakan dia banyak menunjukkan bahwa dia tak percaya sangat kepakaran DPP utk handle kes. tu la, awak dari private firm, belajarlah cara yg dlm goverment, bukan buat musuh dengan diorang

ni lepas berenti pun masih kritik org kerajaan, tu yg dpp sendiri release nota Tommy Thomas tu..

hehe..DPP mmg all out dgn tommy thomas..dia yg arah tp dia xngaku..elok la TT ni kuaq,dia xtau hapak pun psi perjlnan cara reja di AG..TS idrus is no stranger to AG staff
 
Anwar selar SPRM berhubung penyelesaian kes Riza Aziz
FMT Reporters
-
May 20, 2020 2:52 PM

anwar-ibrahim-270420-1.jpg

Presiden PKR Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan memberikan memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan tuduhan pengubahan wang haram.

“Ini menunjukkan SPRM tidak agresif dalam memerangi rasuah,” katanya sambil mengejek bekas peguam PKR Latheefa Koya, yang merupakan ketua pengarah SPRM ketika Riza membuat representasi untuk menyelesaikan kesnya.

Anwar juga berkata Latheefa membisu berhubung perkara itu.

“Kami ingin mempersoalkan apakah betul untuk menyelesaikan kes itu (dengan cara ini),” katanya dalam sesi Facebook live, hari ini.

Komennya dibuat menjawab reaksi bekas peguam negara Tommy Thomas yang marah dengan keputusan yang membenarkan Riza mengembalikan wang yang didakwa dari 1MDB.

Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.

Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.

Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

SPRM dan Peguam Negara sekarang, Idrus Harun berkata penyelesaian itu mengikut prosedur dan dibuat selepas Thomas bersetuju secara prinsip dengan cadangan tersebut.

FMT hari ini melaporkan mengenai dokumen yang menunjukkan Thomas dimaklumkan dan dikemas kini tentang permohonan wakil Riza, yang pertama kali dibuat dalam surat oleh peguamnya pada November tahun lalu.

Anwar hari ini mempersoalkan jumlah wang yang perlu dikembalikan oleh Riza di bawah penyelesaian itu.

“Perkara sama adalah (ketika seseorang) mencuri 10 basikal, dan setelah perbincangan, kes diselesaikan dengan mengembalikan 1 basikal,” katanya.

Thomas berulang kali menjarakkan diri dari keputusan pengadilan untuk memberikan Riza DNAA, mengatakan beliau tidak akan mengkhianati Pakatan Harapan (PH).

Malah beliau mengatakan penyelesaian itu merupakan “urus janji yang baik untuk Riza”, dengan berkata, wang AS$108 juta yang akan diperolehi oleh kerajaan “DoJ memang akan serah kepada Malaysia”.

Bagaimanapun penyiasat di SPRM yang biasa menangani jenayah pengubahan wang berkata langkah membenarkan representasi untuk Riza “bukanlah pelik”.

“Dasar kami sejak Jun 2019 dalam hal skandal 1MDB itu adalah mendapatkan kembali aset,” kata seorang penyiasat kanan badan itu kepada FMT.

“Atas sebab itu juga kami menamakan 41 entiti dan individu untuk pelucuthakan sivil. Kemudian kami keluarkan notis kompaun terhadap mereka yang terima dana 1MDB yang haram itu,” kata sumber.

wahhh DSAI, masa dlm Gomen dulu, tak berani nak kritik latheefa Koya. sekarang baru berani ye
almaklumlah Latheefa Koya dulu diback up penuh oleh Tun M
 
Bila tgh sprm aggressive, tommy masuk campur bagi dilepaskan dan dibebaskan mcm kes lge

Anwar. Semua yg xbetul die salahkan org
Mentang2 naik pangkat jadi ketua pembangkang
 
Kias DSAI mudah difahamkan. Tak tahulah kalau macai-macai di luar masih slow nak hadam hehe

Mungkin dari ayam tukar ke binatang lain yg lebih mudah utk mereka fahami kot, cth skrg tgh musim KATAK lebih elok klu ganti dgn kias AYAM td haha
 
Terserlah kelemahan Anwar. Dalam parti pun tak boleh kawal. Rakan rakan baik dia pun was was dengan dia
 
Back
Top
Log in Register