BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

1589987306449.png


Peguam fail permohonan semak keputusan DNAA kes Riza Aziz


Diterbitkan Hari ini 8:54 pm



Seorang peguam kanan memfailkan permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, berhubung kes pengubahan wang haram AS$248 juta dikaitkan dengan 1MDB.

Shaharudin Ali memfailkan permohonan itu menerusi emel bertarikh hari ini ke Mahkamah Tinggi (Jenayah) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini tengah hari tadi, Shaharudin berkata mahkamah sesyen telah khilaf apabila membenarkan perintah DNAA terhadap Riza.

Jelasnya, hal itu memandangkan mahkamah tersebut telah khilaf dalam melaksanakan ‘budi bicara’ ke atas ‘leave’ (kebenaran terhadap permohonan), sedangkan tidak jelas atas dasar apa budi bicara itu dilaksanakan dan apakah ‘leave’ dibenarkan selepas bahan-bahan material dipertimbang, diperhalusi dan dikaji di hadapan mahkamah.

Katanya, ini memandangkan tiada langsung proses budi bicara kehakiman (judicial discretion) dalam membenarkan permintaan ‘application for leave’ oleh timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram, seperti termaktub di bawah seksyen 254 (2) Kanun Tatacara Jenayah.

Seksyen 254 memperuntukkan tatacara apabila pendakwaan tidak lagi bercadang untuk meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh atau apabila proses sedemikian boleh berakhir dengan DNAA.

Seksyen 254 (2) menyatakan bahawa di sebarang peringkat dalam mana-mana perbicaraan di mahkamah sesyen atau mahkamah majistret, sebelum disampaikan penghakiman, pegawai yang menjalankan pendakwaan, jika berpendapat patut, boleh memberitahu mahkamah yang dia tidak bertujuan hendak mendakwa tertuduh selanjutnya terhadap pertuduhan itu dan semua prosiding pertuduhan ke atas tertuduh itu bolehlah diberhentikan dengan kebenaran mahkamah, dan jika diberhentikan sedemikian, maka tertuduh hendaklah dibebebaskan daripada pertuduhan itu.


Seksyen 254 (3) pula menyatakan bahawa pelepasan daripada pertuduhan yang seumpama itu tidak dianggap sebagai pembebasan, kecuali jika mahkamah mengarahkan demikian.

Peguam itu kemudian menyenaraikan tiga faktor relevan yang tidak diambil kira hakim mahkamah sesyen ketika melaksanakan budi bicara dalam membenarkan DNAA terhadap Riza.

e444457f265b35dbbfbf83a1eb39b8e2.jpg


Pertama, katanya, tertuduh berdepan dengan lima tuduhan yang serius, iaitu pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), yang didakwa adalah dana daripada syarikat 1MDB.

Kedua, katanya, kes ini dan kes-kes lain berkaitan 1MDB adalah kes pengubahan wang yang terbesar dan paling rumit dalam sejarah negara.

Ketiga, katanya, adalah tidak tepat dan tidak betul jika dikatakan bahawa tertuduh akan mengembalikan sebahagian daripada kerugian yang berjumlah "beberapa juta ringgit".

“Jumlah yang dimaksudkan ialah pemulangan oleh OKT (tertuduh) amaun AS$108, tetapi jumlah tersebut akan dipulangkan oleh DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) kepada kerajaan Malaysia, dan bukan daripada kocek OKT sendiri.

“Sejak beberapa bulan dahulu, DOJ telah membuat kenyataan bahawa ia sedang berusaha memulangkan wang tersebut kepada Malaysia,” kata Shaharudin di dalam emel tersebut.

“Sama ada suatu penyelesaian telah dicapai untuk OKT secara sendiri membayar AS$108 juta, adalah satu persoalan yang tidak dipertimbang secara kehakiman (judicially considered) oleh HMS (hakim mahkamah sesyen).

“Dengan penuh hormat, HMS seharusnya menangguhkan (postpone) kes tersebut dan menetapkan satu tarikh sebutan, bagi membolehkan mahkamah menerima keterangan yang lebih baik dan jelas daripada Datuk Sri Ram/ Peguam Negara.

“Ini adalah kerana dibawah seksyen 254 (2) HMS berhak menolak permohonan Datuk Sri Ram – kerana perkataan “may be stayed” jelas memberi kuasa budi bicara kepada HMS untuk tidak membenarkannya,” tambahnya lagi.

Dalam perenggan terakhir surat berkenaan, Shaharudin memohon hakim mahakamah tinggi untuk memanggil rekod kes tersebut daripada mahkamah sesyen dan mengkaji rekod prosiding kes Riza itu.

Ia katanya, bertujuan bagi maksud memuaskan hati hakim mahkamah tinggi akan kebetulan, keabsahan dan kewajaran perintah DNAA oleh hakim mahkamah sesyen tersebut, menurut undang-undang.

Permohonan Shaharudin itu dibuat di bawah seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah, yang mana subseksyen (1) peruntukan itu menyatakan bahawa seseorang hakim boleh memanggil dan memeriksa rekod sebarang perbicaraan mahkamah jenayah rendah dengan tujuan memuaskan hatinya tentang kebetulan, kebenaran dan munasabah sebarang pendapat, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan, dan tentang mengikut aturan pembicaraan yang sedang dijalankan oleh makahmah rendah berkenaan.

Shaharudin turut menambah, sekiranya mahkamah tinggi memanggil rekod kes itu seperti permohonan yang dibuatnya, beliau memohon kebenaran untuk hadir dan membuat hujahan-hujahan yang berkaitan sebagai amicus curiae (seseorang yang tidak terlibat dalam sesuatu hal tetapi membantu mahkamah dengan menawarkan, antara lain maklumat dan kepakarannya).

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari tadi, Shaharudin mengesahkan tentang permohonan tersebut, dengan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kerelaannya sendiri dan bukan mewakili mana-mana pelanggan.

“Tak ada (pelanggan). Saya cuma bertindak sebagai ahli masyarakat yang ambil berat, di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah.

“Mana-mana ahli masyarakat boleh memaklumkan mahkamah tinggi sekiranya mereka rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keputusan mahkamah rendah, sekiranya keputusan itu dibuat tidak berpandukan undang-undang,” katanya.

Pada 14 Mei, dilaporkan bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan DNAA terhadap penerbit filem Hollywood Riza Aziz berhubung kes pengubahan wang haram AS$248juta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bekas peguam negara Tommy Thomas telah beberapa kali menafikan dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju terhadap rundingan DNAA antara pendakwaan dengan Riza, dengan menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Bagaimanapun, Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, Thomas bersetuju secara prinsip untuk menerima representasi daripada Riza.


 
Cuci duit ni istilah je nk bersihkn duit2 haram, nk bubuh istilah lain pn bole, kukus duit ke, rebus duit ke hehe. Curi tetap curi, pusing la mana pn hihi

betul tu, cuci duit ni susah nk dikesan.. contohnya bg rasuah dlm bentuk 'diskaun' beli banglo dari harga 4.2j tp cuma perlu beli dgn harga 2.8j.. 'diskaun' 1.4j tu kira cuci baik punye... kes2 mcm ni sprm tak boleh buat apa.. susah nk sangkut walaupun ada bukti kukuh utk buat dakwaan..
 
betul tu, cuci duit ni susah nk dikesan.. contohnya bg rasuah dlm bentuk 'diskaun' beli banglo dari harga 4.2j tp cuma perlu beli dgn harga 2.8j.. 'diskaun' 1.4j tu kira cuci baik punye... kes2 mcm ni sprm tak boleh buat apa.. susah nk sangkut walaupun ada bukti kukuh utk buat dakwaan..

kalau 300 juta dah bayar utk kos consultan TAPI TEROWONG entah kemana,kira mcm mana?
Cuci duit depan mata...kiki ;)
 
kalau 300 juta dah bayar utk kos consultan TAPI TEROWONG entah kemana,kira mcm mana?
Cuci duit depan mata...kiki ;)

fuhh... ini kaedah cuci duit level tinggi ni.. dgr cerita cuci duit mcm ni dibolehkan.. syaratnye kena cuci sikit2.. bahagi sama rata, haha
 
Tommy Tommy, hehe geram jugaklah DPP DPP yg kat AGC tu dengan Tommy sampaikan diorang release nota dlm fail yg ada remark dari Tommy


Tommy Tommy, dulu masa jadi AG, melalui media massa kritik DPP, walhal DPP tu staf dia. pastu tindakan dia banyak menunjukkan bahwa dia tak percaya sangat kepakaran DPP utk handle kes. tu la, awak dari private firm, belajarlah cara yg dlm goverment, bukan buat musuh dengan diorang

ni lepas berenti pun masih kritik org kerajaan, tu yg dpp sendiri release nota Tommy Thomas tu..

Ramai CMM org dari private kalau masuk gomen mcm tu. Maaf cakap diorg igt diorg bagus, keje kerajaan ni kacang je.

Tak percaya kat staff bawahan dia.

Bila dah keje 2 minggu bln Haa.... Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.

Tapi tak semua la, ad yg dari private masuk gomen diorg humble nak belajar dari staff.

Sebab akhirnya mmg diorg akan diberi tunjuk ajar mcm mana nak buat keje dari staff.. Sbb nak layan kerenah audit internal, external, JANM, SPRM.

Bagi sy kalau org masuk cable politik dia rasa mcm blh bypass. Ni yg tak bagus masuk keje guna cable politik.

Mcm kes Tommy ni dia jenis kaki belit dah tau la kategori yg sy komen tu.
 
betul tu, cuci duit ni susah nk dikesan.. contohnya bg rasuah dlm bentuk 'diskaun' beli banglo dari harga 4.2j tp cuma perlu beli dgn harga 2.8j.. 'diskaun' 1.4j tu kira cuci baik punye... kes2 mcm ni sprm tak boleh buat apa.. susah nk sangkut walaupun ada bukti kukuh utk buat dakwaan..
Sudahla ko merapu meraban ckp brbelit2 mcm ular dlm semak haha. Ingtkn berdiskusi dgn org yg matang, rupa2nya ada mslh mental hehe
 
Sekadar share



Berdasarkan rakaman perbualan SPRM yg didedahkan Latheefa koya, jelas sekali pihak istana Abu Dhabi tahu tentang pelaburan pihak Crown Prince kpd bisnes Riza Aziz. Mereka tidak membangkang apabila DSN mengingatkan mereka kpd detik permulaan HH Crown Price mahu melabur ke dlm syrkt perfileman Riza Aziz semasa makan tengah hari di sebuah restoran di Abu Dhabi

Tapi kenapa Riza Aziz pulangkan duit tu jika tu bukan duit 1MDB?

Ini kerana duit itu 'didakwa' berasal drpd 1MDB iaitu security deposit yang diberikan kepada Aabar untuk digunakan utk membayar principle bond apabila matang.

Ianya dicuri sebaik sahaja pembayaran 1MDB kpd Aabar dibuat dan kedua-dua pencuri iaitu Khadem al Qubaisi dan Mohamed Al Husseiny, telahpun ditangkap oleh pihak berkuasa Abu Dhabi

Bagi pihak Riza Aziz, boleh saja dia dan Red granite memulakan proses saman terhadap krjaan Abu Dhabi kerana misrepresentation source of money yang menjejaskan imej syarikat tapi itu akan menjejaskan pula hubungan kedua-dua pihak dan proses mahkamah terhadap kerajaan Abu Dhabi adalah tak realistik dan mungkin dia akan kalah

Sama juga dgn proses mahkamah di Malaysia, dia prefer utk selesaikan jika duit itu betul berasal drpd 1MDB mahupun Aabar , dia boleh pulang semula

As far as he is concerned , duit tu dia terima sebagai pelaburan dan ada bukti Red granite dah mula pun buat pembayaran semula kpd pihak Abu dhabi seperti yg dijelaskan oleh peguam mereka di Amerika, dan hasil drpd perniagaan mereka sememangnya telah menjana keuntungan yg sah dan hasil daripadanya dan mampu utk membayar semula

Kalau duit itu dikatakan berasal daripada sumber Aabar, boleh saja dia pulangkan semula, dan kalau dikatakan berasal daripada sumber 1MDB pun dia boleh pulangkan semula , sebab lagipun , pembayaran security deposit yg dibuat oleh 1MDB kpd Aabar itu pun sememangnya akan digunakan utk membayar principle bond 1MDB apabila matang nanti

Ini kerana, separuh daripada hasil terbitan bond, 1MDB akan memberikan kpd Aabar yg diletakkan sebagai deposit security , yg disimpan oleh pihak Aabar, yang akan digunakan utk menyelesaikan semula principle bond 1MDB tersebut apabila matang

Seperti yg dijelaskan oleh DSN, pembayaran 1MDB kpd fake Aabar kerana ditipu oleh 2 orang pegawai Aabar dan IPIC, itu telah pun dah pun diselesaikan. Pihak Abu Dhabi akan terus memberi jaminan kepada duit 1MDB, pelaburan dan bond 1MDB.

Maksudnya tu, secara tak langsung, IPIC mengakui kecurian itu adalah dipihak mereka

Seperti yg dilaporkan Reuters, IPIC mengakui pihak 1MDB tidak terhutang sebarang apa-apa pembayaran kpd IPIC (Walaupun sebelum ini IPIC mendakwa masih belum menerima pembayaran daripada 1MDB)

Tapi sekarang dah selesai, Alhamdulillah
 
betul tu, cuci duit ni susah nk dikesan.. contohnya bg rasuah dlm bentuk 'diskaun' beli banglo dari harga 4.2j tp cuma perlu beli dgn harga 2.8j.. 'diskaun' 1.4j tu kira cuci baik punye... kes2 mcm ni sprm tak boleh buat apa.. susah nk sangkut walaupun ada bukti kukuh utk buat dakwaan..

Ni la cuci paling mudah
Tp part penting sekali, AG kene ade
Xde AG susah sikit, stakat harap penyokong yg menjilat xcukup bukti untuk dibawa ke mahkamah
 
Bekas Peguam Negara tidak perlu politikkan kes Riza Aziz


716841.jpeg

Nazir Hussin Akhtar Hussin


KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Thommy Thomas perlu berhenti mempolitikkan keputusan kes Riza Shahriz Abdul Aziz yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan wang haram dengan penyelesaian bernilai RM465.3 juta.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, beberapa kenyataan Thommy jelas menunjukkan beliau membelakangkan landasan perundangan dan sekadar mahu menjadi tukang karut politik Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ketika menjadi Peguam Negara, Thommy telah bersetuju supaya perundingan menerusi surat representasi ini dilaksanakan dan telah meminta pandangan daripada Timbalan Pendakwaraya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.


“Free Malaysia Today melaporkan minit Thommy kepada Gopal Sri Ram antara tertera ‘Berdasarkan kenyataan di perenggan 5.10, 5.14, 5.15, 5.18 dan 5.19, saya sedia mempertimbangkan rundingan ini. Perenggan 5.20 mengandungi syarat penyelesaian yang dicadangkan. Saya tunggu nasihat anda.’

“Minit ini jelas menunjukkan Thommy bersedia mengadakan penyelesaian tanpa melalui perbicaraan penuh,” kata Nazir Hussin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, Riza dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

ARTIKEL BERKAITAN: Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Pada 5 Julai tahun lalu, Riza, 43, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan.


Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem The Wolf of Wall Street itu didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah AS$1,173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.

Riza, anak Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Nazir Hussin berkata, jika Thommy mahu meneruskan kes tersebut tanpa sebarang rundingan dan persetujuan luar perbicaraan, sudah tentu beliau akan menolak surat representasi peguam Riza tanpa sebarang keperluan meminta Gopal Sri Ram mempertimbangkannya.

“Namun keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam kes ini jelas lebih bermaruah berbanding cara AGC mengendali kes Lim Guan Eng. Riza tidak dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja. Beliau dikenakan denda sebanyak RM465.3 juta yang mungkin denda paling tinggi dalam sejarah perundangan negara.

“Sudah tentu jauh berbeza dengan keputusan AGC di bawah Thommy yang telah menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng ketika sedang dibicarakan,” katanya.

 
kalau 300 juta dah bayar utk kos consultan TAPI TEROWONG entah kemana,kira mcm mana?
Cuci duit depan mata...kiki ;)

terowong ape ko cite ni?
aku tak nampak apa2 terowong pun?
terowong alam ghaib ke camner?
 
Back
Top
Log in Register