Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

CG Sponsors

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,217
Reaction score
816
Points
161
1590081436851.png

Makin lama makin merapu atok ni..
Elok bersara lah...Lagi banyak bercakap lagi kontradik dgn perkara sebenar.
Tak ada kah PENYOKONG2 atok yg cerdik dlm ni nak nasihat dia?? :D :D :D
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,501
Reaction score
9,813
Points
1,746
Mengupas kekeliruan

1. Kalau kita ada bukti dan nak tuduh seseorang itu mencuri, merompak atau menyeleweng, kita kena caj atau pertuduhan dibuat di bawah peruntukan undang2 berkenaan misalnya di bawah kanun kesiksaan atau akta anti korupsi. Kita tak boleh kata seseorang itu mencuri dsbg tetapi tuduh di bawah undang2 lain misalnya AMLA.

2. AMLA adalah undang2 penggunaan salah wang hasil jenayah. Ia diwujudkan supaya wang hasil jenayah tidak terus digunakan untuk kegiatan jenayah dan dikembalikan. Samada seseorang itu sebenarnya tahu wang itu hasil jenayah atau tidak, mereka masih boleh disabitkan kesalahan. Di bawah undang2, kalau kita gagal membuat selidikan yang patut, penerimaan sumber wang ini dianggap sebagai diketahui di bawah undang2. Dan bukti pembuktian fakta hanyalah tahap sivil dan bukan “beyond reasonable doubt” sepertimana undang2 jenayah lain.

3. Jadi adalah salah mengatakan seseorang itu bersalah mencuri jika dituduh bawah AMLA. Sekiranya mahu juga tuduh mencuri, kenalah tuduh mencuri di bawah undang2 berkenaan. Kemungkinan AMLA digunakan dan bukan undang2 utama seperti mencuri dsbg disebabkan kemungkinan besar kurang pembuktian di bawah undang2 utama.

4. Plea bargain adalah bukan praktis baru. Plea bargain adalah amalan diterima pakai di merata tempat. Plea Bargain melibatkan pengakuan sesuatu kesalahan dan dengan itu kes tidak perlu dibuktikan dan diberi hukuman lebih ringan dari hukuman maksimum. Terdapat juga plea bargain supaya bekerjasama membantu pendakwaraya.

5. Sejak 2010, praktis plea bargain ini telah dimaktubkan di dalam undang2 bertulis. Sejak itu, yang dituduh diberi hak untuk memohon dan proses ini diselia oleh mahkamah. Sebelum itu ia masih dipraktiskan tetapi di antara pendakwaraya dan tertuduh tanpa penyeliaan mahkamah. Sekarang proses plea bargain lebih transparent dari 10 atau 20 tahun lepas.

6. Walaupun saya rasa demi keadilan elok pendekatan plea bargain sebolehnya sama untuk pertuduhan yang hampir sama, tetapi isu melibatkan kepentingan umum dan kaitan politician, harus diberi pertimbangan lebih teliti. Pihak pendakwaraya perlu memberi penjelasan yang jelas kenapa dan bagaimana plea bargain dibuat supaya “justice be seen to be done”. Rakyat pun harus berlaku adil meneliti fakta, tidak partisan dan taksub dengan dakyah politik.

Lukman Sheriff
7 jam
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,501
Reaction score
9,813
Points
1,746
High Court declines to hear review of Riza’s discharge

May 22, 2020 12:19 PM

MAHKAMAH-KL-FMT-2519.jpg

KUALA LUMPUR: A High Court judge has declined to hear a lawyer’s application to review the discharge not amounting to an acquittal (DNAA) given to Hollywood producer Riza Aziz over money laundering charges totalling US$248 million (RM1.08 billion).

Judge Mohamed Zaini Mazlan however offered no reason for why he did not want to hear the application.

FMT understands that a court registrar sent a letter via email yesterday evening informing lawyer Shaharudin Ali about the decision.

“There will not be a review of Riza’s matter before a High Court judge,” the court official said, adding that Shaharudin’s letter seeking a review had been sent to Zaini on Wednesday evening.
FMT is awaiting a response from Shaharudin.

The lawyer in his letter focused on the application of Section 254 of the Criminal Procedure Code and whether a lower court judge had correctly exercised his discretion.

Lawyer A Srimurugan said the judge was not obliged to give a reason for his decision.

“But according to the facts of Riza’s case, the accused was only given a DNNA provided that he fulfilled his side of the agreement, failing which the prosecution could charge him for the same offence,” he said.

On May 14, Sessions Court judge Azman Ahmad allowed the application after ad hoc prosecutor Gopal Sri Ram told the court that Putrajaya would receive a substantial sum from Riza, running into several million ringgit.

He said steps would be taken to ensure that Riza, who is the stepson of ex-prime minister Najib Razak, would only be given a full acquittal upon satisfactory completion of the agreement.

News of Riza’s DNAA gave rise to a public debate over whether Attorney-General Idrus Harun had used his discretion judiciously as well as the role played by former attorney-general Tommy Thomas.

Riza claimed trial in July last year to five charges involving funds allegedly received from Good Star Ltd and Aabar Investments PJS Ltd, companies said to be linked to fugitive businessman Low Taek Jho.

Riza, who is the son of Rosmah Mansor, was accused of receiving the money between April 2011 and November 2012 at City National Bank in Los Angeles, California, as well as at BSI Bank at Temasek Boulevard in Singapore.

The offence under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act carries a jail term of up to five years and a maximum fine of RM5 million or five times the amount of the proceeds, whichever is higher.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,501
Reaction score
9,813
Points
1,746
Menurut peguam kanan yang mengemukakan permohonan tersebut, tiada alasan diberikan hakim atas penolakan berkenaan.

Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan semak DNAA Riza Aziz

Diterbitkan Hari ini 2:50 pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan meyemak semula keputusan mahkamah sesyen yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak tiri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, yang dikemukakan seorang peguam kanan.

Dihubungi Malaysiakini tengah hari tadi, peguam terbabit, Shaharudin Ali, mengesahkan hal berkenaan.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai penolakan berkenaan melalui sepucuk surat yang dihantar timbalan pendaftar mahkamah tinggi jebayah bertarikh semalam (21 Mei).
"Betul," katanya melalui pesanan mesej kepada Malaysiakini.

Shaharudin juga berkata, tiada alasan diberikan atas penolakan berkenaan.

"Saya fikir tidak adil untuk hakim mengetepikan surat saya tanpa memberikan sebarang alasan ke atasnya," kata Shaharudin.

Keputusan menolak permohonan semakan itu juga, katanya, adalah sesuatu yang serius dan akan memberi kesan. Justeru kata Shaharudin, hakim perlu memberikan alasan atas keputusan berkenaan.
"Ini adalah pandangan saya sebagai peguam," katanya lagi.

Kemuka permohonan 20 Mei
Pada masa sama Shaharudin berkata dia sedang mempertimbangkan apa yang akan dilakukan selepas ini.

"Saya akan menelitinya dan akan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Riza yang juga anak Rosman Mansor didakwa di mahkamah atas atas lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat pelaburan milik Malaysia, 1MDB.

Jumlah yang terlibat adalah sebanyak AS$248 juta (RM1.25 bilion).

Melalui keputusan DNAA mahkamah - tertakluk kepada beberapa syarat dipersetujui - pada 14 Mei lalu kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset dari luar negara yang diperolehi melalui dana 1MDB berkenaan.

b0346767ac65bf89eddfaffa002d9ac3.jpg

Shaharudin Ali

Nilai yang akan diterima balik oleh kerajaan Malaysia dianggarkan AS$107.3 juta (RM465.3 juta).

Sementara itu menurut surat mahkamah kepada Shaharudin itu, ia menyatakan permohonan Shaharudin - bertarikh 20 Mei - dirujuk kepada hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan.

"Setelah YA hakim merujuk dan meneliti surat tuan, YA hakim tidak berhasrat untuk menjalankan semakan berhubung perkara ini.

"Oleh itu permohonan semakan ini adalah ditolak," kata surat yang ditandatangani Catherine Nicholas.

Pada 20 Mei Malaysiakini melaporkan Shaharudin memfailkan permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membenarkan DNAA ke atas Riza.

Untuk rekod Riza merupakan penerbit filem Hollywood yang menghasilkan filem seperti The Wolf of Wall Street dan Dumb and Dumber To.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,196
Reaction score
11,206
Points
2,376
FB_IMG_1590135573438.jpg

"Dia" punya bohong masa Ramadhan boleh tahan.

1. Penyelesaian Riza bukan "plea bargain". Memang benar Malaysia tak amalkan konsep itu dalam kes Riza sebab kes Riza bukan plea bargain.

Ini pembohongan bulan Ramadhan pertama Tun Mahathir.

2. "Plea bargain" biasanya digunakan dalam kes jenayah bukan saman sivil.

Sebab itu, kes Riza cuma penyelesaian kes AMLA - seperti apa yang telahpun dipersetujui oleh ramai lagi pihak sebelum ini untuk mengelak perbicaraan yang mungkin bertahun-tahun lamanya dan menelan kos yang besar.

3. Ini ialah kerana Riza tak pernah didakwa bawah kes jenayah kanun keseksaan. Dia dituduh bahawa akta AMLA - seperti yang dikenakan ke atas Jakel, Naza, Institut Terjemahan & Buku Malaysia , Yayasan Tun Hussein Onn dan lain-lain.

"1MDB: Yayasan Tun Hussein Onn kemuka representasi berhubung wang RM1,980,328.37 juta"

4. Riza tak pernah didakwa curi atau rompak atau salah guna kuasa atau bersubahat dengan Najib untuk curi, rompak atau salah guna kuasa - baik di Malaysia ataupun di Amerika Syarikat.

Ini pembohongan kedua Tun Mahathir.

5. Riza juga bukan pulangkan hanya separuh dari wang yang disyaki berkait dengan 1MDB diterima Riza seperti didakwa Tun Mahathir.

Riza sudahpun pulangkan sebahagian dalam penyelesaian US$60 juta tahun lepas dan juga telah membayar balik puluhan juta dolar kepada pelabur Abu Dhabi sebelum tahun 2016 seperti didedahkan dalam rakaman audio dibongkar SPRM.

Adalah amat tidak masuk akal bahawa kedua-dua DOJ dan peguam negara tak mahu ambil balik kesemua dana yang disyaki ada masalah.

Ini pembohongan ketiga Tun Mahathir.

6. Dana dan aset yang Riza setuju bayar balik di Malaysia BUKAN sudah diambil atau dimilik DOJ Amerika Syarikat. Tiada keputusan dan penyelesaian di Amerika Syarikat pernah dicapai bahawa aset-aset itu diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Ini pembohongan bulan Ramadhan ke-empat Tun Mahathir.

7. Peguam Negara dilantik Tun Mahathir juga yang mencatat persetujuan untuk pertimbangkan dan meneruskan penyelesaian dengan Riza SEBELUM kerajaan PH tumbang.

Ini pembohongan kelima Tun Mahathir apabila dia salahkan kerajaan PN.

Catatan Tommy masih ada di atas kertas. Apa komen Tommy tentang catatan dia?

“Itu memang gaya saya. Setelah membaca surat itu, saya tulis beberapa perkataan atau ayat kepadanya. Saya tiada akses ke surat asal dengan tulisan tangan saya itu. Kerana kekurangan ini, saya tidak dapat mengulasnya,” katanya dalam kenyataan."

Dia mengesahkan bahawa memang dia sendiri pernah tulis untuk suruh pendakwa raya lanjutkan penyelesaian itu tapi dia tak boleh komen lebih kerana dia kata dia tak ada lagi akses kepada tulisan sendiri. Sebab itu, dia tak mahu komen.

Oh ye ke? Sendiri tulis apa dia sudah lupa? Sebab itu dia tak mahu komen?

8. Jika bukti amat kukuh bahawa Riza mencuri, merompak atau bersubahat dengan Najib untuk curi, rompak atau salah guna kuasa, kenapa Tommy tak pernah dakwa Riza atas caj-caj di bawah kanun keseksaan atau akta SPRM tapi pilih akta AMLA sahaja?

Jika bukti amat kukuh bahawa Riza bersalah dan senang untuk menang kes, kenapa Tommy bersetuju untuk pertimbangkan penyelesaian?

Adakah ianya kerana semua transaksi, saksi-saksi, akaun-akaun bank, pembayar pelaburan, penerima pelaburan, penggunaan pelaburan, pemulangan hasil pelaburan berlaku di luar negara dan Riza yang didakwa juga berada di luar negara sepanjang masa itu?

Jika dibicara di mahkamah, adakah Tommy amat yakin dia akan menang.

Tommy boleh ulaskan pada Tun Mahathir.

Sebab itu Tun Mahathir dicanggah oleh peguam sendiri, Haniff Khatri, yang kata penyelesaian kes Riza memang patut.

"The prosecution most probably did not find sufficient evidence to directly link Riza to the primary offences brought against Najib or Low, besides the fact that the money ended up in the accounts."

"21 Mei 2020: Riza's DNAA is prudent, says lawyer"

Haniff, ajar sikit anak guam ko tu.

Najib Razak
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,501
Reaction score
9,813
Points
1,746
PAKATAN HARAPAN DAN WARISAN YANG TIADA BATU

Yang desak kerajaan buat peruntukan berkenaan ‘plea bargaining’ dalam Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2008 adalah bapa kepada Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh, dan bapa kepada Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Yang bentang rang undang-undang untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi memasukkan peruntukan berkenaan ‘plea bargaining’ dalam Dewan Rakyat pada 22 April 2010 adalah Ahli Parlimen WARISAN Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong.

Yang bentang rang undang-undang untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi memasukkan peruntukan berkenaan ‘plea bargaining’ dalam Dewan Negara pada 6 Mei 2010 adalah Ahli Parlimen WARISAN Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong.

Tapi bila Tun Dr Mahathir kata Malaysia tidak pernah menerima atau mengamalkan konsep ‘plea bargaining’, sepatah haram Datuk Liew Vui Keong, Gobind Singh, Ramkarpal Singh dan kawan-kawan sepakatan pembangkang Tun Dr Mahathir tidak bersuara.

Ke mana hilangnya keberanian Pakatan Harapan dan WARISAN?

Kenapa anda semua takut sangat untuk menegur Tun Dr Mahathir?

Kamarul Yusoff sedang bersama Liyana Marzuki dan 6 yang lain.
12 jam
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,501
Reaction score
9,813
Points
1,746
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan peguam Shahruddin Ali agar keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz boleh disemak (https://www.freemalaysiatoday.com/…/high-court-declines-to-…).

Sebenarnya semalam saya dah kata permohonan ini adalah remeh dan tidak patut dibuat. Tetapi memandangkan page saya kena benam atau apa semalam, saya pos di profil saya (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3286708068007269&id=100000043233687). Untuk keselasaan para pembaca, saya mengulangi pos itu di bawah.

--------------------------------------------------------------------------

'Peguam Shaharudin Ali telah memohon kepada Hakim Mahkamah Tinggi agar keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz boleh disemak' - FMT (https://www.freemalaysiatoday.com/…/peguam-fail-permohonan-…)

Hakim Mahkamah Tinggi semestinya mempunyai kuasa untuk menyemak apa-apa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret dalam mana-mana prosiding jenayah, selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 323(1) KPJ. Namun, permohonan yang dibuat oleh Shahruddin itu, dalam pandangan saya, remeh dan tidak patut dibuat.

Menurut seksyen 254(1) KPJ, apabila Pendakwa Raya (termasuk timbalannya) pada bila-bila masa semasa perbicaraan memaklumkan Mahkamah bahawa pendakwaan terhadap seseorang tertuduh tidak akan diteruskan, maka Mahkamah TIDAK mempunyai apa-apa pilihan selain daripada melepaskan tertuduh itu. Mahkamah TIDAK boleh menyoal budibicara Pendakwa Raya. Satu-satunya kuasa Mahkamah dalam situasi ini adalah untuk memutuskan sama ada tertuduh dilepaskan sahaja tanpa dibebaskan (i.e. tertuduh boleh dituduh semula sekiranya Pendakwa Raya ingin berbuat demikian) atau tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (i.e. tertuduh tidak boleh didakwa semula), selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 254(3) KPJ.

Jadi, apa tujuan peguam Shahruddin memohon semakan? Apa yang Hakim Mahkamah Sesyen patut buat? Apa yang beliau nak Hakim Mahkamah Tinggi buat sekarang? Adakah beliau mahukan Riza dilepaskan dan dibebaskan? Sudah pasti bukan, habis tu apa lagi? Takkan Shaharuddin nak prosiding terhadap Riza diteruskan walaupun Gopal Sri Ram dah bagi tau Mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak ingin meneruskan kes?

P.S. Siapa yang memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa MACC telah menawarkan kompaun kepada Riza? Gopal Sri Ram! Siapa yang pilih Gopal Sri Ram menjadi DPP dalam kes Riza? Tommy Thomas. Siapa yang menerima surat representasi daripada peguam Riza dan menyerahkan kepada Gopal Sri Ram dan MACC untuk dipertimbangkan? Tommy Thomas! Siapa ketua SPRM ketika itu? Latheefa Koya! Siapa yang pilih Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM? Dr M! Siapa yang menjadi PM dan Menteri Kewangan ketika Akta Pengubahan Wang Haram 2001, yang memberikan kuasa kepada MACC untuk mengkompaun kesalahan pengubahan wang haram, digubal? Dr M! Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila pendakwaan terhadap Riza diberhentikan dan beliau dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen? Najib dan PAS! Betulkan?

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,346
Reaction score
2,894
Points
191

kali ni, dr shamsher singh xde pepatah tamil or punjabi..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,196
Reaction score
11,206
Points
2,376
FB_IMG_1590186104859.jpg

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat bahawa pendakwa raya tak ada bukti kukuh bahawa Riza melakukan sebarang kes jenayah.

Sebab itu, penyelesaian kes Riza Aziz adalah langkah yang wajar, kata dia.

Haniff ini peguam siapa agaknya?

Haniff, tolong ajar sikit anak guam ko tu.

Silap-silap dia terkena saman fitnah atau caj hina mahkamah, susah pulak.

Najib Razak
 
Panji hitam putih

Active+ Member
Joined
Nov 6, 2016
Messages
3,976
Reaction score
1,149
Points
111
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat bahawa pendakwa raya tak ada bukti kukuh bahawa Riza melakukan sebarang kes jenayah.

Sebab itu, penyelesaian kes Riza Aziz adalah langkah yang wajar, kata dia.

Haniff ini peguam siapa agaknya?

Haniff, tolong ajar sikit anak guam ko tu.

Silap-silap dia terkena saman fitnah atau caj hina mahkamah, susah pulak.

Najib Razak
Oh kiranya tak cukup bukti ler ni🤭🤭🤭
 
Sponsored Post
Top
Log in Register