BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

DOJ berjaya dapatkan semula AS$60 juta daripada Riza Aziz
| | 3 September 2020
814639.jpg

Riza Aziz
A
A


KUALA LUMPUR - Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berjaya mendapatkan semula lebih AS$60 juta (RM248.55 juta) selepas mencapai penyelesaian kes pelucutan hak sivilnya terhadap aset milik penerbit Hollywood, Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menggunakan dana yang didakwa digelapkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan disiarkan di laman sesawangnya, DOJ berkata, pengubahan wang haram bagi dana itu dilakukan menerusi institusi kewangan di beberapa negara termasuk AS, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.
"Dengan pencapaian penyelesaian ini, bersama-sama dengan selesainya kes pelucutan hak lain yang berkaitan sebelum ini, AS telah mendapatkan semula atau membantu mendapatkan semula aset bernilai hampir AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion) berkaitan dengan pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB.

"Ini mewakili jumlah terbesar yang berjaya didapatkan semula setakat ini di bawah Inisiatif Mendapatkan Semula Aset Kleptokrasi oleh jabatan dan pelucutan hak sivil terbesar pernah dilakukan oleh DOJ,” menurut kenyataan itu.
Aset-aset yang tertakluk pada persetujuan penyelesaian itu termasuk hasil penjualan hartanah mewah di Beverly Hills serta unit kondominium mewah di Bandaraya New York; hasil penjualan pelaburan dibuat Riza Shahriz dalam syarikat penyelenggaraan di Kentucky; sebuah townhouse mewah di London, dan poster promosi bagi filem motion picture “Metropolis” pada 1927
Pemangku Penolong Peguam Negara Bahagian Jenayah DOJ, Brian C Rabbit berkata, seperti didakwa dalam aduan pelucutan hak itu, Riza Shahriz dan lain-lainnya secara bersama telah melakukan pengubahan wang haram membabitkan berbilion dolar yang dicuri daripada 1MDB, dana pelaburan yang ditubuhkan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata, Riza Shahriz dan rakan subahatnya didakwa telah menyelewengkan dana berkenaan untuk kepentingan diri mereka dan menggunakannya untuk membeli hartanah mewah di New York dan London dan membuat pelaburan peribadi.
"Pelucutan hak aset-aset ini akan ditambah kepada hampir AS$1.1 bilion dicuri daripada 1MDB yang Jabatan Keadilan AS telah setakat ini membantu mendapatkan semula dan dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Pelucutan hak ini memberi isyarat jelas bahawa jabatan tidak akan membenarkan pesalah menggunakan sistem kewangan AS untuk melakukan pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti haram mereka,” katanya dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam laman sesawang DOJ.

Sementara itu, DOJ turut memetik Peguam Negara AS Nick Hanna daripada Central District of California sebagai berkata dengan lebih AS$1 bilion yang dilucut hak hasil daripada kes pelucutan hak berkaitan 1MDB oleh Jabatan Keadilan, jabatan itu akan terus berusaha membantu menyelesaikan isu penipuan dan pengubahan wang haram secara besar-besaran yang secara jelas merupakan perbuatan mencuri dana awam milik rakyat Malaysia.
Beliau berkata, hartanah mewah di seluruh negara yang telah dirampas dan dilucut hak membuktikan komitmen mereka untuk mencegah pelaku rasuah daripada menggunakan AS sebagai tempat untuk menyembunyikan kekayaan yang dicuri.
Dalam kenyataan itu, DOJ juga merakamkan penghargaan terhadap bantuan diberikan Jabatan Peguam Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara Singapura, Bahagian Hal Ehwal Komersial Pasukan Polis Singapura, Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Keadilan Persekutuan Switzerland, pihak berkuasa penyiasatan kehakiman Grand Duchy of Luxembourg dan Jabatan Siasatan Jenayah Grand-Ducal Police of Luxembourg.
Pada 13 Mei, Riza Shahriz dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS$248 juta (RM1.25 bilion), didakwa diseleweng daripada dana 1MDB.
Hakim, Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan penerbit filem itu di bawah terma bahawa kerajaan persekutuan akan menerima sejumlah besar wang membabitkan beberapa juta ringgit.
Pada 19 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak wang tunai hampir RM600,000 milik Riza Shahriz, yang disita oleh polis dua tahun lepas. - Bernama
 
bukan ke Tun M kata tak main buat settlement dengan 1MDB ni, kerajaan PN ni teruk buat penyelesaian dengan pencuri ke apa,
ni DOJ buat, takpa pulak
 
Sumber berkata, penerbit Hollywood itu mematuhi hampir semua syarat dan DoJ perlu menjual hartanah (di AS) dan menghantar hasilnya kepada Putrajaya.

Riza Aziz patuhi syarat pendakwaan berkait tuduhan pengubahan wang




October 21, 2020 2:43 PM


Riza-Aziz-Court-4-050719.jpg

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azman Ahmad membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melpeas tanpa membebaskan Riza Aziz pada 14 Mei lalu.

PUTRAJAYA: Anak tiri Najib Razak, Riza Aziz yang dilepas tanpa dibebaskan atas 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta (RM1 bilion), sudah memenuhi hampir semua syarat dalam perjanjian dengan pihak pendakwaan, kata sumber.

“Beliau sebahagian besarnya mematuhi syarat itu. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu melakukan penjualan hartanah (di AS) dan menghantar hasilnya kepada kerajaan Malaysia,” kata sumber yang tahu perkara itu.

Sumber itu berkata, pihak pendakwaan tidak perlu memberitahu perkembangan itu kepada Mahkamah Sesyen kerana ia terpulang kepada budi bicara peguam negara untuk memulakan atau tidak meneruskan sesuatu kes.

Pada 14 Mei lalu, Hakim Azman Ahmad membenarkan Riza dilepas tanya dibebaskan, selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah, ia tertakluk kepada penerbit Hollywood itu memenuhi perjanjian terbabit.

“Satu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana termanya adalah kerajaan persekutuan akan menerima sejumlah wang mencecah beberapa juta ringgit,” katanya ketika membacakan kenyataan yang disediakan pada Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu.

Mahkamah turut membenarkan wang jaminan RM1 juta dipulangkan kepada 2 penjamin Riza. Sejak pertuduhan difailkan ke atas Riza tahun lalu, beliau membuat beberapa bantahan melalui peguamnya.

Riza dihadapkan ke mahkamah pada Julai 2019 atas pertuduhan pengubahan yang didakwa membabitkan dana diterima daripada Good Star Ltd dan Aabar Investments PJS Ltd, 2 syarikat dikatakan ada kaitan dengan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho.


Riza didakwa menerima wang itu antara April 2011 dan November 2012 di Bank City National di Los Angeles, California dan juga Bank BSI di Temasek Boulevard, Singapura.

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda maksimum RM5 juta atau 5 kali ganda nilai aktiviti haram, mana lebih tinggi.


 

AS jual pangsapuri Riza pada harga RM69 juta​


5 June 2021

MGF050719_RIZA-AZIZ-MAHKAMAH06.jpg


Riza Shahriz Abdul Aziz
KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah menjual pangsapuri milik Riza Shahriz Abdul Aziz iaitu anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak pada nilai AS$16.8 juta (RM69 juta).

Pangsapuri elit terletak di tengah kota New York itu merupakan pertukaran untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya.

Menurut New York Times (NYT), kediaman di 15 West 63rd Street itu dipercayai antara penjualan semula hartanah kediaman yang paling mahal pernah direkodkan.

Pada tahun 2012, Riza yang juga penerbit filem The Wolf of Wall Street itu dilaporkan membayar harga AS$33.5 juta untuk pembelian hartanah itu dipercayai menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam laporan itu, NYT turut menyenaraikan beberapa unit hartanah, termasuk sebuah pangsapuri tiga bilik dekat 220 South Central Park iaitu bangunan kediaman paling mahal di New York, dijual semula pada harga AS$33 juta Mei lalu.

Hartanah tiga bilik tidur merangkumi separuh tingkat 55 itu ditutup pada harga permintaan penuh sebanyak AS$33 juta, iaitu 23 peratus lebih tinggi daripada hampir AS$26.8 juta yang dibayar oleh penjual pada akhir tahun 2019.

WSJ pula memaklumkan bahawa perjanjian itu dapat berfungsi sebagai penentu untuk menentukan sama ada pangsapuri lain di kompleks kondominium sekitarnya akan meningkat.

Pada 14 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Riza Aziz berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. – MalaysiaGazette

 
Back
Top
Log in Register