BTC USD 80,980.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

tn hj, kes LGE ni statusnya adalah dilepaskan DAN dibebaskan
jika tertuduh tu dilepaskan DAN dibebaskan, maka dia adalah free man, merdeka.

once dia merdeka, dgn status dilepaskan DAN dibebaskan, maka dia tak boleh lagi ditangkap direman dan didakwa atas isu pertuduhan yg sama sepertimana yg dia dituduh dulu pastu dia dilepaskan DAN dibebaskan

klu nak juga dia ditangkap, direman dan didakwa, maka kena guna pertuduhan lain. pertuduhan yg dia dituduh dulu langsung takleh digunakan


tu beza antara LGE dilepaskan DAN dibebaskan, 12 org tertuduh kes LTTE vs Riza dilepaskan TANPA dibebas


yang dilepaskan TANPA dibebaskan ni klu dia gagal penuhi terma dan syarat perjanjian, maka dia akan didakwa balik. tak perlu buat urusan tangkap dan reman.
memadai dengan terus dakwa kat mahkamah..



dlm kes LGE ni kiranya dah takde apa benda yg boleh dibuat sebab LGE dilepaskan DAN dibebaskan

wow... lge dh lepas dan bebas.. maknanya ph berjaya 'menyucikan' lge.. tak sia2 dia berhenti bercakap ketika azan..

lps ni kalau ph ambil alih kerajaan boleh la lge jd menteri kewangan lg.. lega rasanya malaysia akan ada menteri kewangan yg dah bebas dan 'suci' mcm lge.. harap dptlah dia memacu pertumbuhan terowong dgn lebih hebat lg..
 
Sudah tiba masa ambil tindakan mahkamah terhadap Tun M
By
Kasthuri Jeevendran
-
19 May 2020

MGF19052020_MAHKAMAH-NAJIB04-1-681x454.jpg
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah diperiksa suhu badan sewaktu hadir pada perbicaraan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2020.
KUALA LUMPUR – Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini berikutan tindakan pihak pendakwaan yang akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini.


Reuters melaporkan Najib sebagai berkata, perbicaraan 1MDB dikaitkan dengan penyelewengan RM2.3 bilion yang membabitkan dirinya sedang berjalan secara tidak adil.
Justeru Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihaknya akan memfailkan prosiding menghina mahkamah kerana penyiaran artikel tersebut.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee kemudian bangkit dalam nada suara lantang menyoal mengapa pula tidak ada sebarang tindakan menghina diambil terhadap Mahathir yang kerapkali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak.
Walhal katanya, kes masih lagi berjalan ketika ini berhubung tuduhan-tuduhan itu sebaliknya Mahathir pula dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib dan kemudiannya terlepas begitu sahaja.
“Malah semalam juga beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Riza (Aziz) mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripadanya. Beliau seringkali memanggil anak guam saya sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya.
“Mengapa tidak pula sesiapa ambil apa-apa tindakan? Tun Mahathir nampaknya sentiasa terlepas. Mungkin dengan perubahan kerajaan pada masa ini, ada juga ruang untuk mengambil tindakan seperti ini terhadapnya pula,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan 1MDB yang masuk hari ke-36 hari ini.
Sebelum ini, pada 4 Mac lepas, Reuters melaporkan Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).
Perbicaraan bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. –MalaysiaGazette
 
mohon cek mek ... ulas sikit

tn GamezStar, ni saya letak detail mengenai prosiding dulu ye

Tarikh: 19/5/2020
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Coram:
-Hakim Mohamed Zaini Mazlan
-Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin
-Peguam Nur Syahirah Hanapiah, yang mewakili Najib
-Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Rosmah

Prosiding kes pelucutan hak:
Kerajaan malaysia (yg menuntut) vs
1.Najib Razak (responden pertama)
2.Rosmah Mansur (responden kedua)
3.Riza Aziz (responden ketiga)
4.Pihak Ketiga i.e Third party

>>>item:
-ratusan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama, jam tangan, beberapa hartanah, aset dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, 3 anak mereka dan 13 individu serta syarikat.
-Sejumlah wang tunai termasuk mata wang asing merangkumi RM537,000, serta 2,700 pound sterling dan 2,870,000 rupee Sri Lanka, disita dari rumah yang didiami Riza, Najib dan isterinya Rosmah Mansor pada 17 Mei 2018.
-ni semua item bertempat dlm Malaysia, bukan item dari luarnegara

>>>Tuntutan ke atas item:
-Responden Pertama tak menuntut item sitaan tu
-Responden Kedua tak menuntut item sitaan
-Hanya Responden Ketiga yg menuntut item sitaan tu
-Third Party tak buat tuntutan

Responden Ketiga:
-Dia menuntut rm600k daripada item sitaan tu, merupakan miliknya
-dia bersetuju utk rm600k dilucut hak dan dikembalikan pada kerajaan Malaysia

Tarikh akan datang: 24/8/2020 utk permohonan utama kes pelucuthakan iaitu merujuk kepada Responden Pertama dan Kedua




Ulasan:
-sebenarnya utk item sitaan ni, hanya Riza yg buat tuntutan sebanyak rm600k
-tapi sebab kat Mahkamah Sesyen lain, Riza ada buat perjanjian penyelesaian dengan kerajaan dan juga SPRM utk kembalikan aset property duitnya yg kat US tu
-jadi DPP mohon item sitaan yg ni yg dituntut oleh Riza ni juga dilucuthak dan dikembalikan pada kerajaan. dan yg ni tak masuk dlm perjanjian penyelesaian sebenarnya. tapi dah kerajaan sekarang ni giat utk melucuthak apa saja item milik Riza yg dah disita oleh kerajaan,
jadi item sitaan RM600k ni takde dpt pada Riza dah



gitulah kiranya tn GamezStar :)
 
Wei. Tommy. Report details even your letter to Gopal Sri Ram.
Thomas, referring to the letter, had then written to senior deputy public prosecutor Gopal Sri Ram:
“In the light of the statements in paragraphs 5.10, 5.14, 5.15. 5.18 and 5.19, I am prepared to consider this negotiations. Paragraphs 5.20 contained their terms of a proposed settlement. I await your advice,” he wrote.





Riza Aziz’s money laundering settlement: the MACC inside story
A Special Correspondent
-
May 20, 2020 10:27 AM


Riza-Aziz-Court-2-050719.jpg

Riza Aziz was given a discharge not amounting to an acquittal, under which he must return over RM400 million to the government.

PUTRAJAYA: Former attorney-general (AG) Tommy Thomas was at all times informed and updated about the status of a representation request by Riza Aziz on his five money laundering charges involving some RM250 million, senior anti-graft officers involved in his case have told FMT.

They also confirmed the sequence of events given by AG Idrus Harun leading to the conditional discharge given to the stepson of former prime minister Najib Razak.

“Every correspondence by Riza’s lawyers to Thomas was also copied to us. Everything is in black and white, so to turn around and say he was shocked by the court’s decision last week is baffling,” a source in the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) told FMT.

This was in response to Thomas’ recent angry reaction to the Sessions Court’s decision to grant Riza a discharge not amounting to an acquittal (DNNA).

Last year, Riza was charged with five counts of money laundering amounting to US$248 million paid to his Hollywood production company Red Granite Pictures between 2011 and 2012.

Under a settlement announced by the Sessions Court on May 14, Riza would surrender his rights to three properties seized by the US Department of Justice (DoJ), forfeit the money seized from him to the government, and pay a RM500,000 compound under the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act.

Thomas, who resigned as AG just as the Pakatan Harapan (PH) government collapsed in February, has attempted to distance himself from the deal, saying he never agreed to a representation by Riza.

But FMT can confirm based on documents and conversations with those involved in the recovery of the 1MDB assets which Riza was accused of siphoning, that the representation letter from his lawyer was received positively by Thomas.


The representation letter was first sent to Thomas on Nov 18 last year by Riza’s lawyers Scivetti & Associates, listing the proposed settlements.

Thomas’ note to DPP Sri Ram

Thomas, referring to the letter, had then written to senior deputy public prosecutor Gopal Sri Ram:

“In the light of the statements in paragraphs 5.10, 5.14, 5.15. 5.18 and 5.19, I am prepared to consider this negotiations. Paragraphs 5.20 contained their terms of a proposed settlement. I await your advice,” he wrote.

Thomas however added he was not convinced that Riza would be a “good prosecution witness against his father”.

Yesterday, Sri Ram indicated that Riza could testify for the prosecution in the 1MDB trial involving the latter’s stepfather Najib Razak.

On Monday, Thomas acknowledged his note to Sri Ram welcoming Riza’s proposals, but refused to comment further saying he had no access to the original handwritten note.

Riza’s lawyer followed up on the first request for representation with another letter in January this year.

Tommy-Thomas-Gopal-Sri-Ram-200520-FMT.jpg
T

Tommy Thomas informed senior prosecutor Gopal Sri Ram that he would consider a proposal from Riza Aziz’s lawyer.
In the letter sighted by FMT, Thomas was informed that an MACC prosecutor had told the Sessions Court that Riza’s representation was now in the hands of the AG’s office for consideration.

“This letter clearly shows an ongoing representation and negotiation. So how can Thomas claim he does not know much since that first letter of representation?” the source told FMT, adding: “He never put a stop to the ongoing negotiations.”

In February, Thomas’ office received a copy of MACC’s letter to the court, informing it of Riza’s second representation, and requesting for a postponement of the trial.

A copy of the letter had a handwritten instruction bearing Thomas’ initials, saying: “I would Wan Shaharuddin, the writer of this letter, to brief me.”

Thomas’ successor Idrus had defended the move to allow the representation for Riza, saying he was informed that his predecessor was agreeable to it.

On Monday, Thomas again denied agreeing to the assets recovery deal, saying he would not betray PH.

He even called the settlement “a sweetheart deal for Riza”, saying the US$108 million that the government stands to get back “would in any event be returned by the DoJ to Malaysia”.

PH leaders as well as former prime minister Dr Mahathir Mohamad followed suit, suggesting the deal was part of attempts by the Perikatan Nasional government to let Najib’s family off the hook. Prime Minister Muhyiddin Yassin has strongly denied any involvement in the court’s decision.

‘Asset recovery preferred’


But investigators in MACC familiar with the crime of money laundering said the move to allow representation for Riza was “nothing strange”.

“Our policy since June 2019 as far as the 1MDB scandal is concerned has been about recovering assets,” a senior investigator told FMT.

“It was also in that spirit that we named 41 entities and individuals for civil forfeiture. And then we went for issuing compound notices against those who received these illicit 1MDB funds,” the source said.

In June last year, just three weeks after her appointment as the MACC chief commissioner, Latheefa Koya announced civil forfeiture suits against 41 individuals and entities to recover money allegedly transferred from Najib’s account.

The move was aimed at recovering RM270 million of 1MDB money, adding to some RM1 billion already recovered at that time.

“The focus then and now was to recover as much money as possible. All this was done under the former AG. So why does he now suddenly feign ignorance?” asked a senior MACC officer.

FMT-macc-sprm-07.03.2019-2.jpg
MACC has been focusing on asset recovery since last year, according to those familiar with money laundering investigations.
The officer said Thomas was also demeaning the AG’s office in saying he would not betray the former prime minister and PH’s trust.

“Why does he keep referring to himself as PH’s AG? That’s improper and shows political bias.”

FMT has learnt that the process from the time Riza made his first representation last November to the court granting him the discharge last week had gone through intense negotiations involving various parties, including officers from the Federal Bureau of Investigation (FBI).

US authorities had previously settled similar cases involving billions of dollars allegedly siphoned from the fund, including from Low Taek Jho, the businessman wanted in several countries and said to be the main culprit in the scandal.


“If such a settlement does not take place, it will be almost impossible for the Malaysian government to recover assets and properties linked to 1MDB,” said one of those who took part in a series of negotiations with the DoJ.

 
Penyelesaian kes pengubahan wang Riza Aziz: ‘Inside story’ SPRM
A Special Correspondent
-
May 20, 2020 10:30 AM

Riza-Aziz-Court-050719.jpg

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan. Beliau mesti kembalikan lebih RM400 juta kepada kerajaan.


PUTRAJAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas pada setiap masa dimaklumkan dan dikemas kini tentang status permohonan representasi Riza Aziz berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira-kira RM250 juta, kata beberapa pegawai kanan agensi anti-rasuah kepada FMT.

Mereka juga mengesahkan urutan peristiwa yang membawa kepada pelepasan bersyarat yang diberikan kepada anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu, seperti yang diberitahu Peguam Negara Idrus Harun.

“Setiap surat-menyurat oleh peguam Riza kepada Thomas juga disalin kepada kami. Semuanya secara hitam putih, jadi membingungkan bila beliau (Tommy Thomas) kata terkejut dengan keputusan mahkamah minggu lepas,” kata sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada FMT.

Ia menjawab reaksi Thomas yang marah dengan keputusan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza.

Tahun lepas, Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.

Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.

Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

Thomas, yang meletakkan jawatan peguam negara selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, cuba menjauhkan diri daripada urus janji itu, dengan berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi oleh Riza.


Bagaimanapun FMT boleh mengesahkan, berdasarkan dokumen dan perbualan dengan pihak yang terlibat dalam mendapatkan kembali aset 1MDB yang didakwa dilencongkan kepada Riza, bahawa surat representasi daripada peguamnya diterima Thomas secara positif.

Surat representasi itu pertama kali dikirim oleh peguam Riza, Scivetti & Associates kepada Thomas pada 18 Nov tahun lepas dengan menyenaraikan cadangan penyelesaian itu.

Nota Thomas kepada DPP Sri Ram

Merujuk kepada surat itu, Thomas kemudiannya menulis kepada timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram:

“Berdasarkan kenyataan di perenggan 5.10, 5.14, 5.15, 5.18 dan 5.19, saya sedia mempertimbangkan rundingan ini. Perenggan 5.20 mengandungi syarat penyelesaian yang dicadangkan. Saya tunggu nasihat anda,” katanya.

Thomas bagaimanapun menambah beliau tidak yakin Riza akan menjadi seorang “saksi pendakwaan yang baik terhadap bapanya”.



tommy-thomas-gopal-sri-ram-fmt-200520-1.jpg

Tommy Thomas memaklumkan kepada pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram bahawa beliau akan pertimbangan cadangan daripada peguam Riza Aziz.

Semalam, Sri Ram memberi isyarat bahawa Riza mungkin memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB melibatkan bapa tirinya, Najib Razak.

Pada Isnin, Thomas mengesahkan notanya kpeada Sri Ram yang menyambut baik cadangan Riza, tetapi enggan mengulas lanjut kerana menurutnya tiada akses kepada nota tulisan tangan yang asal.

Peguam Riza mengirim surat susulan berhubung permintaan untuk representasi yang pertama pada Januari tahun ini.

Dalam surat yang dilihat oleh FMT, Thomas dimaklumkan seorang pendakwa raya SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa representasi Riza sudah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan.

“Surat itu jelas menunjukkan representasi dan rundingan sedang berjalan. Jadi mana boleh Thomas dakwa beliau tidak tahu banyak sejak surat representasi pertama itu,” kata sumber kepada FMT, dan menambah: “Beliau tidak pernah menghentikan rundingan yang sedang berjalan itu.”

Pada Februari, pejabat Thomas menerima 1 salinan surat SPRM kepada mahkamah, memaklumkan tentang representasi kedua Riza, dan meminta perbicaraan ditangguhkan.

Salinan surat itu mengandungi arahan bertulis dengan tandatangan Thomas, mengatakan: “Saya ingin Wan Shaharuddin, penulis surat ini, memberi penjelasan ringkas kepada saya.”

Pengganti Thomas, Idrus Harun mempertahankan langkah membenarkan representasi Riza, dengan berkata, beliau dimaklumkan bahawa Thomas bersetuju dengan perkara itu.

Pada Isnin, Thomas sekali lagi nafi bersetuju dengan urus janji untuk mendapatkan kembali aset itu, dengan berkata, beliau tidak akan mengkhianati Pakatan Harapan (PH).

Malah beliau mengatakan penyelesaian itu merupakan “urus janji yang baik untuk Riza”, dengan berkata, wang AS$108 juta yang akan diperolehi oleh kerajaan “DoJ memang akan serah kepada Malaysia”.

Pemimpin PH serta bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyusul dengan mencadangkan bahawa urus janji itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Perikatan Nasional untuk melepaskan keluarga Najib.


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekeras-kerasnya menafikan sebarang penglibatan dalam keputusan mahkamah.

Kembalikan aset jadi dasar SPRM


Bagaimanapun penyiasat di SPRM yang biasa menangani jenayah pengubahan wang berkata langkah membenarkan representasi untuk Riza “bukanlah pelik”.

“Dasar kami sejak Jun 2019 dalam hal skandal 1MDB itu adalah mendapatkan kembali aset,” kata seorang penyiasat kanan badan itu kepada FMT.

“Atas sebab itu juga kami menamakan 41 entiti dan individu untuk pelucuthakan sivil. Kemudian kami keluarkan notis kompaun terhadap mereka yang terima dana 1MDB yang haram itu,” kata sumber.

FMT-macc-sprm-07.03.2019-2.jpg

SPRM tumpu kepada usaha mendapatkan kembali aset sejak tahun lepas, menurut mereka yang biasa dengan siasatan pengubahan wang.


Pada Jun tahun lepas, 3 minggu selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengumumkan saman pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti bagi mendapatkan kembali wang yang didakwa dipindahkan daripada akaun Najib.

Langkah itu bertujuan mendapatkan kembali wang 1MDB sebanyak RM270 juta, tambahan kepada kira-kira RM1 bilion yang sudah diperolehi ketika itu.

“Tumpuan pada ketika itu dan sekarang adalah mendapatkan kembali seberapa banyak wang. Semua itu dilakukan di bawah bekas peguam negara. Jadi kenapa sekarang beliau tiba-tiba berpura-pura tidak tahu?” soal seorang pegawai kanan SPRM.

Katanya, Thomas juga merendahkan martabat Pejabat Peguam Negara apabila mengatakan beliau tidak akan mengkhianati kepercayaan bekas perdana menteri dan PH.

“Kenapa beliau merujuk dirinya sebagai peguam negara PH? Itu tidak wajar dan menunjukkan berat sebelah politik.”


FMT difahamkan proses dari ketika Riza membuat representasi pertamanya pada November lepas, sehingga mahkamah membenarkan beliau dilepaskan minggu lepas, mengharungi rundingan teliti melibatkan pelbagai pihak, termasuk pegawai daripada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Pihak berkuasa AS sebelum ini menyelesaikan kes sama melibatkan berbilion dolar yang didakwa dilencongkan daripada dana itu, termasuk daripada Low Taek Jho, ahli perniagaan yang dikehendaki di beberapa negara dan dikatakan watak utama dalam skandal itu.

“Kalau penyelesaian itu tidak berlaku, hampir mustahil untuk kerajaan dapat kembali aset dan hartanah berkaitan 1MDB,” kata seseorang daripada mereka yang terlibat dalam siri rundingan dengan DoJ.


 
Last edited:
1589952702473.png


Kes Riza: Ibarat curi 10 ekor ayam, bayar balik seekor - Anwar


Diterbitkan Hari ini 1:11 pm




Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan perjanjian penyelesaian yang menyaksikan Riza Shahriz Abdul Aziz diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) berhubung dakwaan pengubahan wang haram, baru-baru ini.

"Kita nak persoalkan apakah munasabah kita selesaikan kes seperti ini? Dengan rundingan dan membayar sedikit, kalau kita ambil RM1 bilion dan bayar RM100 juta, selesai.

"Jadi esok, ada orang kata dia curi 10 ekor ayam, bayar seekor selesai. Kaedahnya sama, jangan pandang ringan. Kalau kita umpamanya esok, curi 10 motor, runding bayar balik satu motor,” katanya.


 
Kalau ambil RM! bilion, bayar RM!00 juta, kes dianggap selesai. #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/…/tidak-munasabah-kes-riza-sel…/



Tidak munasabah kes Riza selesai secara rundingan – Anwar


20 May 2020

MGF22102019_NAJIB-HUJAH-SRC10-681x454.jpg

Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan dilakukan berhubung percanggahan kenyataan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kes Riza Shahriz Abdul Aziz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Khamis lalu.

Ketua Pembangkang itu berkata, adakah munasabah kes sebesar itu boleh diselesaikan secara rundingan, bayar dan bebas, sedangkan Thomas menjelaskan, beliau tidak memperakui persetujuan penyelesaian kes berkenaan.


“Tommy sudah menjawab, cuma bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya belum membuat apa-apa ulasan, mungkin dia belum teliti lagi.

“Tetapi apa yang kita nak persoalkan, adakah munasabah kita selesikan kes seperti ini dengan rundingan dan membayar sedikit.. kalau kita ambil RM1 bilion, bayar RM100 juta, (kes) selesai.

“Esok, ada orang kata, dia curi 10 ekor ayam, bayar satu ekor (ayam), (kes) selesai. Itu kaedahnya sama, jangan pandang ringan. Begitu juga kalau kita curi 10 motosikal, runding dan bayar balik satu motosikal,” katanya yang bersiaran langsung di Facebook hari ini.

Artikel berkaitan: Anak tiri Najib lepas tanpa bebas
Pada 14 Mei lalu, mahkamah melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz iaitu anak tiri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah, bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi.

Sri Ram berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.

Dalam pada itu Peguam Negara, Tan Sri ldrus Harun dalam satu kenyataan berkata, Thomas dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya telah bersetuju secara prinsip untuk menerima penyelesaian kes Riza Shahriz Abdul Aziz (Riza Aziz).

Artikel berkaitan: Tommy, Latheefa setuju penyelesaian kes Riza – Peguam Negara

Menurut Anwar, undang-undang tidak boleh mengenal darjat.

Katanya, kerajaan harus tegas dalam kes 1MDB itu, tapi pada masa sama, tahu di kalangan menteri sedang memunggah kekayaan dan projek dan secara terangan berlaku sekarang ini.

Beliau juga mengakui, perkara itu berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, tetapi Kecewa SPRM tidak agresif untuk menangani masalah berkenaan.

“Jadi, kalau kita bincang rasuah, kita tidak mahu rasuah itu memelihatra golongan atasan, bangsawan dan korporat sahaja, sedangkan golongan bawah didera.

“Saya selalu beri contoh, kenapa tidak diambil tindakan orang yang ambil RM1 juta ringgit? Ohh, itu bukan rasuah, itu komisen. Mengapa ambil tindakan ke atas anggota polis yang ambil RM50? Ohh, itu rasuah.

“Ini yang jadi perkara mainan, sebab ini yang berlaku. Ini yang disebut antara dua darjat. Ia memberi satu kefahaman kepada kita bahawa dalam sistem perundangan ini tidak mengira parti,” katanya. – MalaysiaGazette

 
1589952702473.png


Kes Riza: Ibarat curi 10 ekor ayam, bayar balik seekor - Anwar


Diterbitkan Hari ini 1:11 pm




Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan perjanjian penyelesaian yang menyaksikan Riza Shahriz Abdul Aziz diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) berhubung dakwaan pengubahan wang haram, baru-baru ini.

"Kita nak persoalkan apakah munasabah kita selesaikan kes seperti ini? Dengan rundingan dan membayar sedikit, kalau kita ambil RM1 bilion dan bayar RM100 juta, selesai.

"Jadi esok, ada orang kata dia curi 10 ekor ayam, bayar seekor selesai. Kaedahnya sama, jangan pandang ringan. Kalau kita umpamanya esok, curi 10 motor, runding bayar balik satu motor,” katanya.



Kene tanye tommy
Sapa yg lantik tommy?
Ph la. So salah ph
 
Tommy Tommy, hehe geram jugaklah DPP DPP yg kat AGC tu dengan Tommy sampaikan diorang release nota dlm fail yg ada remark dari Tommy


Tommy Tommy, dulu masa jadi AG, melalui media massa kritik DPP, walhal DPP tu staf dia. pastu tindakan dia banyak menunjukkan bahwa dia tak percaya sangat kepakaran DPP utk handle kes. tu la, awak dari private firm, belajarlah cara yg dlm goverment, bukan buat musuh dengan diorang

ni lepas berenti pun masih kritik org kerajaan, tu yg dpp sendiri release nota Tommy Thomas tu..
 
Back
Top
Log in Register