BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

ok ni apa yg dah mantan KP SPRM Latheefa Koya dan LGE buat
CONTOH yg setuju utk kembalikan duit pada kerajaan tanpa melalui proses dakwaan di Mahkamah


(BAHAGIAN 3)


A. ni menurut LGE


CYBERJAYA 25 Jun - Terdapat banyak lagi individu dan kumpulan termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mendapati wujud senarai nama lain daripada 41 responden seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.


“Ada juga melibatkan persatuan-persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang yang terima wang ini.

“Sebab itu saya minta mereka yang terima wang sama ada daripada Yayasan 1MDB atau Kelab Kebajikan sila kembalikan wang ini kepada kepada kerajaan, tidak perlu sehingga keluar senarai dan SPRM beku akaun,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Baru-baru ini, SPRM telah berjaya memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1MDB.

Pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi reponden kepada permohonan tersebut.-UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ada-lagi-senarai-terima-wang-1mdb-1.924090





Kelab Akhbar P Pinang akan pulangkan sumbangan RM50,000 berkaitan 1MDB
June 25, 2019 10:08 PM




GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan wartawan berkata ia akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi membincangkan pembayaran balik sumbangan RM50,000 yang diterima daripada badan kebajikan berkaitan 1MDB pada 2013.

Presiden Kelab Akhbar Pulau Pinang, Wong Soon Eng berkata ia sedia membayar balik dana itu tetapi ia perlukan keputusan rasmi jawatankuasa untuk berbuat demikian.

“Kami akan menggunakan saluran yang betul untuk memulangkan wang itu kepada pihak berkenaan. Usul membayar balik wang itu akan dibentangkan pada mesyuarat Khamis ini,” katanya kepada FMT.

Komen Wong itu selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyeru kumpulan-kumpulan wartawan supaya memulangkan wang yang diterima daripada badan-badan kebajikan berkaitan 1MDB secara sukarela.

Lim tidak menamakan kumpulan-kumpulan itu dan berkata mereka perlu memulangkannya atau berdepan risiko akaun mereka dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat hal ehwal 1MDB.



https://www.freemalaysiatoday.com/c...So2cJG4b-ILILQgbd36-L58mbOYUHYtr7ExCLL727LNAg





(BAHAGIAN 4)


A.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25277433

Kerajaan lucut hak RM100,000 dari Hasan Malek

Diterbitkan 29 Ogs 2019, 2:19 tengahari

unnamed.jpg



Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan mahkamah, bahawa responden (Hasan) telah memasukkan representasi untuk memulangkan wang berkenaan.

“Afidavit pemohon (Pendakwa Raya) tidak dibalas oleh responden dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir (untuk tuntut wang itu).

“Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.




B.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25277442

Yayasan Rahah, Umno Pekan selesai saman lucut hak berkaitan 1MDB

Diterbitkan Hari ini 11:01 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:24 tengahari


unnamed.jpg


Yayasan Rahan dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang mencapai penyelesaian bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Penyelesaian itu direkodkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa pengurusan kes hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dan peguam Amin Othman mengesahkan dengan Mohd Nazlan berkenaan penyelesaian itu.

Bagaimanapun terma penyelesaian itu tidak didedahkan.


C.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25285853


-Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM369,622 dari MP Umno

Diterbitkan Hari ini 10:42 pagi | Dikemaskini Hari ini 1:23 tengahari




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak sebanyak RM369,662 daripada Anggota Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib dan syarikat Naza Quest Auto berhubung saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pelucuthakan itu semasa prosiding terbuka di mahkamah pagi ini.

Nazlan mengeluarkan perintah itu apabila Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pilllai memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada pihak ketiga menghadiri prosiding hari ini untuk menuntut RM100,000 yang telah dilucut hak oleh SPRM daripada anggota parlimen Umno itu.

Sebelum ini dilaporkan Ismail tidak akan mencabar saman pelucuthakan berkenaan.

Pillai, yang bertugas di SPRM memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ismail tidak mempunyai bantahan terhadap saman pelucuthakan RM100,000 yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

"Responden pada 24 Jun menghantar surat kepada mahkamah untuk memaklumkan Yang Arif bahawa dia (Ismail) diminta untuk dikecualikan daripada menghadiri prosiding mahkamah (hari ini berhubung dengan) RM100,000 dalam wang yang akan dilupuskan oleh kerajaan Malaysia .

"Hari ini, kami diwartakan (notis) bagi pihak ketiga untuk menghadiri (prosiding mahkamah) di bawah Seksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Undang-undang yang Tidak Sah 2001 (Amla) dan tidak ada pihak ketiga yang hadir hari ini.

"Oleh itu, kami memohon RM100,000 yang dilucuthakkan oleh kerajaan Malaysia," kata Pillai (gambar, di bawah).

unnamed.jpg


Hakim Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk membatalkan RM100,000 daripada akaun bank Ismail.


-Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM269,662 dari Naza Quest Auto dan rekodkan penghakiman persetujuan



Hakim merekodkan penghakiman persetujuan antara pihak pendakwaan dan Naza Quest Auto untuk melucut hak sebanyak RM269,662 dalam akaun Maybank Islamic syarikat itu kepada kerajaan.

Penghakiman persetujuan dilakukan tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil oleh Naza Quest Auto.



Peguam Naza Quest Auto, Md Yunos Shariff mengesahkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan menyelesaikan masalah itu.

"Kami memohon (kepada mahkamah untuk) merekodkan penghakiman persetujuan, tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil. Responden bersetuju dengan wang sebanyak RM269,662, dalam akaun semasa Maybank Islamic 5643 0601 3040 di bawah nama responden dilucuthakan oleh kerajaan Malaysia, "kata Yunos.


D.

https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25310766

Dana 1MDB: Taikun Sarawak mahu selesai saman lucut hak RM11.9 juta

October 4, 2019 7:20 PM
unnamed.jpg


Bustari Yusof (kanan) sebelum ini disifatkan orang kanan Najib Razak. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Sarawak, Bustari Yusof mahu menyelesaikan saman pelucuthakan terhadapnya atas dakwaan menerima RM11.9 juta dana 1MDB.

Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mereka akan memfailkan surat representasi kepada Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menetapkan 1 Nov ini untuk pengurusan kes, sementara menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara sama ada mahu menerima representasi mereka untuk penyelesaian.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abd Jumaat memberitahu mahkamah, dia tidak pasti bagaimana kerajaan akan memberi respons terhadap penyelesaian yang dicadangkan Bustari.

“Kami meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan dan memberi masa kepada peguam negara untuk bertindak balas. Dari sana, kita boleh menentukan kemudian sama ada kedua-dua parti akan meneruskan perbicaraan penuh.”

Terdahulu, peguam Bustari memberitahu mahkamah, mereka membantah saman pelucuthakan kerajaan atas alasan pihak pendakwaan menggunakan “cara salah” untuk memulakan prosiding undang-undang.

Mahadi turut memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan respons mereka terhadap penghujahan pihak pembelaan yang mereka menggunakan “cara salah” dalam permohonan pelucuthakan.

Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan ia memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta dana 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun Najib Razak.

Sebelum ini, ada laporan menyifatkan Bustari ialah orang kanan Najib dan kerap bermain golf dengan bekas perdana menteri itu.


E.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25373058

Kenalan rapat Najib pulangkan RM3.68 juta 1MDB kepada k’jaan
News | Diterbitkan Hari ini 4:12 petang | Dikemaskini Hari ini 4:12 petang

Ahli Perniagaan Sarawak, Tan Sri Bustari Yusof, yang digambarkan sebagai kenalan rapat bekas perdana menteri Najib Razak telah memulangkan wang berjumlah RM3,683,117.94 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada prosiding sebutan permohonan melucut hak harta itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah di Kuala Lumpur, hari ini.

Allan berkata pihak SPRM telah menerima cek berjumlah RM3,683,117.94 juta daripada pihak Bustari semalam.

“Sehubungan itu, pendakwa raya selaku pemohon telah menarik balik permohonan lucut hak terhadap Bustari selaku responden.



“Pihak pendakwaan turut diberikan arahan untuk menyahbekukan akaun Bustari,” katanya.

Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili Bustari mengesahkan bahawa cek itu telah diserahkan kepada pihak SPRM semalam.

“Terima kasih kepada pihak pendakwaan kerana telah menarik balik permohonan lucut hak. Mohon permohonan lucut hak itu dibatalkan,” katanya yang turut dibantu oleh peguam Tiara Katrina Fuad.

Hakim Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan lucut hak berkenaan dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana berjaya mencapai penyelesaian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya baru-baru ini dilaporkan berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

- Bernama

F.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25396618

Wang RM254,112.24 dari akaun Umno Sabah kini hak kerajaan
News | Diterbitkan Hari ini 2:37 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:37 tengahari

Wang RM254,112.24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan Umno Sabah (Umno Sabah) yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta kerajaan Malaysia.

Keseluruhan jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak daripada badan tersebut ialah sebanyak RM1,254,112.24.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan kepada mahkamah bahawa Umno Sabah selaku responden menyatakan persetujuan penyelesaian melalui representasi bertarikh 9 Dis lepas.

“Representasi responden telah diterima pendakwaan dan pihak-pihak bersetuju dengan penyelesaian bahawa wang berjumlah RM254,112.24 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

“Manakala baki wang RM1 juta tersebut dikembalikan kepada pihak responden,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan di Kuala Lumpur, hari ini.

Badan Perhubungan Umno Sabah yang diwakili peguam Harcharanjit Singh mengesahkan perkara tersebut.

“Saya memohon mahkamah merekodkan kehakiman persetujuan tanpa pengakuan salah daripada responden serta wang RM1juta itu dikembalikan kepada pihak kami,” katanya.

Mohamed Zaini kemudian merekodkan penghakiman persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

“Dokumen persetujuan seperti yang tertera dalam draf dokumen persetujuan bertarikh hari ini (18 Dis) adalah direkodkan dengan syarat tambahan tiada pengakuan salah daripada pihak responden,” katanya.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

- Bernama
 
Wow! Maafkan saya tuan majistret.. Salam ramadhan... :)cgrock



ok ni apa yg dah mantan KP SPRM Latheefa Koya buat
(BAHAGIAN 1)


ok meh kita cerita pasal kaedah kaedah yg digunapakai oleh mantan KP SPRM Latheefa Koya




Kaedah Pertama: saman pelucuthakan sivil
SPRM failkan permohonan di bawah (AMLA-Sekysen 56) untuk dapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.


Kenapa SPRM pilih kaedah ni?
-kerana pendakwaan jenayah akan memakan masa.

"Memandangkan undang-undang jelas dan kita ada cara alternatif untuk mendapatkan semula wang, kita memilih cara yang paling pragmatik.
"Akan ada kes yang melibatkan lebih daripada menerima wang saja dan mereka sebahagian daripada seluruh jaringan pemindahan dan pengubahan (wang) - untuk itu kita akan ambil langkah sewajarnya.


akta ini (AMLA-Sekysen 56) membenarkan kami untuk melakukan pelucutan hak dan pengambilan semula dana tersebut tanpa perlu melakukan dakwaan kepada individu yang menerima dana tersebut, dan ini apa yang kita sedang lakukan".

"Ini cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut daripada responden tanpa perlu mendakwa mereka kerana proses pendakwaan akan mengambil masa yang lama.
>>>>
Immediate and effective. Nak dakwa ikut jalan jenayah, akan ambil masa dan efeknya tidak serta merta.

Money is indeed the mother's milk of politics



SELINGAN
Mukhriz: Saya tak tahu Umno Kedah dapat dana 1MDB
Diterbitkan Hari ini 8:28 malam | Dikemaskini Hari ini 8:28 malam

Jawapan Mukhriz sama seperti Najib, kata ketua pemuda Umno Kedah
Diterbitkan Hari ini 9:44 pagi | Dikemaskini Hari ini 9:44 pagi












Kaedah Kedua:
SPRM kompaun 80 penerima 1MDB untuk dapat semula RM430j


https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25313119

Khairul Azri

44 min

Kalau pada Jun lalu SPRM umumkan melucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hari ini, 7 Oktober, SPRM umumkan akan mengeluarkan notis kompaun pula dibawah Seksyen 92 menggunakan akta yang sama iaitu Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 80 responden yang didapati terlibat dengan pengaliran wang dari akaun Ambank tersebut yang juga terdiri daripada 41 responden sebelum ini.

Kadar kompaun yang akan dikeluarkan adalah berkadaran kepada 1x hingga 2.5x daripada jumlah wang yang telah diterima. Terendah RM500,000, tertinggi RM25 juta bagi individu, tertinggi bagi entiti adalah RM134 juta.

80 responden yang terdiri daripada entiti dan individu diberikan masa selama 2 minggu untuk menyelesaikan notis kompaun tersebut sebelum diambil tindakan oleh pihak SPRM.

Dijangkakan SPRM mampu mengutip sebanyak RM420 juta daripada notis kompaun yang dikeluarkan pada hari ini.



https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25313230


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang mengalir keluar daripada 1MDB.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah notis kompaun bernilai RM430 juta itu perlu dijelaskan oleh mereka dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Jelasnya, tindakan itu disiasat mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Sekiranya gagal membayar kompaun itu, pihak terbabit akan dihadapkan ke mahkamah, katanya.

“Semua wang yang terlibat ini adalah milik rakyat dan SPRM akan menuntut semula sebanyak yang mungkin.

“Wang yang terlibat keluar ini melibatkan transaksi melalui bayaran cek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.









(BAHAGIAN 2)

saman pelucuthakan sivil bawah AMLA-Sekysen 56
kerajaan Malaysia (yg menuntut) vs AAAA (responden)

Caranya
1.
pihak SPRM percaya dan boleh tunjukkan ada kegiatan menyalahi undang undang
dan pihak yg menerima wang i.e responden) takde buat sebarang langkah utk kenal pasti puncanya
jadi pihak SPRM akan failkan permohonan saman pelucuthakan sivil di Mahkamah
"Jika anda secara tiba-tiba menerima RM100,000, RM200,000 atau RM500 juta, anda tidak boleh membela diri dengan berkata terkejut; dan tidak mengambil langkah untuk mengesahkan (sumber wang itu).
"Alasan seperti itu tidak terpakai di bawah Amla,"

2.SPRM akan serve permohonan tu pada responden responden

3.mana mana responden yg tergolong dlm keadaan diatas terima permohonan dari SPRM dan mempunyai bebrapa options


A-boleh contact SPRM sebab bersetuju utk kembalikan wang yg diterima tu kepada kerajaan tanpa menunggu proses perbicaraan
dua dua pihak akan discuss term dan condition yg mana membawa kepada perjanjian penyelesaian

Beberapa responden sedia kembali dana

Sementara itu, Latheefa turut mendedahkan bahawa ada beberapa responden yang telah menyatakan persetujuan untuk memulangkan semula wang kepada kerajaan tanpa menunggu proses perbicaraan.

“Bagi yang setuju untuk pulang wang, kita boleh rekodkan satu penghakiman persetujuan.

“Kalau peguam mereka menasihatkan bagi sahaja duit itu dan mereka sedia untuk menyerahkan semula duit itu, kami akan rekodkan penghakiman persetujuan di hadapan mahkamah nanti,” katanya.


B.responden failkan Afidavit kat Mahkamah dan mengemukakan bukti kukuh untuk menyangkal penglibatan mereka dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan itu.
“Sesiapa yang ada bukti untuk menunjukkan cerita sebaliknya macam mana duit itu datang... dipersilakan untuk masukkan afidavit dan kita jawab di mahkamah.

Jadi yg 'B' ni kira lawan kes


C. bagi responden yg lambat notify SPRM atau lambat masukkan Afidavit, maka SPRM terlebih dulu apply dekat Mahkamah utk bekukan akaun tu.
jadi akaun tu dah dibekukan, dan jika kat Mahkamah, responden ni setuju utk lucuthak duit dlm akaun tu, jadi SPRM akan ambik duit tu dan pohon mahkamah utk dis'beku'kan akaun tu


Penerima dana 1MDB boleh selesai saman tanpa ke mahkamah, kata peguam
June 24, 2019 10:30 AM




ok, jadi dlm kes Riza ni dia pilih cara penyelesaian item A.
dia didakwa kat Mahkamah
dan sejak masuk Mahkamah, dia tak henti henti proposed penyelesaian pada kerajaan Malaysia melalui representasi yg mana dia mahu kembalikan duit kepada kerajaan

dan tak salah klu kerajaan malaysia mahu terima representasi dia utk penyelesaian


-SAMBUNG KE POST SETERUSNYA UTK BAHAGIAN 3 DAN 4-
:)cgrock
 
(BAHAGIAN 5)


cuba warga cg rujuk pada BAHAGIAN 4 kes dibawah ni
lihat pada terma perjanjian

penghakiman persetujuan antara pihak pendakwaan dan Naza Quest Auto untuk melucut hak sebanyak RM269,662 dalam akaun Maybank Islamic syarikat itu kepada kerajaan.

Penghakiman persetujuan dilakukan tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil oleh Naza Quest Auto.

TANPA PENGAKUAN LIABILITI JENAYAH ATAU SIVIL, mcmana tu :D






C.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25285853


-Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM369,622 dari MP Umno

Diterbitkan Hari ini 10:42 pagi | Dikemaskini Hari ini 1:23 tengahari




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak sebanyak RM369,662 daripada Anggota Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib dan syarikat Naza Quest Auto berhubung saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pelucuthakan itu semasa prosiding terbuka di mahkamah pagi ini.

Nazlan mengeluarkan perintah itu apabila Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pilllai memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada pihak ketiga menghadiri prosiding hari ini untuk menuntut RM100,000 yang telah dilucut hak oleh SPRM daripada anggota parlimen Umno itu.

Sebelum ini dilaporkan Ismail tidak akan mencabar saman pelucuthakan berkenaan.

Pillai, yang bertugas di SPRM memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ismail tidak mempunyai bantahan terhadap saman pelucuthakan RM100,000 yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

"Responden pada 24 Jun menghantar surat kepada mahkamah untuk memaklumkan Yang Arif bahawa dia (Ismail) diminta untuk dikecualikan daripada menghadiri prosiding mahkamah (hari ini berhubung dengan) RM100,000 dalam wang yang akan dilupuskan oleh kerajaan Malaysia .

"Hari ini, kami diwartakan (notis) bagi pihak ketiga untuk menghadiri (prosiding mahkamah) di bawah Seksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Undang-undang yang Tidak Sah 2001 (Amla) dan tidak ada pihak ketiga yang hadir hari ini.

"Oleh itu, kami memohon RM100,000 yang dilucuthakkan oleh kerajaan Malaysia," kata Pillai (gambar, di bawah).

unnamed.jpg


Hakim Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk membatalkan RM100,000 daripada akaun bank Ismail.


-Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM269,662 dari Naza Quest Auto dan rekodkan penghakiman persetujuan



Hakim merekodkan penghakiman persetujuan antara pihak pendakwaan dan Naza Quest Auto untuk melucut hak sebanyak RM269,662 dalam akaun Maybank Islamic syarikat itu kepada kerajaan.

Penghakiman persetujuan dilakukan tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil oleh Naza Quest Auto.



Peguam Naza Quest Auto, Md Yunos Shariff mengesahkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan menyelesaikan masalah itu.

"Kami memohon (kepada mahkamah untuk) merekodkan penghakiman persetujuan, tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil. Responden bersetuju dengan wang sebanyak RM269,662, dalam akaun semasa Maybank Islamic 5643 0601 3040 di bawah nama responden dilucuthakan oleh kerajaan Malaysia, "kata Yunos.
 
Last edited:
(BAHAGIAN 6)


masa SPRM lancarkan 2 cara ni utk mengutip duit terkait dari penggubahan wang haram, takde pulak ramai org riuh rendah bagitau

oh senang lah mcm ni kerajaan buat kerja, responden 'curi duit' pastu kembalikan duit pada kerajaan
dan kerajaan senang senang je terima duit dari responden yg 'mencuri' tanpa dakwa mereka ye

masa ni takde lak mantan PM bising bimbang resah gelisah sebab kerajaan tak dakwa responden

boleh pulak kerajaan terima cara sprm, yg mana kerajaan bersetuju buat perjanjian penyelesaian dengan responden tanpa dakwa mereka
malah ada tercatat terma kat penghakiman persetujuan tu, tanpa pengakuan liabiliti dlm jenayah mahupun sivil



antara lain, nak bagitau perkataan 'curi' lain dan berbeza dengan 'penggubahan wang haram'
 
(BAHAGIAN 6)


masa SPRM lancarkan 2 cara ni utk mengutip duit terkait dari penggubahan wang haram, takde pulak ramai org riuh rendah bagitau

oh senang lah mcm ni kerajaan buat kerja, responden curi duit pastu kembalikan duit pada kerajaan
dan kerajaan senang senang je terima duit dari responden yg ada kaitan duitnya dengan penggubahan wang haram tanpa dakwa mereka ye

masa ni takde lak mantan PM bising bimbang resah gelisah tak dakwa responden


antara lain, nak bagitau perkataan 'curi' lain dan berbeza dengan 'penggubahan wang haram'

tq for info cek mek..

mantan pm tu mmg nak sebarkan persepsi buruk..

mentang2 ramai orang xtau undang2..

sedap je dia lipak..
 
yg terbayang..Rezza nak wat filem. Duit xada. ..hello kat kroni 1MDB. Depa kasi 1.2B
Kantoi...kena tangkap. Reza cakap, "ok2. Aku pulang balik duit tu."
AG tanya berapa ko nak pulang?. Reza jawab, rm500J...AG pun setuju..Buang kes 😁

klu semudah itu, memang..bola tanggung ler.

cuma..kenapa reza xlawan jer..rm500j tu lbih kot klu nk bayar loyar
lg pun, duit pelaburan yg terpalit 1MDB kena bayar balik juga pd pelabur:unsure:
 
saya langsung takde sembunyikan fakta
apa yg saya sebut tu saya provide reference, boleh belek kat situ utk pembacaan lebih detail



in fact, thread sprm kutip duit terkait penggubahan wang haram melalui 2 kaedah tu saya yg buka. jadi saya ada pengetahuan sikit sikit mengenai cara SPRM dan kerajaan buat kerja.

tu la saya kata bahawa mantan KP SPRM Latheefa Koya buat kerja secara efisien, lebih fokus utk dapatkan aset/duit terkait aktiviti penggubahan wang haram dan masukkan duit tersebut dlm poket kerajaan

in fact, diorang alu alukan responden nak buat penyelesaian tanpa perlu didakwa di Mahkamah


jadi inilah yg Adhoc Prosecutor Gopal Sri Ram buat, dah Riza Aziz mmg nak buat penyelesaian
namun sudah tentulah Adhoc Prosecutor akan menjaga sungguh sungguh kepentingan kerajaan
tu yg Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan
malah dlm terma perjanjian penyelesaian terdapat amaun kompaun, sebagai tindakan punitif yg perlu Riza Aziz bayar
 
Last edited:
yg terbayang..Rezza nak wat filem. Duit xada. ..hello kat kroni 1MDB. Depa kasi 1.2B
Kantoi...kena tangkap. Reza cakap, "ok2. Aku pulang balik duit tu."
AG tanya berapa ko nak pulang?. Reza jawab, rm500J...AG pun setuju..Buang kes 😁

klu semudah itu, memang..bola tanggung ler.

cuma..kenapa reza xlawan jer..rm500j tu lbih kot klu nk bayar loyar
lg pun, duit pelaburan yg terpalit 1MDB kena bayar balik juga pd pelabur:unsure:


tn none, sama mcm dlm kes mantan KP SPRM Latheefa Koya berkenaan saman melucuthak sivil

kenapa ada sesetengah pihak pilih utk buat penyelesaian dengan SPRM dan kerajaan dan pulangkan balik duit tu pada kerajaan, kenapa diorang taknak lawan kes.
boleh je klu nak lawan kes dengan masukkan afidavit kat Mahkamah dan cabar permohonan SPRM. ada je beberapa pihak yg pilih utk lawan kes



-contoh pihak yg setuju kembalikan duit pada kerajaan tanpa lawan kes kat Mahkamah

-Presiden Kelab Akhbar Pulau Pinang, Wong Soon Eng
-Hasan Malek
-Yayasan Rahah
-Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan
-Anggota Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib dan
-syarikat Naza Quest Auto
-Ahli Perniagaan Sarawak aka Taikun Sarawak Tan Sri Bustari Yusof
-UMNO Sabah

kenapa diorang taknak lawan kes, sebaliknya pilih utk mengembalikan duit pada kerajaan dan buat perjanjian penyelesaian dengan kerajaan?


klu yg kaedah kedua iaitu kompaun tu yg mana SPRM serahkan pada pihak yg dlm siasatan SPRM ada duitnya terkait dengan penggubahan wang haram,
even Nazir Razak, ITBM pun setuju utk berunding penyelesaian dengan kerajaan
kenapa dia taknak lawan kes?
 
Last edited:
ni kes mn yg dh mmg bersalah? aduh aku igt kita tgh cerita pasal kes riza yg masih belum mula pun lg.. ke aku salah thread ni..haha

aah tn zari, kes Riza Aziz ni belum sampai tahap pengurusan kes, mmg baru sangat. Bicara lagi la mmg belum buat langsung
in fact, pada masa hari yg ditetapkan utk pengurusan kes tu, pengurusan kes tak jadi dibuat tapi diganti dengan Mahkamah umumkan perjanjian penyelesaian yg dibuat antara kerajaan dan Riza Aziz


Riza Aziz belum langsung dijatuh hukum, even bicara pun belum lagi dibuat. tak even start pun
 
Klu x brsalah dia kena lawan, jgn bayar, tp klu dia bayar nnt...fhm2 je la. Tp aku mmg harap sgt dia jgn bayar hehe..

dh tu kamu kata dia sah bersalah tu atas kes apa, ada kes mahkamah selain amla ni ke?
 
Back
Top
Log in Register