cek mek molek
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
ok ni apa yg dah mantan KP SPRM Latheefa Koya dan LGE buat
CONTOH yg setuju utk kembalikan duit pada kerajaan tanpa melalui proses dakwaan di Mahkamah
(BAHAGIAN 3)
A. ni menurut LGE
carigold.com
CYBERJAYA 25 Jun - Terdapat banyak lagi individu dan kumpulan termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mendapati wujud senarai nama lain daripada 41 responden seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
“Ada juga melibatkan persatuan-persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang yang terima wang ini.
“Sebab itu saya minta mereka yang terima wang sama ada daripada Yayasan 1MDB atau Kelab Kebajikan sila kembalikan wang ini kepada kepada kerajaan, tidak perlu sehingga keluar senarai dan SPRM beku akaun,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.
Baru-baru ini, SPRM telah berjaya memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1MDB.
Pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi reponden kepada permohonan tersebut.-UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ada-lagi-senarai-terima-wang-1mdb-1.924090
carigold.com
Kelab Akhbar P Pinang akan pulangkan sumbangan RM50,000 berkaitan 1MDB
June 25, 2019 10:08 PM
GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan wartawan berkata ia akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi membincangkan pembayaran balik sumbangan RM50,000 yang diterima daripada badan kebajikan berkaitan 1MDB pada 2013.
Presiden Kelab Akhbar Pulau Pinang, Wong Soon Eng berkata ia sedia membayar balik dana itu tetapi ia perlukan keputusan rasmi jawatankuasa untuk berbuat demikian.
“Kami akan menggunakan saluran yang betul untuk memulangkan wang itu kepada pihak berkenaan. Usul membayar balik wang itu akan dibentangkan pada mesyuarat Khamis ini,” katanya kepada FMT.
Komen Wong itu selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyeru kumpulan-kumpulan wartawan supaya memulangkan wang yang diterima daripada badan-badan kebajikan berkaitan 1MDB secara sukarela.
Lim tidak menamakan kumpulan-kumpulan itu dan berkata mereka perlu memulangkannya atau berdepan risiko akaun mereka dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat hal ehwal 1MDB.
https://www.freemalaysiatoday.com/c...So2cJG4b-ILILQgbd36-L58mbOYUHYtr7ExCLL727LNAg
(BAHAGIAN 4)
A.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25277433
Kerajaan lucut hak RM100,000 dari Hasan Malek
Diterbitkan 29 Ogs 2019, 2:19 tengahari
Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta kerajaan Malaysia.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan mahkamah, bahawa responden (Hasan) telah memasukkan representasi untuk memulangkan wang berkenaan.
“Afidavit pemohon (Pendakwa Raya) tidak dibalas oleh responden dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir (untuk tuntut wang itu).
“Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.
Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.
B.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25277442
Yayasan Rahah, Umno Pekan selesai saman lucut hak berkaitan 1MDB
Diterbitkan Hari ini 11:01 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:24 tengahari
Yayasan Rahan dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang mencapai penyelesaian bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.
Penyelesaian itu direkodkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa pengurusan kes hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dan peguam Amin Othman mengesahkan dengan Mohd Nazlan berkenaan penyelesaian itu.
Bagaimanapun terma penyelesaian itu tidak didedahkan.
C.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25285853
-Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM369,622 dari MP Umno
Diterbitkan Hari ini 10:42 pagi | Dikemaskini Hari ini 1:23 tengahari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak sebanyak RM369,662 daripada Anggota Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib dan syarikat Naza Quest Auto berhubung saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pelucuthakan itu semasa prosiding terbuka di mahkamah pagi ini.
Nazlan mengeluarkan perintah itu apabila Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pilllai memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada pihak ketiga menghadiri prosiding hari ini untuk menuntut RM100,000 yang telah dilucut hak oleh SPRM daripada anggota parlimen Umno itu.
Sebelum ini dilaporkan Ismail tidak akan mencabar saman pelucuthakan berkenaan.
Pillai, yang bertugas di SPRM memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ismail tidak mempunyai bantahan terhadap saman pelucuthakan RM100,000 yang dikaitkan dengan dana 1MDB.
"Responden pada 24 Jun menghantar surat kepada mahkamah untuk memaklumkan Yang Arif bahawa dia (Ismail) diminta untuk dikecualikan daripada menghadiri prosiding mahkamah (hari ini berhubung dengan) RM100,000 dalam wang yang akan dilupuskan oleh kerajaan Malaysia .
"Hari ini, kami diwartakan (notis) bagi pihak ketiga untuk menghadiri (prosiding mahkamah) di bawah Seksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Undang-undang yang Tidak Sah 2001 (Amla) dan tidak ada pihak ketiga yang hadir hari ini.
"Oleh itu, kami memohon RM100,000 yang dilucuthakkan oleh kerajaan Malaysia," kata Pillai (gambar, di bawah).
Hakim Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk membatalkan RM100,000 daripada akaun bank Ismail.
-Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM269,662 dari Naza Quest Auto dan rekodkan penghakiman persetujuan
Hakim merekodkan penghakiman persetujuan antara pihak pendakwaan dan Naza Quest Auto untuk melucut hak sebanyak RM269,662 dalam akaun Maybank Islamic syarikat itu kepada kerajaan.
Penghakiman persetujuan dilakukan tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil oleh Naza Quest Auto.
Peguam Naza Quest Auto, Md Yunos Shariff mengesahkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan menyelesaikan masalah itu.
"Kami memohon (kepada mahkamah untuk) merekodkan penghakiman persetujuan, tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil. Responden bersetuju dengan wang sebanyak RM269,662, dalam akaun semasa Maybank Islamic 5643 0601 3040 di bawah nama responden dilucuthakan oleh kerajaan Malaysia, "kata Yunos.
D.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25310766
Dana 1MDB: Taikun Sarawak mahu selesai saman lucut hak RM11.9 juta
October 4, 2019 7:20 PM
Bustari Yusof (kanan) sebelum ini disifatkan orang kanan Najib Razak. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Sarawak, Bustari Yusof mahu menyelesaikan saman pelucuthakan terhadapnya atas dakwaan menerima RM11.9 juta dana 1MDB.
Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mereka akan memfailkan surat representasi kepada Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menetapkan 1 Nov ini untuk pengurusan kes, sementara menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara sama ada mahu menerima representasi mereka untuk penyelesaian.
Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abd Jumaat memberitahu mahkamah, dia tidak pasti bagaimana kerajaan akan memberi respons terhadap penyelesaian yang dicadangkan Bustari.
“Kami meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan dan memberi masa kepada peguam negara untuk bertindak balas. Dari sana, kita boleh menentukan kemudian sama ada kedua-dua parti akan meneruskan perbicaraan penuh.”
Terdahulu, peguam Bustari memberitahu mahkamah, mereka membantah saman pelucuthakan kerajaan atas alasan pihak pendakwaan menggunakan “cara salah” untuk memulakan prosiding undang-undang.
Mahadi turut memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan respons mereka terhadap penghujahan pihak pembelaan yang mereka menggunakan “cara salah” dalam permohonan pelucuthakan.
Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan ia memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta dana 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun Najib Razak.
Sebelum ini, ada laporan menyifatkan Bustari ialah orang kanan Najib dan kerap bermain golf dengan bekas perdana menteri itu.
E.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25373058
Kenalan rapat Najib pulangkan RM3.68 juta 1MDB kepada k’jaan
News | Diterbitkan Hari ini 4:12 petang | Dikemaskini Hari ini 4:12 petang
Ahli Perniagaan Sarawak, Tan Sri Bustari Yusof, yang digambarkan sebagai kenalan rapat bekas perdana menteri Najib Razak telah memulangkan wang berjumlah RM3,683,117.94 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada prosiding sebutan permohonan melucut hak harta itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah di Kuala Lumpur, hari ini.
Allan berkata pihak SPRM telah menerima cek berjumlah RM3,683,117.94 juta daripada pihak Bustari semalam.
“Sehubungan itu, pendakwa raya selaku pemohon telah menarik balik permohonan lucut hak terhadap Bustari selaku responden.
“Pihak pendakwaan turut diberikan arahan untuk menyahbekukan akaun Bustari,” katanya.
Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili Bustari mengesahkan bahawa cek itu telah diserahkan kepada pihak SPRM semalam.
“Terima kasih kepada pihak pendakwaan kerana telah menarik balik permohonan lucut hak. Mohon permohonan lucut hak itu dibatalkan,” katanya yang turut dibantu oleh peguam Tiara Katrina Fuad.
Hakim Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan lucut hak berkenaan dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana berjaya mencapai penyelesaian.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya baru-baru ini dilaporkan berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
- Bernama
F.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25396618
Wang RM254,112.24 dari akaun Umno Sabah kini hak kerajaan
News | Diterbitkan Hari ini 2:37 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:37 tengahari
Wang RM254,112.24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan Umno Sabah (Umno Sabah) yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta kerajaan Malaysia.
Keseluruhan jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak daripada badan tersebut ialah sebanyak RM1,254,112.24.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan kepada mahkamah bahawa Umno Sabah selaku responden menyatakan persetujuan penyelesaian melalui representasi bertarikh 9 Dis lepas.
“Representasi responden telah diterima pendakwaan dan pihak-pihak bersetuju dengan penyelesaian bahawa wang berjumlah RM254,112.24 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
“Manakala baki wang RM1 juta tersebut dikembalikan kepada pihak responden,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan di Kuala Lumpur, hari ini.
Badan Perhubungan Umno Sabah yang diwakili peguam Harcharanjit Singh mengesahkan perkara tersebut.
“Saya memohon mahkamah merekodkan kehakiman persetujuan tanpa pengakuan salah daripada responden serta wang RM1juta itu dikembalikan kepada pihak kami,” katanya.
Mohamed Zaini kemudian merekodkan penghakiman persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
“Dokumen persetujuan seperti yang tertera dalam draf dokumen persetujuan bertarikh hari ini (18 Dis) adalah direkodkan dengan syarat tambahan tiada pengakuan salah daripada pihak responden,” katanya.
Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
- Bernama
CONTOH yg setuju utk kembalikan duit pada kerajaan tanpa melalui proses dakwaan di Mahkamah
(BAHAGIAN 3)
A. ni menurut LGE
Siapa dalam senarai saman pelucutan hak SPRM?
cek mek... mcm statement jakel... katanya takkan jakel nak tanye semua customer dari mana dtgnya sumber kewangan pembeli... adakah kerajaan dibenarkan untuk mengambil semula wang tersebut walaupun jakel membekalkan dgn suci hati... tn BB, sekarang ni pendakwaan mendakwa dana daripada akaun...
CYBERJAYA 25 Jun - Terdapat banyak lagi individu dan kumpulan termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mendapati wujud senarai nama lain daripada 41 responden seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
“Ada juga melibatkan persatuan-persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang yang terima wang ini.
“Sebab itu saya minta mereka yang terima wang sama ada daripada Yayasan 1MDB atau Kelab Kebajikan sila kembalikan wang ini kepada kepada kerajaan, tidak perlu sehingga keluar senarai dan SPRM beku akaun,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.
Baru-baru ini, SPRM telah berjaya memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1MDB.
Pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi reponden kepada permohonan tersebut.-UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ada-lagi-senarai-terima-wang-1mdb-1.924090
Siapa dalam senarai saman pelucutan hak SPRM?
UMNO lantik peguam, fail afidavit balas 25 Jun 2019 8:40 PM ANNUAR MUSA KUALA LUMPUR - UMNO telah melantik satu pasukan peguam bagi menfailkan afidavit balas di mahkamah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes permohonan perlucutan hak sivil bagi memperoleh semula...