ok ni apa yg dah mantan KP SPRM Latheefa Koya buat
(BAHAGIAN 1)
ok meh kita cerita pasal kaedah kaedah yg digunapakai oleh mantan KP SPRM Latheefa Koya
Kaedah Pertama: saman pelucuthakan sivil
SPRM failkan permohonan di bawah (AMLA-Sekysen 56) untuk dapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.
Kenapa SPRM pilih kaedah ni?
-kerana pendakwaan jenayah akan memakan masa.
"Memandangkan undang-undang jelas dan kita ada cara alternatif untuk mendapatkan semula wang, kita memilih cara yang paling pragmatik.
"Akan ada kes yang melibatkan lebih daripada menerima wang saja dan mereka sebahagian daripada seluruh jaringan pemindahan dan pengubahan (wang) - untuk itu kita akan ambil langkah sewajarnya.
akta ini (AMLA-Sekysen 56) membenarkan kami untuk melakukan pelucutan hak dan pengambilan semula dana tersebut tanpa perlu melakukan dakwaan kepada individu yang menerima dana tersebut, dan ini apa yang kita sedang lakukan".
"Ini cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut daripada responden tanpa perlu mendakwa mereka kerana proses pendakwaan akan mengambil masa yang lama.
>>>>
Immediate and effective. Nak dakwa ikut jalan jenayah, akan ambil masa dan efeknya tidak serta merta.
Money is indeed the mother's milk of politics
SELINGAN
Mukhriz: Saya tak tahu Umno Kedah dapat dana 1MDB
Diterbitkan Hari ini 8:28 malam | Dikemaskini Hari ini 8:28 malam
Jawapan Mukhriz sama seperti Najib, kata ketua pemuda Umno Kedah
Diterbitkan Hari ini 9:44 pagi | Dikemaskini Hari ini 9:44 pagi
Kaedah Kedua:
SPRM kompaun 80 penerima 1MDB untuk dapat semula RM430j
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25313119
Khairul Azri
44 min
Kalau pada Jun lalu SPRM umumkan melucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hari ini, 7 Oktober, SPRM umumkan akan mengeluarkan notis kompaun pula dibawah Seksyen 92 menggunakan akta yang sama iaitu Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 80 responden yang didapati terlibat dengan pengaliran wang dari akaun Ambank tersebut yang juga terdiri daripada 41 responden sebelum ini.
Kadar kompaun yang akan dikeluarkan adalah berkadaran kepada 1x hingga 2.5x daripada jumlah wang yang telah diterima. Terendah RM500,000, tertinggi RM25 juta bagi individu, tertinggi bagi entiti adalah RM134 juta.
80 responden yang terdiri daripada entiti dan individu diberikan masa selama 2 minggu untuk menyelesaikan notis kompaun tersebut sebelum diambil tindakan oleh pihak SPRM.
Dijangkakan SPRM mampu mengutip sebanyak RM420 juta daripada notis kompaun yang dikeluarkan pada hari ini.
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25313230
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang mengalir keluar daripada 1MDB.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah notis kompaun bernilai RM430 juta itu perlu dijelaskan oleh mereka dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Jelasnya, tindakan itu disiasat mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).
Sekiranya gagal membayar kompaun itu, pihak terbabit akan dihadapkan ke mahkamah, katanya.
“Semua wang yang terlibat ini adalah milik rakyat dan SPRM akan menuntut semula sebanyak yang mungkin.
“Wang yang terlibat keluar ini melibatkan transaksi melalui bayaran cek,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.
(BAHAGIAN 2)
saman pelucuthakan sivil bawah AMLA-Sekysen 56
kerajaan Malaysia (yg menuntut) vs AAAA (responden)
Caranya
1.
pihak SPRM percaya dan boleh tunjukkan ada kegiatan menyalahi undang undang
dan pihak yg menerima wang i.e responden) takde buat sebarang langkah utk kenal pasti puncanya
jadi pihak SPRM akan failkan permohonan saman pelucuthakan sivil di Mahkamah
"Jika anda secara tiba-tiba menerima RM100,000, RM200,000 atau RM500 juta, anda tidak boleh membela diri dengan berkata terkejut; dan tidak mengambil langkah untuk mengesahkan (sumber wang itu).
"Alasan seperti itu tidak terpakai di bawah Amla,"
2.SPRM akan serve permohonan tu pada responden responden
3.mana mana responden yg tergolong dlm keadaan diatas terima permohonan dari SPRM dan mempunyai bebrapa options
A-boleh contact SPRM sebab bersetuju utk kembalikan wang yg diterima tu kepada kerajaan tanpa menunggu proses perbicaraan
dua dua pihak akan discuss term dan condition yg mana membawa kepada perjanjian penyelesaian
Beberapa responden sedia kembali dana
Sementara itu, Latheefa turut mendedahkan bahawa ada beberapa responden yang telah menyatakan persetujuan untuk memulangkan semula wang kepada kerajaan tanpa menunggu proses perbicaraan.
“Bagi yang setuju untuk pulang wang, kita boleh rekodkan satu penghakiman persetujuan.
“Kalau peguam mereka menasihatkan bagi sahaja duit itu dan mereka sedia untuk menyerahkan semula duit itu, kami akan rekodkan penghakiman persetujuan di hadapan mahkamah nanti,” katanya.
B.responden failkan Afidavit kat Mahkamah dan mengemukakan bukti kukuh untuk menyangkal penglibatan mereka dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan itu.
“Sesiapa yang ada bukti untuk menunjukkan cerita sebaliknya macam mana duit itu datang... dipersilakan untuk masukkan afidavit dan kita jawab di mahkamah.
Jadi yg 'B' ni kira lawan kes
C. bagi responden yg lambat notify SPRM atau lambat masukkan Afidavit, maka SPRM terlebih dulu apply dekat Mahkamah utk bekukan akaun tu.
jadi akaun tu dah dibekukan, dan jika kat Mahkamah, responden ni setuju utk lucuthak duit dlm akaun tu, jadi SPRM akan ambik duit tu dan pohon mahkamah utk dis'beku'kan akaun tu
Penerima dana 1MDB boleh selesai saman tanpa ke mahkamah, kata peguam
June 24, 2019 10:30 AM
ok, jadi dlm kes Riza ni dia pilih cara penyelesaian item 3 (A)
dia didakwa kat Mahkamah
dan sejak masuk Mahkamah, dia tak henti henti proposed penyelesaian pada kerajaan Malaysia melalui representasi yg mana dia mahu kembalikan duit kepada kerajaan
dan tak salah klu kerajaan malaysia mahu terima representasi dia utk penyelesaian
https://carigold.com/forum/threads/siapa-dalam-senarai-saman-pelucutan-hak-sprm.696962/post-25182574
Penerima dana 1MDB boleh selesai saman tanpa ke mahkamah, kata peguam
June 24, 2019 10:30 AM
Minggu lepas SPRM memfailkan saman pelucutanhak terhadap 41 individu dan entiti kerana didakwa menerima dana 1MDB daripada bekas perdana menteri Najib Razak.
PETALING JAYA: 41 individu dan entiti, termasuk Umno, yang berdepan saman bagi mendapatkan semula wang berjumlah RM270 juta, boleh merundingkan penyelesaian luar mahkamah dengan kerajaan, kata seorang peguam.
SN Nair berkata, mereka perlu membayar sejumlah wang yang dipersetujui yang didakwa diambil daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi mengelakkan perbicaraan yang berpanjangan.
“Mereka kini lumpuh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun masing-masing. Rundingan sukarela lebih baik kerana ia juga menjimatkan kos guaman dan masa mahkamah,” katanya.
Nair berkata demikian sebagai respons terhadap langkah SPRM memfailkan saman pelucutanhak minggu lepas ke atas 41 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang didakwa dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri Najib Razak.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, saman sivil itu dibuat di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
S N Nair
Beliau berkata, penerima terbesar dana tersebut merupakan Umno negeri dan bahagian berjumlah RM212 juta.
Nair berkata, berdasarkan laporan media, sesetengah penerima dana tersebut menyatakan kesediaan mereka bekerjasama dengan SPRM dan mencari penyelesaian terbaik.
“Itu petanda baik bahawa defendan bersikap pragmatik dalam menamatkan masalah mereka secara menang-menang,” katanya kepada FMT.
Peguam A Srimurugan berkata, 41 defendan terbabit harus bersedia menyelesaikan masalah mereka kerana beban di pihak kerajaan untuk membuktikan pengubahan wang dalam kes sivil adalah lebih rendah berbanding pendakwaan jenayah.
A Srimurugan.
Peguam A Srimurugan berkata, 41 defendan terbabit harus bersedia menyelesaikan masalah mereka kerana beban di pihak kerajaan untuk membuktikan pengubahan wang dalam kes sivil adalah lebih rendah berbanding pendakwaan jenayah.
A Srimurugan.
“Dalam kes sivil, kerajaan hanya perlu membuktikan kesnya berdasarkan imbangan kebarangkalian, berbanding ujian melampaui keraguan munasabah dalam kes jenayah,” katanya.
Srimurugan berkata, peguam negara tidak terhalang untuk memfailkan pertuduhan pengubahan wang ke atas mana-mana pihak yang menerima wang yang digubah daripada Najib.
“Berbeza kes sivil, tidak ada had masa ditetapkan ke atas pemfailan pertuduhan kerana pengubahan wang,” tambah beliau.
Katanya, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Amla dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan didenda 5 kali ganda jumlah terlibat atau RM5 juta.
Dalam pada itu, peguam R Kengadharan berkata, kerajaan beruntung sekiranya penyelesaian berjaya dicapai, termasuk jika defendan bersedia mengembalikan wang terbabit dalam bentuk tunai.
“Proses mendapatkan semula wang itu rumit walaupun jika mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan.
“Masalah berikutnya ialah penguatkuasaan keputusan mahkamah kerana ia mungkin melibatkan pemfailan prosiding kebankrapan ke atas individu, menjejak pesaka orang yang telah meninggal dunia yang menerima dana tersebut atau mencairkan harta tidak boleh alih,” katanya.
https://www.freemalaysiatoday.com/c...-selesai-saman-tanpa-ke-mahkamah-kata-peguam/
-SAMBUNG KE POST SETERUSNYA UTK BAHAGIAN 3 DAN 4-