BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Najib Razak

Antara filem-filem keluaran syarikat Red Granite milik Riza Aziz.

Wolf of Wall Street (2013)
- Kos (bajet): US$100 juta (RM430 juta)
- Penjualan tiket: US$392 juta (RM1.7 bilion)
- Bukan Projek ataupun konsesi Kerajaan
https://en.wikipedia.org/wiki/The_Wolf_of_Wall_Street_(2013_film)

Dumb and Dumber To (2014)
- Kos (bajet): US$50 juta (RM215 juta)
- Penjualan tiket: US$169.8 juta (RM730 juta)
- Bukan Projek ataupun konsesi Kerajaan
https://en.wikipedia.org/wiki/Dumb_and_Dumber_To

Daddy's Home (2015)
- Kos (bajet): US$69 juta (RM297 juta)
- Penjualan tiket: US$242.8 juta (RM1.04 bilion)
- Bukan Projek ataupun konsesi Kerajaan
https://en.wikipedia.org/wiki/Daddy%27s_Home_(film)

Jumlah kutipan 3 filem (tidak termasuk penjualan DVD dan royalti penyiaran TV): RM3.47 bilion.
Satu pun bukan hasil pendapatan dari kontrak ataupun konsesi kerajaan Malaysia.
Semua adalah hasil dari perdagangan yang bersaing di peringkat antarabangsa.

1589474765093.png
 
Najib Razak

Perjanjian untuk gugurkan kes Riza Aziz memang bermula dengan izin Tommy Thomas sebelum kerajaan PH tumbang.

Lepas itu, Tommy nafi.

Tapi SPRM kata ini tadi:

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengulas penafian Thomas yang beliau bersetuju dengan penyelesaian kes Riza dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pengubahan wang.

“Ini adalah kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa saja keputusan dibuat timbalan pendakwa raya. Kami hanya maklumkan kepada masyarakat umum mengenai apa yang berlaku saja. Itu saja.
“Itu yang dimaklumkan kepada saya. Itu ceritanya, kalau tidak, takkan kenyataan itu jadi seperti itu.

“Tidak mengapalah, kalau bekas peguam negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya okey dan kami teguh dengan kenyataan kami,” katanya kepada FMT.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/14/bos-sprm-pertahan-kenyataan-berkait-penyelesaian-bagi-riza-selepas-tommy-thomas-nafi/
---
Kalau Tommy nak nafi lagi, sila tengok tarikh laporan asal BERNAMA yang disiarkan The Star masa itu:
"31 Jan 2020: Outcome of Riza Aziz's representation to AGC to be known on Feb 25"
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/31/outcome-of-riza-aziz039s-representation-to-agc-to-be-known-on-feb-25

Masa 31 Jan 2020, siapa kerajaan? AG adalah siapa?

AGC sendiri yang nak selesaikan walaupun perbicaraan mahkamah tak pernah bermula sejak didakwa hampir setahun dahulu.
Penjelasan tentang kes Riza termasuk aset-aset penyelesaian: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156186853620952
Posting hari ini tentang kes Riza termasuk apa yang terbongkar dalam rakaman audio SPRM: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157034616810952




1589474502259.png

xbley buat kes laa tu..

riza pulak jenis nak setel je biarpun dengan kos..
 
Silap2 kes najib pn sama, pulang balik lepas kes...unton laa golongan kayangan, rakyat marhaen juga mnderita.. :unsure:
 
Ada hikmat juga dari pendedahan rakaman rakaman audio Latheefa Koya.

pendakwa raya Gopal Sri Ram lantikan Tommy Thomas mengumumkan bahawa mereka bersetuju menggugurkan segala caj-caj jenayah terhadap anak tiri saya Riza Aziz dengan cara perjanjian penyelesaian.
Kes ini tidak pernah dibicara dalam mahkamah sejak Riza didakwa hampir setahun dahulu,

Langkah untuk menggugurkan dan menyelesaikan kes ini sebenarnya berlaku dalam zaman PH:
"31 Jan 2020: Outcome of Riza Aziz's representation to AGC to be known on Feb 25"
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/31/outcome-of-riza-aziz039s-representation-to-agc-to-be-known-on-feb-25

Semua sumber dana, transaksi, akaun bank, perniagaan, pelaburan, saksi dan pemulangan wang berlaku di luar negara. Riza pun tidak ada apa-apa jawatan di Malaysia dan jarang berada di negara ini juga masa itu.

Lagipun, DOJ Amerika Syarikat tidak pernah mendakwa Riza atas caj jenayah. Cuma saman sivil yang telahpun diselesaikan pada tahun lepas.
Apabila Latheefa Koya mendedahkan rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi, terdedah juga bukti-bukti kita tidak bersalah.
"9 Jan 2020: Transkrip penuh panggilan Najib lepas DOJ fail saman 2016"
https://www.malaysiakini.com/news/506487

Ini apa yang disebut dalam rakaman:

1. Kerabat raja Sheikh Mansour yang merupakan antara orang terkaya dalam dunia dan pemilik kelab Manchester City dan juga pengerusi IPIC masa itu yang menawarkan untuk melabur dalam projek-projek filem anak tiri saya.

2. Riza (dan saya) tidak pernah tahu dana tersebut ada kaitan dengan 1MDB dan dana itu juga telah disahkan oleh bank-bank Amerika Syarikat.

3. Riza telah pun membayar balik sebahagian dari pelaburan tersebut dan ingin terus membayar balik.

4 Putera Mahkota Abu Dhabi tidak menafikan perkara ini.

Dan kenapa pula DOJ Amerika Syarikat mengenakan tindakan ke atas Riza Aziz dan kenapa Riza perlu membayar AS$60 juta (RM234 juta) kepada DOJ jika tidak bersalah?
Sebenarnya, DOJ tidak saman Riza tetapi telah saman syarikat filemnya Red Granite.

Red Granite bayar ‘penyelesaian’ RM230 juta, gaji terhad untuk anak tiri Najib
https://www.malaysiakini.com/news/414715

Riza tidak pernah didakwa kes jenayah oleh DOJ.

Apa yang berlaku ialah sebahagian wang dilabur oleh syarikat Aabar dan Sheikh Mansour dalam Red Granite didapati ada kaitan dengan wang 1MDB yang telah dibayar kepada Aabar.
Oleh kerana filem-filem terbitan mereka amat berjaya, maka syarikat itu memperolehi keuntungan.

(Ya, ada elemen lucah sebentar dalam satu dari filem-filem terbitan syarikat itu tapi keuntungan diperolehi adalah dari seluruh dunia dan bukan melalui projek-projek kerajaan Malaysia)
Di bawah undang-undang Amerika syarikat, keuntungan yang diperolehi dari sumber dana yang dikatakan haram adalah juga haram.
Sebab itu, syarikat Red Granite disuruh untuk membayar denda kepada DOJ.

Namun tiada dakwaan jenayah yang dikenakan ke atas syarikat Red Granite atau Riza.

Malah syarikat Red Granite tetap milik Riza dan hakmilik filem-filem terbitan mereka yang menjanakan pulangan royalti jangka masa panjang mereka tetap milik Red Granite dan tidak dilucut hak oleh DOJ.
Syarikat Red Granite pula memajak hakmilik filem-filem yang masih menerima pulangan tahunan jangka masa panjang kepada syarikat Brevet Capital di Amerika Syarikat untuk membiayai bayaran A$60 juta itu kepada DOJ.

https://www.malaysiakini.com/news/444549

1589475701602.png
 
Samun bilion, pulang 400 juta lebih, untongla dpt promo code mcm anak wak jahid. Rakyat marhaen juga masuk penjara :unsure:

Ok zahid, giliran kamu lepas ni ye..hrp bersabar..
 
Isu kompaun di bawah AMLA saya pernah cerita dahulu dan saya tak nak ulang. Sila baca post saya: .

Lazminya kesalahan yang boleh dikompaunkan, akan dikompaunkan sebelum kes masuk Mahkamah. Kes Riza Aziz ini pelik, Kompaun dikeluarkan selepas perbicaraan dah bermula. Dan Mahkamah pun bagi discharge not amounting to acquittal (DNAA). (https://www.thestar.com.my/news/nat...iz-given-discharge-not-amounting-to-acquittal). Ertinya dia boleh didakwa semula atas arahan Peguam Negara. Namun seksyen 92(4) AMLA:

'Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.'

Ertinya, jika Riza membayar kompaun yang dikenakan, beliau tidak boleh didakwa. So, macam mana Mahkamah akan mengubah perintah DNAA kepada perintan lepas dan bebas (yakni tak boleh didakwa semula) selepas kompaun dibayar? Sebab selepas membuat perintah DNAA, Mahkamah menjadi functus officio, ertinya tidak berupaya membuat apa-apa perintah lanjutan. Untuk mengubah perintah DNAA kepada perintah lepas dan bebas, Peguam Negara kena dakwa semula Riza dan tarik balik kes itu sekali lagi, dan hanya ketika itu Mahkamah berpeluang untuk membuat perintah lepas dan bebas. Tapi seksyen 92(4) AMLA melarang Peguam Negara mendakwa mana-mana orang yang telah membayar kompaun. So, how? Sebab itu saya kata, kompaun kena keluar dulu baru masuk Mahkamah.

Apa-apa pun, sekiranya kompaun dibayar oleh Riza, beliau tidak boleh didakwa lagi (walaupun perintah DNAA kekal). Mungkin ramai yang tak puas hati. Mereka akan menuduh Rosmah, Najib dan PAS mencampuri urusan pendakwaan. Saya nak share dua fakta di sini:

1. DPP yang mengendalikan kes Riza dan yang telah memohon agar Riza diberikan DNAA ialah tak lain tak bukan, Gopal Sri Ram. So, Gopal ni muncikari kerajaan PN kah?

2. Menurut MACC, keputusan untuk menarik-balik pendakwaan dan mengeluarkan kompaun kepada Riza dibuat oleh tak lain tak bukan Thomas Thomas @ Mohan a/l K Thomas sendiri (https://www.malaysiakini.com/news/525708). Sekarang Mohan kata dia tak buat, podah. Saya percaya MACC. So, Mohan ni muncikari kerajaan PN kah?

P.S. Riza at least ada juga bagi balik wang. Sama ada beliau menerima wang halal atau haram dah tak relevan. Kadang-kadang kita tak potong Q tapi polis bagi juga saman. Nak buat apa, bayar ja lah. Lawan kes, yuran peguam lagi mahal. Tak guarantee menang pun. Kira win-win situation lah. Tapi Lim Guan Eng pula bagi apa? Tak ada kompaun, terus dapat perintah lepas dan bebas. Anyway, kes Muhsin Latheef II lawan Lim Guan Eng akan dibicarakan dalam Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos 2020.

​
 
Silap2 kes najib pn sama, pulang balik lepas kes...unton laa golongan kayangan, rakyat marhaen juga mnderita.. :unsure:

kurang menarik la kalau sama dgn riza... makin teruk meroyan pentaksub2 nanti.. lebih menarik mcm kes lge, digugurkan terus tanpa dibicarakan.. tak pyh nk pulangkn apa2.. baru terbaik!
 
kurang menarik la kalau sama dgn riza... makin teruk meroyan pentaksub2 nanti.. lebih menarik mcm kes lge, digugurkan terus tanpa dibicarakan.. tak pyh nk pulangkn apa2.. baru terbaik!
Ada yg koyak lg dgn lge hahaha. Bukala balik kes kn dh ada kuasa.. :D
 
Back
Top
Log in Register