BTC USD 84,005.0 Gold USD 4,276.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pelepasan Riza ialah pelepasan bersyarat di mana pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa beliau semula jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

“Hasil keputusan ini, kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang terlibat daripada kesalahan berkenaan, iaitu dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Dalam persetujuan ini juga, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang mana ini adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.”

Katanya, persetujuan itu dipertimbangkan dan dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas.


 
1589472784993.png


Laporan: Tommy Thomas nafi setuju terima tawaran Riza Aziz
Diterbitkan 14 May 2020, 10:12 pm

Dikemaskini 14 May 2020, 10:14 pm



Bekas peguam negara, Tommy Thomas, dilapor mempertikaikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengaitkan beliau dengan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan anak tiri Najib Razak, Riza Shahriz Aziz, daripada tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut laporan portal The Malaysian Insight, Thomas berkata, beliau memang tahu peguam bela penerbit filem itu membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan ke atas Riza.

Kata Thomas, hal itu dimaklumkan pegawai khasnya, Rahayu Mamuzaini, dan selepas menelitinya dokumen berkenaan diserahkan kepada peguam Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes berkenaan.

Sri Ram dilaporkan diberitahu agar menyemak representasi dibuat peguam Riza, dan setakat pengetahuan pihak pendakwaan tiada apa-apa berlaku selepas itu.


"Saya bersara dua setengah bulan lalu dan setakat itu, tiada sebarang perjanjian untuk menggugurkan pertuduhan ke atas Riza.

"Justeru, ia tidak benar sama sekali dan merupakan suatu pemalsuan untuk mengatakan saya bersetuju dengan keputusan itu.

“Saya amat kecewa apabila SPRM terpaksa membuat kenyataan palsu ini," katanya dipetik portal berkenaan.

Petang tadi SPRM mendakwa kerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta) hasil persetujuan dicapai di antara pihak pendakwaan dan Riza.

Dalam kenyataan dikeluarkan agensi antirasuah itu permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Riza itu dibuat pada 5 Julai 2019.

Kata SPRM ia merupakan pelepasan bersyarat, iaitu pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

"Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas," kata SPRM.

Untuk rekod Thomas meletakkan jawatannya pada 28 Feb selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton yang dibuat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, serta Azmin Ali - yang menjadi timbalan presiden PKR ketika itu.

Mengikut kotrak lantikan, Thomas sepatutnya berkhidmat sebagai peguam negara sehingga Jun tahun ini.


 
Bos SPRM pertahan kenyataan berkait penyelesaian bagi Riza selepas Tommy Thomas nafi




May 14, 2020 10:05 PM


Tommy-Thomas-Azam-Baki-1-140520-FMT.jpg

Tommy Thomas (kiri) menafikan beliau bersetuju dengan penyelesaian untuk mendapatkan semula wang berjuta-juta daripada Riza Aziz, tetapi Azam Baki berkata, ia adalah keputusan pendakwa raya terbabit dalam kes itu.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertahankan penyelesaian terhadap penerbit Hollywood, Riza Aziz, adalah betul seperti dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas kerana ia merupakan keputusan pasukan pendakwaan kes itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengulas penafian Thomas yang beliau bersetuju dengan penyelesaian kes Riza dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pengubahan wang.

“Ini adalah kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa saja keputusan dibuat timbalan pendakwa raya. Kami hanya maklumkan kepada masyarakat umum mengenai apa yang berlaku saja. Itu saja.
“Itu yang dimaklumkan kepada saya. Itu ceritanya, kalau tidak, takkan kenyataan itu jadi seperti itu.



“Tidak mengapalah, kalau bekas peguam negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya okey dan kami teguh dengan kenyataan kami,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, SPRM memaklumkan Putrajaya akan mendapatkan kembali aset dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta (RM465.3 juta) selepas Riza dilepas tanpa dibebaskan.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pelepasan Riza bersyarat, di mana pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa beliau semula jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

Katanya, persetujuan itu sudah dipertimbangkan dan dipersetujui Thomas.

Thomas dilaporkan berkata, beliau tahu mengenai representasi bertulis daripada peguam Riza yang diserahkan kepada Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram.

Tetapi, katanya, tiada persetujuan untuk menggugurkan pertuduhan itu sebelum beliau meletak jawatan sebagai peguam negara, oleh itu ia adalah tidak benar dan rekaan semata-mata untuk mengatakan beliau memberikan persetujuannya.

Riza yang juga anak Rosman Mansor daripada perkahwinan terdahulu, berdepan 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Sri Ram memberitahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Beliau dihadapkan ke mahkamah pada Julai 2019 atas dakwaan menerima dana daripada Good Star Ltd dan Aabar Investments PJS Ltd yang dikatakan ada kaitan dengan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho.

 
Curi berbilion dilepaskan dgn syarat pulang balik tapi klu curi milo kat mini market masuk penjara.
Hmmmmm...sedangkn curi milo tu sbb tin dia nk buat kutip derma fisabilillah..guano tu.. ;)
 
Curi berbilion dilepaskan dgn syarat pulang balik tapi klu curi milo kat mini market masuk penjara.
Hmmmmm...sedangkn curi milo tu sbb tin dia nk buat kutip derma fisabilillah..guano tu.. ;)


tn kai, dlm isu Riza Aziz ni, yg buat keputusan pelepasan bersyarat Riza ni (di mana pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa beliau semula jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai) adalah dipertimbangkan dan dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas. ni menurut bos SPRM

Katanya, persetujuan itu dipertimbangkan dan dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas.

dan menurut Tommy Thomas, selepas meneliti representasi Riza, dokumen berkenaan diserahkan kepada peguam Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes berkenaan.

Sri Ram dilaporkan diberitahu agar menyemak representasi dibuat peguam Riza, dan setakat pengetahuan pihak pendakwaan tiada apa-apa berlaku selepas itu.

Walaupun Tommy Thomas menafikan yg dia buat keputusan pelepasan bersyarat tu, namun yg nyata adalah mmg Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram yg in-charge segala urusan kes Riza Aziz
 
1589473773431.png


SPRM bertegas Tommy Thomas terlibat terima tawaran Riza
Diterbitkan 14 May 2020, 11:32 pm

Dikemaskini 14 May 2020, 11:32 pm



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas bahawa keputusan terhadap penyelesaikan kes mahkamah membabitkan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, mendapat persetujuan Tommy Thomas yang ketika itu berkhidmat sebagai peguam negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata ia merupakan keputusan pasukan pendakwaan yan diketuai Thomas.

“Ini adalah kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa saja keputusan dibuat timbalan pendakwa raya.

"Kami hanya maklumkan kepada masyarakat umum mengenai apa yang berlaku saja. Itu saja," katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Terdahulu SPRM menjelaskan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan Riza dibuat dengan persetujuan Thomas.

Ia juga menyaksikan kerajaan akan menerima kembali aset bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta) dari luar negara. Aset berkenaan didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB.

Menurut agensi antirasuah itu permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Riza itu dibuat pada 5 Julai 2019.

7de7342a3bc833e482035e8ce9b44cb5.jpg

Riza Aziz

Kata SPRM ia merupakan pelepasan bersyarat, iaitu pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

"Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas," katanya.

Malam ini Thomas pula dipetik sebagai berkata, kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana beliau tidak ada memberikan arahan mengenai representasi dikemukakan peguam bela Riza.

Azam berkata pihaknya tetap mempertahankan kenyataan yang dibuat petang tadi.

“Tidak mengapalah kalau bekas peguam negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya OK dan kami teguh dengan kenyataan kami,” katanya.


 
tn kai, dlm isu Riza Aziz ni, yg buat keputusan pelepasan bersyarat Riza ni (di mana pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa beliau semula jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai) adalah dipertimbangkan dan dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas. ni menurut bos SPRM

Katanya, persetujuan itu dipertimbangkan dan dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas.

dan menurut Tommy Thomas, selepas meneliti representasi Riza, dokumen berkenaan diserahkan kepada peguam Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes berkenaan.

Sri Ram dilaporkan diberitahu agar menyemak representasi dibuat peguam Riza, dan setakat pengetahuan pihak pendakwaan tiada apa-apa berlaku selepas itu.

Walaupun Tommy Thomas menafikan yg dia buat keputusan pelepasan bersyarat tu, namun yg nyata adalah mmg Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram yg in-charge segala urusan kes Riza Aziz
Bkn ke Tommy dh nafi cmm..
 
Kenape Tommy ni baik sgt, ada kawtim dgn Rosmah ke...tolong siasat plss..
 
Bkn ke Tommy dh nafi cmm..

Bos SPRM tetap dengan pendirian dia dan statement dia yg Tommy Thomas adalah yg membuat keputusan berkenaan pelepasan bersyarat ni

tn kai, dlm hal yg menentukan segala isu Riza, pendakwaan dia dan segala mcm keputusan dlm mahkamah adalah dibuat oleh AG, dan bos SPRM kata itulah yg diberitahu kepadanya
Tommy Thomas kata, representasi dan segala keputusan pasal Riza Aziz dah diserahkan pada Gopal Sri Ram


tn kai, SPRM takde kuasa apabila kes dah sampai peringkat pendakwaan. semua benda tertakluk pada AG
dan bekas AG Tommy Thomas dah handle kes ni lama dah, representasi Riza Aziz ada jugak Tommy Thomas handle masa Tommy Thomas jadi AG, masa tu Jan 2020
sebelum dia berenti akhir Feb 2020 tu, dia pass kes ni pada Gopal Sri Ram. sudah tentulah Tommy Thomas ada letak pendapat dia mengenai representasi Riza Aziz pada pendakwaan sebelum dia berenti tu
 
Najib Razak

Perjanjian untuk gugurkan kes Riza Aziz memang bermula dengan izin Tommy Thomas sebelum kerajaan PH tumbang.

Lepas itu, Tommy nafi.

Tapi SPRM kata ini tadi:

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengulas penafian Thomas yang beliau bersetuju dengan penyelesaian kes Riza dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pengubahan wang.

“Ini adalah kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa saja keputusan dibuat timbalan pendakwa raya. Kami hanya maklumkan kepada masyarakat umum mengenai apa yang berlaku saja. Itu saja.
“Itu yang dimaklumkan kepada saya. Itu ceritanya, kalau tidak, takkan kenyataan itu jadi seperti itu.

“Tidak mengapalah, kalau bekas peguam negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya okey dan kami teguh dengan kenyataan kami,” katanya kepada FMT.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/14/bos-sprm-pertahan-kenyataan-berkait-penyelesaian-bagi-riza-selepas-tommy-thomas-nafi/
---
Kalau Tommy nak nafi lagi, sila tengok tarikh laporan asal BERNAMA yang disiarkan The Star masa itu:
"31 Jan 2020: Outcome of Riza Aziz's representation to AGC to be known on Feb 25"
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/31/outcome-of-riza-aziz039s-representation-to-agc-to-be-known-on-feb-25

Masa 31 Jan 2020, siapa kerajaan? AG adalah siapa?

AGC sendiri yang nak selesaikan walaupun perbicaraan mahkamah tak pernah bermula sejak didakwa hampir setahun dahulu.
Penjelasan tentang kes Riza termasuk aset-aset penyelesaian: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156186853620952
Posting hari ini tentang kes Riza termasuk apa yang terbongkar dalam rakaman audio SPRM: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157034616810952




1589474502259.png
 
Back
Top
Log in Register