hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,740
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,740
- Reaction score
- 1,682
- Points
- 201
Influencer ditembak mati empat hari selepas dibebaskan
BRAZIL - Seorang influencer, Evelyn Lima Dantas, 46 tahun ditembak mati di sebuah rumah di kawasan São Francisco, di sini, awal pagi Rabu, hanya empat hari selepas dibebaskan secara sementara.
Menurut laporan media tempatan, suspek menahan mangsa sebelum menyeretnya keluar ke kaki lima di hadapan rumah.
Mangsa kemudian ditembak beberapa kali sebelum suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta.
Polis menemui mangsa di hadapan kediaman berkenaan selepas menerima laporan mengenai bunyi beberapa das tembakan.
Sebelum melarikan diri, suspek turut menconteng tulisan “TCP”, yang merujuk kepada kumpulan jenayah terancang Terceiro Comando Puro pada bahagian hadapan rumah.
Evelyn sebelum ini ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kematian sarjan simpanan Polis Tentera, Antônio Anildo Alves yang dibunuh pada 29 Julai lalu di bandar sama.
Dia ditahan pada 30 Julai dan disiasat atas dakwaan membantu dari aspek logistik dalam kes berkenaan.
Namun, Evelyn dibebaskan secara sementara pada 12 September selepas keputusan mahkamah, dengan beberapa syarat termasuk pemantauan elektronik.
Dia hanya sempat menikmati kebebasan selama kira-kira empat hari sebelum ditemui mati ditembak.
Polis Awam kini menyiasat motif pembunuhan serta identiti dua lelaki yang menyerang mangsa.
Antara kemungkinan yang sedang diteliti ialah sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan kes kematian sarjan Alves atau konflik membabitkan kumpulan jenayah.