BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

rasanya bukan bayar amount yg sama kot.. maybe yg US tu bayar denda / cukai kot yg malaysia yg kene bayar amount yg di ambil

tn GamezStar, yg kes US tu, sama mcm yg kat Malaysia jugak rasanya, amaun money laundering 1mdb. sebab once US dapat duit tu dari Riza, US akan kembalikan pada Malaysia
aah ye, amaun yg kes US adalah berbeza dari kes yg kat malaysia

klu denda, US pegang amaun denda tu, tu milik US, masuk poket US.
tapi klu amaun money laundering 1mdb, US kutip semua amaun tu dan pulangkan pada malaysia
 
FB_IMG_1589434719680.jpg

FB_IMG_1589434722184.jpg

Siapa Riza Aziz?

- BH: Anak tiri Najib

- FMT: Hollywood Producer

Itu kebebasan media.

Tapi jangan lupa, siapa DPP dalam kes ini. Tak lain tak bukan, Gopal Sri Ram. Jangan pula tuduh dia baruah Najib.

P.S. Kalau Mahkamah dah bagi perintah lepas tak bebas (DNAA), bagaimana esok nanti Mahkamah nak bagi perintah lepas dan bebas pula? Sebab Mahkamah dah functus officio (dalam bahasa kasar, mati pucuk) selepas buat perintah pertama itu. Melainkan jika Riza dituduh semula dan DPP kemudian akan menarik-balik pendakwaan sekali lagi, dan hanya pada ketika itu Mahkamah boleh buat perintah kedua itu. Jangan nanti kutuk Najib dan PAS pula. Saja nak bagi tau awal-awal.

 
tn pemain, kiranya Riza Aziz ni didakwa buat jenayah money laundering. klu ikut caranya, duit jenayah money laundering kena dipulangkan pada kerajaan malaysia, klu tak dipulangkan maka jenayah tu is still there

jadi apabila duit penggubahan haram yg menjadi isu pertuduhan semuanya berjaya dikembalikan pada kerajaan malaysia, maka dia boleh la dilepaskan dan dibebaskan. sebab jenayah tu dah takde
namun jika duit penggubahan haram tu gagal dikembalikan semuanya pada kerajaan Malaysia, jadi dia mmg kena didakwa kat Mahkamah

mengambil kira situasi kes yg sama serta bukti kes yg sama, dari perspektif undang2 jika pertuduhan tersebut dikenakan keatas org lain, adakah cmm rasa keputusan hakim juga akan sama seperti yg dikenakan terhadap riza?
 
mengambil kira situasi kes yg sama serta bukti kes yg sama, dari perspektif undang2 jika pertuduhan tersebut dikenakan keatas org lain, adakah cmm rasa keputusan hakim juga akan sama seperti yg dikenakan terhadap riza?

ye tn zari, saya yakin keputusan hakim akan sama :)
 
1589454523150.png


Malaysia bakal terima RM465j hasil persetujuan lepas tanpa bebas Riza
Diterbitkan Hari ini 6:55 pm

Dikemaskini Hari ini 6:55 pm



Kerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta) hasil persetujuan dicapai di antara pihak pendakwaan dan Riza Shahriz Aziz berhubung pertuduhan ke atas anak Rosmah Mansor itu.

Riza sebelum ini menghadapi lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) membabitkan dana 1MDB. Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pagi tadi penerbit filem dan pengerusi Red Granite Pictures itu dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah. Syarikat berkenaan dikenali ramai selepas menghasilkan filem The Wolf of Wall Street dan mendapat sentuhan pengarah terkenal, Martin Scorsese.

ia menampilkan sejumlah pelakon kategori A Hollywood termasuk Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan Matthew McConaughey. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah menggelar The Wolf of Wall Street sebagai filem lucah.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Riza itu dibuat pada 5 Julai 2019.

"SPRM dimaklumkan ia merupakan pelepasan bersyarat, iaitu pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai," katanya.

Baca Dr M: The Wolf of Wall Street 'filem lucah' anak tiri Najib

Dalam persetujuan itu juga, kata SPRM, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan seperti dibenarkan Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.


Kata agensi antirasuah tersebut, kompaun yang dikenakan adalah bersifat punitif (menghukum) sebagai alternatif kepada pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.

"Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas," kata SPRM lagi.

Sementara itu Thomas yang dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut mengenai penyelesaian berkenaan.


 
Putrajaya akan dapatkan semula aset RM465.3 juta daripada Riza Aziz
FMT Reporters
-
May 14, 2020 7:05 PM

Riza-Aziz-Court-050719-7.jpg

Riza Aziz.

PETALING JAYA: Putrajaya dijangka mendapatkan kembali aset dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta (RM465.3 juta) selepas penerbit Hollywood, Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pelepasan Riza ialah pelepasan bersyarat di mana pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa beliau semula jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

“Hasil keputusan ini, kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang terlibat daripada kesalahan berkenaan, iaitu dianggarkan berjumlah AS$107.3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Dalam persetujuan ini juga, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang mana ini adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.”



Katanya, persetujuan itu dipertimbangkan dan dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Riza, yang berdepan 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta, dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.
Riza, anak Rosmah Mansor, dihadapkan ke mahkamah pada Julai 2019 atas dakwaan menerima dana daripada Good Star Ltd dan Aabar Investments PJS Ltd.

Dua syarikat itu dikatakan ada kaitan dengan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho.

Riza didakwa menerima wang itu antara April 2011 hingga November 2012 diCity National Bank di Los Angeles, California dan juga Bank BSI di Temasek Boulevard, Singapura.

Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda maksimum RM5 juta atau 5 kali ganda nilai aktiviti haram, mana lebih tinggi.

 
Back
Top
Log in Register