BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Harian Metro
12 min ·
#Kualalumpur Keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.
https://www.hmetro.com.my/…/riza-aziz-dilepas-tanpa-dibebas…

Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

RIZA (tengah) dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Fathil Asri.

RIZA (tengah) dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Fathil Asri.

ANAK tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan pengubahan wang haram US$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Hari ini sepatutnya dijadualkan bagi pengurusan kes terbabit.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah, bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi.
Sri Ram berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.

Katanya, melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

"Jumlah wang terbabit adalah merujuk kepada perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan dalam kes ini... tertuduh sepanjang proses ini menerima perwakilan perundangan yang kompeten dan mencukupi.

"Kesan daripada persetujuan itu, pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh tidak akan diteruskan sementara menunggu terma persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya.

"Pihak pendakwaan melalui keizinan tertuduh dengan ini memohon perintah daripada mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh," katanya.

Sri Ram berkata, jika berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, tindakan akan diambil supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Katanya, bagaimanapun jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh.

Selepas membacakan kenyataan itu, Azman kemudian melepas dan membebaskan tertuduh dan mengarahkan wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin dikembalikan.

Pada 5 Julai tahun lalu, Riza, 43, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem The Wolf of Wall Street itu didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah US$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, Amerika Syarikat.

Riza, anak Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan US$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun serupa pada 10 September, 2012 dan 10 Oktober, 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah US$133 juta dan US$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, Singapura pada 18 Jun, 2012 dan 23 Oktober, 2012.

Mengikut pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan jumlah US$45 juta di tempat sama pada 14 November, 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan, Riza boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 11:41 AM

Riza Aziz dibenarkan lepas tanpa bebas daripada tuduhan pengubahan wang

May 14, 2020 10:54 AM

Riza-Aziz-Court-4-050719.jpg

Penerbit Hollywood, Riza Aziz.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan penerbit Hollywood, Riza Aziz yang dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas pendakwaraya ad hoc, Gopal Sri Ram beritahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

“Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit,” katanya, membaca kenyataan yang disediakan.

Sri Ram berkata jumlah itu secara langsung merujuk kepada isi pertuduhan.

Dengan persetujuan ini, katanya, pertuduhan terhadap Riza tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu perjanjian selesai.

“Pihak pendakwaan, dengan persetujuan tertuduh, memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk melepaskan tanpa membebaskan,” katanya.

Apa maksud nya ni

tn oso, gini, asal cerita Riza Aziz ni
-didakwa di Mahkamah Sesyen KL terhadap 5 pertuduhan pada 5julai 2019

-5 pertuduhan tu adalah:-
1.didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah US$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS milik Red Granite Productions Inc.

2.dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan US$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun serupa pada 10 September, 2012 dan 10 Oktober, 2012 di tempat sama.

3 & 4.didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah US$133 juta dan US$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.

5.didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan jumlah US$45 juta di tempat sama pada 14 November, 2012.

-hari ni merupakan pengurusan kes/case management. sebelum ditetapkan bicara, Mahkamah akan bincangkan beberapa isu dengan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan

-mengikut fakta yg diberikan berita ni, Riza Aziz sejak mula didakwa sebelum hari ini dah buat perbincangan dengan pihak pendakwaan dan buat representasi dengan pihak pendakwaan.
perbincangan dan representasi dengan pendakwaan pasal apa?

===>perbincangan dan representasi dengan pendakwaan pasal berikut ni:-

pihak pendakwaan dan pihak riza aziz (pembelaan) ada buat sort of, mcm lebih kurang perjanjian persetujuan diantara mereka;

(a)melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

"Jumlah wang terbabit adalah merujuk kepada perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan dalam kes ini...

(b)tertuduh sepanjang proses ini menerima perwakilan perundangan yang kompeten dan mencukupi.
pihak pendakwaan betul betul memperhalusi segala perbincangan diantara mereka dengan penuh kompetensi

(c)Kesan daripada persetujuan itu, pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh tidak akan diteruskan sementara menunggu terma persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya.

pihak pendakwaan menerima apa yg diputuskan diantara mereka, dan takkan meneruskan pertuduhan ni sehinggalah Riza Aziz bayar segala amaun yg didakwa dlm pertuduhan dan kembalikan amaun tersebut pada kerajaan Malaysia

(d)setelah semua amaun yg menjadi isu pertuduhan tu disempurnakan, jadi pertuduhan terhadap Riza Aziz akan digugurkan dan Riza Aziz akan dibebaskan

Namun, buat masa sekarang, Riza Aziz masih lagi belum dibebaskan kerana amaun yg yg menjadi isu pertuduhan belum disempurnakan
Riza Aziz buat masa sekarang ni hanyalah dilepaskan dari pertuduhan sahaja. ni bertujuan utk honour perjanjian persetujuan tu yg mana Riza Aziz perlu menyempurnakan segala amaun tu terhadap kerajaan malaysia

sekiranya Riza Aziz pasni gagal sempurnakan amaun yg dipersetujui dlm masa yg ditetapkan mengikut syarat dan terma yg dipersetujui, maka Riza Aziz akan dituduh dan didakwa semula

gitulah kiranya tn oso :)
 
Org kaya blh lepas sbb berduit

tn pemain, kiranya Riza Aziz ni didakwa buat jenayah money laundering. klu ikut caranya, duit jenayah money laundering kena dipulangkan pada kerajaan malaysia, klu tak dipulangkan maka jenayah tu is still there

jadi apabila duit penggubahan haram yg menjadi isu pertuduhan semuanya berjaya dikembalikan pada kerajaan malaysia, maka dia boleh la dilepaskan dan dibebaskan. sebab jenayah tu dah takde
namun jika duit penggubahan haram tu gagal dikembalikan semuanya pada kerajaan Malaysia, jadi dia mmg kena didakwa kat Mahkamah
 
maksud nya mcm kene bayar cukai dan segala denda mcm tu ke?

contoh mcm org yg main porex..
bawak masuk duit dari luar.. tapi kene declare dan bayar cukai.. mcm tu ke cek mek molek?
 
tn pemain, kiranya Riza Aziz ni didakwa buat jenayah money laundering. klu ikut caranya, duit jenayah money laundering kena dipulangkan pada kerajaan malaysia, klu tak dipulangkan maka jenayah tu is still there

jadi apabila duit penggubahan haram yg menjadi isu pertuduhan semuanya berjaya dikembalikan pada kerajaan malaysia, maka dia boleh la dilepaskan dan dibebaskan. sebab jenayah tu dah takde
namun jika duit penggubahan haram tu gagal dikembalikan semuanya pada kerajaan Malaysia, jadi dia mmg kena didakwa kat Mahkamah

so maksud ni dia org perjanjian setel tepi kan??? dari segi hukuman dia bersalah ke tak???

untung la klu duit berkoyan2 mcm ni main baayr pakai duit je
 
so maksud ni dia org perjanjian setel tepi kan??? dari segi hukuman dia bersalah ke tak???

untung la klu duit berkoyan2 mcm ni main baayr pakai duit je
Betul lah tu kan org kaya lepas sebab berduit
 
Back
Top
Log in Register