alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
Kawasan riadah jadi lokasi remaja lepak, memadu asmara
SERDANG: Taman Tasik Serdang di sini yang menjadi tumpuan penduduk beriadah bertukar menjadi lokasi remaja melepak, termasuk memadu asmara, tanpa segan silu di khalayak ramai pada waktu siang.
Taman tasik buatan berdekatan taman perumahan yang dilengkapi trek joging, padang permainan kanak-kanak dan gerai makan itu sering dikunjungi remaja pada waktu petang, termasuk yang berpakaian seragam sekolah, sama ada untuk melepak atau memadu asmara, menyebabkan masyarakat setempat rimas dan bimbang.
Tinjauan Sentral berikutan rungutan masyarakat di situ mendapati sekumpulan remaja dipercayai pelajar merokok dan sesetengahnya pula menjadikan kemudahan kerusi rehat di situ sebagai tempat berbaring dan tidur seolah-olah mereka tidak ada rumah sendiri.
Lebih memeranjatkan ketika wakil Sentral berjalan menyusuri tasik itu, kelihatan sepasang remaja tanpa segan silu berpegangan tangan sambil melakukan perbuatan tidak bermoral biarpun pada waktu siang.
Pasangan remaja itu memadu asmara tanpa berasa malu kepada pengunjung lain dan menjadikan taman permainan kanak-kanak sebagai ‘port’ menjalankan ‘projek ringan-ringan’.
Selain itu, taman tasik berkenaan juga menjadi tempat persinggahan bagi pelajar untuk mencuba peralatan yang disediakan di situ sambil melepak berjam-jam di gerai berdekatan bersama pasangan masing-masing.
Kegiatan tidak sihat seperti ponteng sekolah, merokok dan lepak yang berlaku di situ dilakukan pelajar ketika mereka masih lengkap berpakaian sekolah.
Pengunjung menyifatkan perbuatan remaja dan pelajar itu tidak sepatutnya dibiarkan kerana ia mencemarkan imej sekolah dan merosakkan masa depan mereka.
Guru dari Kajang, Noor Rashidah Md Rasid, 33, berkata sebagai remaja dan pelajar, perkara sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.
“Perbuatan yang dilakukan pasangan remaja tidak bermoral itu sangat mengecewakan dan mencerminkan imej yang buruk kepada golongan remaja lain,” katanya yang tinggal berdekatan.
Malah, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun mengakui dia dan rakan sering berkunjung ke taman itu selepas selesai kegiatan kokurikulum di sekolah.
Beliau berkata, ada di kalangan pelajar menjadikan tempat itu sebagai lokasi ponteng sekolah kerana kedudukannya yang dekat serta banyak kemudahan.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Peter, 65, berkata tasik itu menjadi pilihan remaja untuk menjalakan aktiviti tidak bermoral kerana banyak lokasi tersorok dan jauh daripada pandangan awam.
“Pihak yang berwajib dan guru perlu sekali sekala memeriksa di sini supaya perbuatan itu tidak berleluasa,” katanya.