hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,528
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,528
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
2 cedera, pesawat ringan terhempas di Taiping
Zahratulhayat Mat Arif
Taiping: Dua individu cedera selepas sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 10.30 pagi.
Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah Taiping menerima amaran melalui sistem NG MERSS 999 mengenai nahas membabitkan pesawat ringan itu.
"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan segera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
"Sepasukan polis dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja maklumat diterima. Sebaik menerima laporan itu, anggota kami digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan dan penilaian awal terhadap situasi itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Artikel : Harian Metro