BTC USD 81,672.3 Gold USD 4,105.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

REVERSE PSYCHOLOGY- Jom belajar!

hani85

Super Active Member
Messages
6,861
Joined
Oct 24, 2010
Messages
6,861
Reaction score
287
Points
91
Reverse psikologi adalah teknik yang melibatkan penekanan terhadap tindakan yang bertentangan dengan apa yang kita diinginkan, dengan harapan bahawa pendekatan ini akan mendorong pihak berlawanan untuk melakukan apa yang kita kehendaki: iaitu berlawanan dari apa yang disyorkan/dianjurkan oleh kita. Teknik ini bergantung pada fenomena psikologi "reactance", di mana seseorang memiliki respons emosional negatif sebagai reaksi apabila dipujuk melakukan apa yg kita kehendaki/dianjurkan kepada mereka, dan disebabkan itu mereka memilikh option yang berlawanan.

Contoh reverse psychology dalam kehidupan seharian:

Pabila kita cuba menganjurkan kepada anak2 untuk menghabiskan nasi-

"Mama yakin kamu xboleh habiskan nasi ni dalam masa 15 minit."

or bila kita mahu menyuruh anak2 untuk menyusun atur alat permainan:

"Mama susun balik mainan kamu ni. Kamu mungkin memang dah lupa bagaimana untuk letak balik barang permainan dalam kotak."

Personally aku masih kurang mahir dalam penggunaan reverse psychology. Tapi aku yakin reverse psychology boleh membantu kita dalam banyak perkara. Jadi kat sini aku nak bincangkan dengan korang semua tentang taktik2 dalam mengaplikasi teknik reverse psychology dengan lebih berkesan. Jadi aku akan pecahkan kepada beberapa kategori supaya kita sama2 lebih mudah berbincang terutamanya dalam memberikan contoh2 yang pernah korang apply.

Kategori reverse psychology yg aku cadangkan:

- kepada kanak2
- kepada pasangan
- kepada majikan/di tempat kerja
- kepada pelanggan (di dalam perniagaan)
- others (boleh tambah or cadangkan)

jom sama2 berkongsi ilmu :)
 
Last edited:
awak cantik la padahal sebenarnya buruk
psychology apa ni?
 
tak berkesan pada mereka2 yg betul bendul..
 
Jgn pening2.. ianya hanya konsep mencabar keegoan sahaja.. jika konsep ini perlu digunapakai, test dulu tahap keegoan subjek. Pemilihan cara hanya berbelah bahagi sekiranya tahap keegoan subjek berada pada paras sederhana.

1. Keegoan rendah... xyah reverse.. nnti kita yg sakit jiwa balik.

2. Keeogan sederhana, bawa ke tahap tinggi sedikit dgn pujian2, pastu psyop.

2 1/2. Keegoan sederhana, (xyah reverse) umbut sikit2 biar slow, main kata2 berbunga menyentuh kalbu menggilap jiwa. Baru bg nasihat.

3. Keegoan tinggi, tarik rambut dalam tepung ler.. niat jgn nmpak.. provokasi kena mantap.
 
"Saya percaya abg ni seorang yang tak suke berhutang, beli barang mesti cash punya.. kan ?"
 
tak berkesan pada mereka2 yg betul bendul..

haha aku pun sokong statement ni..memang tak berkesan :)):))
aku dah banyak kali cuba..kalau orang tu lurus..dia percaya je apa kita cakap..padahal kita perli..:))
 
reverse psychology pula terbahagi kepada beberapa jenis:

- SARCASM
- CRYPTIC
- SKEPTIC
- SEMANTICS ATTENTION
- dan spesifik Consequentialism Deontology
 
Back
Top
Log in Register