Sikap/Amalan "reverse discrimination" ni sudah dari 7-8 tahun lepas lagi saya perasan sebenarnya memang betul-betul terjadi kat Malaysia ni (kemungkinan jauh lebih lama lagi sudah diamalkan bangsa lain).
Maaf cakap, saya tak mahu jadi racist sebab ada sahaja ramai kawan bangsa lain. Tetapi disebabkan mereka yg amalkan "reverse discrimination" ini lah yang buat saya lama kelamaan jadi racist terhadap mereka.
Pada pendapat saya, sikap seperti ini sebenarnya boleh mempengaruhi sesama bangsa mereka yang lain,
Contoh; dimana (A) tiada pandangan negatif terhadap bangsa melayu tetapi setelah sikap ini diamalkan oleh beberapa peratus sesama bangsa (A), mereka akhirnya percaya & terjerumus untuk berfikiran lalu mengamalkan sikap yang sama seolah olah berlaku diskriminasi terhadap bangsa mereka(A) sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku. Sepertinya memang ini yang dimahukan ataupun perkara ini telah lama dirancang/dilaksanakan untuk yang lain menyerap idea "reverse discrimination" ini.
Apa apa pun, ini semua hanya pendapat saya & saya juga anggap "reverse discrimination" telah 80% berjaya dilaksanakan mereka di Malaysia.