BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Perempuan Maut, Tiga Cedera Kereta Terbabas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Remaja Perempuan Maut, Tiga Cedera Kereta Terbabas​

48d29148d9212a20deaf12904a9cbcec6a016f87abc47

Garisan Polis - Jangan Lintas (Ilustrasi Sahaja)

Seorang remaja perempuan maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar penghadang jalan di simpang Pondok Polis Lojing, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Che Razak Harun berkata kemalangan berlaku ketika Perodua Kelisa dinaiki dua remaja perempuan dan dua lelaki itu dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju Gua Musang.

Beliau berkata bomba menerima panggilan daripada polis mengenai kejadian pada 3.40 petang sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi kira-kira 87 kilometer dari balai dan tiba pada 5.01 petang.

“Mangsa, Nur Danisha Dania Mazlan, 17, yang beralamat di Kampung Telok, Bachok, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat berjaya dikeluarkan dari tempat duduk penumpang hadapan pada 5.05 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Razak berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu sedang dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register