BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Cedera Bas Persiaran Terbabas Di Jasin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Tiga Cedera Bas Persiaran Terbabas Di Jasin​

a3cec0b79c932cb07d8840edaaf02a0e6a8e820590596

Kredit: IPD Jasin

Tiga individu cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik di Kilometer 177.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert berkata mereka terdiri daripada seorang wanita rakyat Singapura berusia 62 tahun, seorang wanita warga Britain berusia 42 tahun dan lelaki tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pemandu pelancong.

Beliau berkata polis menerima maklumat berkaitan nahas melibatkan sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur, kira-kira 5 pagi tadi.

“Berdasarkan siasatan, terdapat sebuah lori di hadapan bas itu yang telah memperlahankan kenderaan. Pemandu bas terbabit ingin mengelak daripada melanggar lori tersebut sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tiga mangsa yang masing-masing cedera di bahagian kepala dan kaki telah dihantar ke Hospital Jasin manakala pemandu bas dan lapan lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

 
Back
Top
Log in Register