BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembilan Pelajar Cedera Kemalangan Bas Persiaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,438
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,438
Reaction score
346
Points
141

Sembilan Pelajar Cedera Kemalangan Bas Persiaran​

91e8f7fede83b3cabc68233719ce71a66a957c6e03643

e52a6e9ad190d1d7c02cc95a069c13e56a957c84b1294

kredit: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud

Sembilan pelajar sekolah menengah di sini, cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Elge Bakuk berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada 11.40 pagi.

Beliau berkata bas persiaran berkenaan disewa untuk membawa 35 pelajar dan seorang guru dari sekolah berkenaan.

“Mangsa dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) Tuaran dan Kota Belud serta ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Elge berkata operasi melibatkan dua anggota BBP Kota Belud dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi ditamatkan pada 12.32 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 
Back
Top
Log in Register