BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Perempuan Hilang Di Desa Petaling Ditemukan Selamat Di Jeram

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
211a716edee87dea4f9c5e3e2b92234f69ef7a706a7ca

ACP Mohd Rosdi Daud

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling sejak Jumaat lepas, ditemukan selamat di Jeram, Selangor.

​Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa ditemukan kira-kira 9.15 pagi, di sebuah kediaman di Kampung Bukit Kuching Tengah.

​Beliau berkata kehadiran mangsa disedari oleh seorang penduduk tempatan, selepas remaja berkenaan datang ke rumahnya untuk menumpang mengecas telefon bimbit.

“Bertindak atas maklumat dan hebahan media sosial, penduduk itu segera menghubungi ahli keluarga mangsa dan pihak polis.

“Mangsa kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi urusan dokumentasi dan pemeriksaan lanjut, sebelum diserahkan semula kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Dalam pada itu, Mohd Rosdi turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama dan keprihatinan dalam membantu mengesan mangsa sehingga ditemukan semula.

Semalam, polis mempergiatkan usaha mengesan mangsa yang dilaporkan hilang dari kediamannya di PPR berkenaan pada 24 April.



 
Back
Top
Log in Register