BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Desa Petaling

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b0a4f93b20ea7569e908d1c63afad06469ee0b0163473

Foto : Sumber Awam

Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling di sini, sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada Jumaat lepas.

Beliau berkata susulan laporan itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki kedudukan remaja berkenaan.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register