BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Remaja lemas mandi air terjun Junjung

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Remaja lemas mandi air terjun Junjung
FB_IMG_1634653064563.jpg
FB_IMG_1634653066688.jpg
FB_IMG_1634653069283.jpg

KULIM: Kegembiraan lima sahabat mandi di air terjun Junjung, sempena cuti Maulidur Rasul bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu kesemua remaja berusia 18 tahun itu bertindak terjun ke bahagian air dalam sebelum secara tiba-tiba dua daripada mereka terkapai-kapai lemas.

Salah seorang dari mangsa sempat diselamatkan oleh rakan mereka dengan menariknya ke tebing manakala seorang lagi gagal diselamatkan sebelum tenggelam ke dasar sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan dari pemanggil yang memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki hilang dipercayai lemas pada jam 10.54 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa lelaki di dalam keadaan tidak sedarkan diri yang diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

"Tindakan operasi yang dilakukan adalah dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa terbabit.

"Bagaimanapun, sebaik pegawai perubatan KKM tiba di lokasi dan membuat pemeriksaan kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.
Mangsa dikenali sebagai Iman Zulhakim And Rahim, 18 tahun.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Gambar: Media sosial

#AstroAwani
 
Ramai-ramai ni terlebih seronok memang mendapatlah.
 
Xpandai berenang jgnla main terjun tiruk. Turun je slow2 masuk air tu. Agak paras dada sudah la.

Dulu ak pg air terjun mana lupa area yg dalam tu ditutup xbagi mandi. Mandi la kt air cetek paras lutut. Alamak ai
 
Back
Top
Log in Register