BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Lelaki Lemas Di Air Terjun Gunung Ledang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
ba4ea1fc23069b3250f103378ad00be769cd2a5cc2899

Kredit: JBPM Johor

Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mandi bersama dua rakannya di Air Terjun Gunung Ledang, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak,Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Fazlan Maraman berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 5.27 petang.

Beliau berkata mangsa Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa ditemukan orang awam sebelum ketibaan anggota bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fazlan berkata pihaknya menjalankan pemantauan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.28 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register